Saturday 23 February 2013

HIDUP DI KOTA....




Bagi perantau2 macam aku ni menyewa adalah suatu lumrah...Nak menyewa  rumah atau bilik bukan perkara yang mudah sebab kita kena duduk sebumbung dengan orang tu lagi susahnya  bila kita tak  kenal sangat orang tu dan tak leh sekepala dengan dia pun. Mesti ramai yang pernah alami situasi macam ni kan, nak2 lagi  tinggal kat bandaraya macam KL ni..

Ini kisah aku first time aku menyewa dekat kampung Baru, nama jer kampung tapi aku dok  kat flat la.....Actually aku nyewa bilik jer masa tu and aku  kena   stay  dengan   sepasang suami isteri Indonesia, and seorang lagi lelaki   Indonesia lain yang aku pun tak taw  dah kahwin   ker belum.So aku and  2  kawan aku pun nyewa la kat situ.....Biasa la  nyewa dengan orang yang dah berfamily ni mana bestnya takkan nak lepak kat ruang tamu tu suka2 hati kan nak lagi  orang Indonesia yang kita tak kenal kot, so   berusaha  la cari rumah lain masa tu and Alhamdulillah  dapat cari rumah  area Ampang yang  harganya berpatutan  and mudah untuk dapat public transport...Walaupun kat sini still banyak orang asing tapi tak pelah bukannya dok serumah dengan diorang and yang penting sekarang yang menyewa dalam rumah adalah terdiri dari kawan yang boleh nak sekepala jer..

Aku ada kisah  lain nyewa kat satu  tempat ni, bilik jugak... Yang ni owner dia duduk sekali  kat rumah tu and peliknya dia sanggup sewakan  ketiga2 bilik dia dalam rumah tu and dia  tidur kat luar and dia letakkan kain baju dia kat satu tempat....Lantak dia la kan, dah rumah dia....Tapi masalah problemnya dia suka nak meroyan jer.....Kalau ada benda rosak sikit mula la nak berleter, yang rosaknya sikit tapi dia meroyan lebih, berasap la telinga..Ada kes pulak  kawan aku nak basuh baju guna la washing machine dia, takder la lewat sangat dalam pukul 10 jer, kawan aku ni dah start pun machine  tetiba dia cakap tak yah la basuh baju tu  dah lewat ni...Adoyaiii bengang la kawan aku ni....Tapi apa2 pun sabar lagi sampai la satu hari tu tengah kitaorang makan malam  and ada la bekas makanan yang tak basuh lagi  sebab tengah  makan kan, bila dia balik jer boleh pulak sound apa selerak ni...??? Buta ker dia kitaorang tengah makan kot masa tu, lepas makan nanti kitaorang kemas la, tapi kitaorang buat pekak jer and boleh pulak  sembang topik lain tapi lepas tu kitaorang pindah la, mana boleh tahan kan and nak dijadikan cerita dia pun tak nak pulangkan deposit reasonnya  kitaorang cakap last minute, malas nak  cari gaduh dah kan, lantak engkau  la, fikir sendiri la kau amik duit apa kan....

Itu antara kisah2nya  yang aku alami  and ada jugak aku dengar cerita dari kawan aku yang  lain bila housemate dia boleh bawak masuk girlfren or boyfren dalam rumah....Hmmmm susah jugak kan, macam dah jadi bersubahat la pulak dengan dosa dia tu...Macam tu la hidup dekat KL ni selagi takder rumah sendiri menyewa la and pandai2 la cari housemate dan mungkin macam tu jugak nak cari pasangan  biar yang sekepala...

Saturday 16 February 2013

TAHNIAH.....UNTUK KAWAN2 KU......

        Cuti raya cina baru ni ramai yang amik kesempatan untuk  melangsungkan perkahwinan dan  pertunangan mereka....Selangkah ke alam baru dan inilah permulaan  dalam perhubungan sebenarnya....So tahniah   untuk my fren  Alin  yang akhirnya  selamat diijabkabulkan dengan suami nya selepas 2 tahun   mengharungi  dunia percintaan...

ini antara   picture yang sempat diambl...

  
 Then untuk Hasiah, my ex roomate  Selamat  bertunang,  sowi la tak dapat pergi, takper insyaAllah  kahwin nanti  aku pergi erkkk...Moga pertunangan ni menjadi satu platform  terbaik untuk menuju ke alam perkahwinan...Amin.


Saturday 2 February 2013

TERIMA KASIH CIKGU......

        Banyaknya cabaran  tugas sebagai pendidik.....perlukan  kesabaran yang tinggi...kalau hati tak ikhlas nak jadi pendidik ni, semuanya jadi macam  sia2 ja usaha kita tu.....Cuba fikir kalau kita ambil mudah dengan tanggungjawab yang diberi maknanya kita dah persendekan amanah yang Allah beri pada kita, sebab  setiap anak iu anugerah Allah dan gaji yang kita dapat tiap2 bulan pun jadi tak berkat if kita didik  anak tu dengan cara yang salah, comfirm la akan disoal   di akhirat kelak kan....So salah  satu punca gagalnya seorang kanak2 itu adalah  kerana  kegagalan  dari dididkan dari seorang guru ...









      Actually tugas guru tadika or pra sekolah adalah yang paling sukar berbanding guru sekolah rendah, menengah, or   pengajian tinggi sebab   kanak2 masa ni is zero, kerana kebanyakannya  langsung tak tahu membaca, tak tahu  menulisa and tak tahu mengira...So tugas  sebagai guru tadika ni la yang akan  menentukan samada berjaya atau tak   kanak2 tu untuk menguasai 3M di peringkat awal kanak2 mereka....So berterima kasih la pada guru sekolah tadika  kita kerana merekalah insan yang terawal telah mendidik kita untuk mengenal erti kehidupan secara tidak langsung tapi sayangnya banyak di antara kita telah lupa siapa guru tadika kita....Betul tak????