Tak semua orang mampu elak sesuatu yang lumrah untuk dibuat....But, sometimes ada perkara kita mampu untuk elakkan..So elakkan lah...Gontohnya
-menangis untuk sesuatu yang sangat sia sia seperti dilukai seseorang. Its ok if awal2 tu nangis tapi jangan sampai asyik nangis sedangkan orang tu dah bahagia dengan orang lain coz life must be go on.
-Membenci seseorang, sometimes susah kalau sesuatu yang sangat melukakan tapi cuba fikir macam ni ... orang yang lukakan kita akan rasa apa yang dia dah buat kat kita .Its called karma!
-Bersedih.
-Cemburu yang mengkhinzir buta.
-Janji sesuatu yang tak pasti.
-Percaya dengan sebulatnya.
-Malas.
Ini antara yang aku cuba nak elakkan..Anda macam mana?????
Mata kehidupan itulah Ainul Hayyat..Mata sebagai kurniaan untuk melihat dunia... untuk mengungkap segala kegembiraan,kesedihan,kekecewaan..bagi mengenal erti kehidupan...
Wednesday 4 September 2013
Saturday 31 August 2013
JAGA TUTUR KATAMU
kadang kadang bila
kita bercakap, kita main lepas or dengan penuh lasernya tanpa
mempedulikan perasaan orang lain. INGAT, jangan sampai kerana mulut badan binasa. Perkara ni berlaku
terutama bila tengah marah or tengah beremosi dan dalam tak sedar ada tutur
kata tu yang dah mengguris perasaan orang. Kalau kesalahan kita pada Allah boleh kita minta ampun dan bertaubat padaNya
tapi kalau kesalahan sesama manusia kerana
ketelanjuran dalam berkata kata dan orang yang merasa sakit hati
itu tak dapat memaafkan...Hmmm jawabnya
tanggung sendiri la. So ingat tak kira
masa marah, nak gurau or apa sekalipun...Jagalah tuttur kata jangan sampai ada
yang terluka…….
Friday 30 August 2013
jangan biar sejarah hitam berulang
Tanggal 31 Ogos 1957 seperti yang
sedia maklum, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan. Seterusnya
tanggal 16 September 1963, Tanah Melayu
telah bergabung dengan Sabah dan Sarawak yang akhirnya
membentuk Malaysia. Apa pun 31
Ogos menjadi tarikh rasmi
Malaysia mencapai kemerdekaan yang saban tahun disambut dengan meriah yang mana tahun ini sudah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan.
Dalam kemeriahan sambutan kemerdekaan dengan cahaya bunga api, nyanyian, perarakan dan
sebagainya jangan kita lupa untuk mngenal erti
kemerdekaan itu sendiri dan bagaimana kita telah mencapai
kemerdekaan ini. Sebenarnya dari tahun 1511 kita telah dijajah apabila Portugis
menawan Kesultanan Melayu Melaka, kemudian penjajahan beralih kepada Belanda,
British, Jepun dan penguasaan semula
oleh British. Bayangkan dalam tempoh yang sangat panjang
ini kebebasan nenek moyang kita disekat
dan betapa ramainya pahllawan kita yang gugur
demi menebus hak di bumi sendiri.
Justeru jangan biarkan kemerdekaan yang kita kecapi kini diragut semula oleh tangan
tangan “ bangsat” yang akan memusnahkan
erti kebebasan yang menyebabkan
kita rebah atau gundah di bumi sendiri.
Itu tidak mustahil akan berlaku aandai
kita tidak bersatu dalam
mempertahankan negara kerana dulu kita
pernah dijajah salah satunya sebabnya ialah belotnya bangsa kita sendiri dan jangan kita biarkan ia berulang kembali.
“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN”
Sunday 25 August 2013
SUSAH DAN SENANG
BBila kita hidup
susah selalunya orang akan pandang
rendah jer pada kita tapi bila dah senang, mula la orang nak pandang dan
berkerumun nak buat kawan. Inilah
dinamakan kehidupan agaknya. Bagi yang pernah hidup susah pasti pernah merasakan pahitnya, tapi bila dah mula nak
hidup senang , baru nak bangkit dari jatuh tu, lazimnya ramai pulak yang menarik, nak pinjam duit la
apa la. If tak pandai kawal mungkin akan jatuh balik sebab tak senang jadi senang dan memang susah jadi
susah ni..
Ada kisah benar seorang anak jalanan di Indonesia yang
akhirnya mengecap kehidupan yang lebih baik bila bergelar seorang artis.
Justeru jatuh , bangun,, susah dan senang seseorang adalah ketentuan dari Allah
di samping usaha dan tekad untuk mengubah nasib sendiri kerana Allah tidak akan
mengubah nasib seseorang kalau tiada usaha dari diri sendiri.
Saturday 24 August 2013
Lagi Senang Ingat kan....
Segala puji
bagi Allah
Tuhan semesta
alam
Maha pemurah
lagi maha penyayang
Yang
menguasai hari pembalasan
Hanya
kepadamu Ya Allah
Kami
menyembahmu Ya Allah
Hanya
kepadaMu
Kami mohon pertolongan
Tunjukilah
kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang orang yang kau kurniakan
Nikmat
kepada mereka
Bukan jalan
mereka yang dimurkai
Dan
bukan pula jalan mereka yang sesat
Tahu tak
ini lagu apa? Who those yang tahu
bagusla….Inilah maksud surah Al Fatihah
yang kita baca setiap hari tapi kadang
kadang tak tahu maknanya. Dan tak salah
kan bila ianya diadaptasi menjadi lagu yang memudahkan kita untuk mengingatinya nak2 lagi budak2 kan…Pokoknya dah jadi lumrah lagi senang nak hafal lagu ,
jadi tak salah lagu menjadi pendekatan untuk mengingati sesuatu
yang berbentuk ilmiah macam yang ada sekarang seperti lagu nama 25 rasul, lagu doa2, lagu nama2 malaikat and so on. So rasanya sangat
sesuai kepada kanak2 untuk didedahkan
dengan lagu yang berunsur positif seperti ini sebagai langkah awal untuk melentur buluh dari rebungnya…
PELUANG KEDUA
Genting Highlands: “Sebaik saja masuk ke dalam bas, saya
dengar suara mangsa meraung kesakitan dan meminta tolong. Kebanyakan daripada
mereka tersepit dan ramai juga terhumban keluar.
“Cermin depan bas pecah, begitu juga cermin tingkap. Saya
juga nampak beberapa mangsa seorang demi seorang terjatuh keluar melalui cermin
tingkap yang pecah.”
Demikian kata Mohd Najib Mohd Kassim, 37, seorang daripada
empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands yang paling awal
tiba untuk operasi menyelamat penumpang bas yang terjunam lebih 60 meter ke
dalam gaung di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang kelmarin.
Kemalangan berlaku pada jam 2.22 petang di Kilometer 3.6
jalan berkenaan, disifatkan antara paling buruk dalam sejarah negara selepas
pemandu dan 37 daripada 52 penumpang bas itu terbunuh manakala 16 lagi cedera.
Berikutan tragedi malang ini, bagi mereka yang terselamat
merupakan peluang kedua yang besar maknanya jika dibandingkan dengan kehilangan
nyawa yang tidak boleh ditukar ganti atau dijual beli. Even kalau ada mangsa yang terselamat ini
mengalami kecacatan kekal mereka masih
dianggap beruntung. Bayangkan bagi yang
muslim , jika mereka terkorban dalam nahas ini dan bekalan mereka untuk ke alam sana belum cukup, bukankah itu
merupakan sesuatu penyesalan yang tiada
gunanya. Bukan semua orang akan diberi peluang
kedua oleh Maha pencipta untuk
kembali padaNya atau untuk lebih dekat padaNya. Panjatkanlah kesyukuran dan anggap ujian ini suatu kurniaan yyang
pasti ada sinar bahagia di
hujungnya.InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)