Friday 30 December 2011

APA YANG PERLU KITA INGAT DAN APA YANG PERLU KITA LUPA?


Nasihat untuk semua……….
2 Perkara yang perlu diINGAT
Ø  Nikmat Allah swt.
 Nikmat Allah tu luas, nikmat  sihat, nikmat makan,nikmat imam dan yang penting nikmat hidup yang Allah telah berikan..So selalu la bersyukur atas semua nikmat yang diberi dan jangan tau  merungut ja, sebab kita  kena INGAT  kalau  Allah dah  tarik sesuatu nikmat dari kita mungkin itulah ujian dariNya dan semua tu ada hikmah dan kita juga kena INGAT kalau kita rasa susah…ada lagi yang susah dan menderita daripada kita.
Ø  Dosa dosa lalu yang kita lakukan.
Manusia biasa macam kita ni memang comfirm tak lari dari dosa…Tapi bila kita dah INGAT dosa yang kita lakukan tu cepat2 la  bertaubat. Sebab mereka yang bertaubat dan berharap akan rahmahNya , mereka ini  akan diampuni sepertimana firmanNya:
"Dan sesungguhnya Tuhanmu (Pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan bersabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." (An-Nahl 110)

2  perkara yang  perlu di LUPA kan
Ø  Kebaikan yang telah kita  lakukan
 It’s mean kalau kita buat kebaikan tu kena la ikhlas, jangan nak heboh 1 dunia yang kita dah buat baik, tapi sekarang ni biasa la kalau  dah  bagi sumbangan  beribu2 hinggit tu, dia pakej sekali ngan  cek besar gedabak tu kan , kena ada media lagi coz nak bagi tahu kat semua orang yang dia tu pemurah dan prihatin kononnya…kan elok kalau bagi dengan seikhlas hati dan jangan diungkit lagi kebaikan yang telah dilakukan tu….
Ø  Kejahatan orang pada kita.
LUPA kan jer semua kezaliman dan kesalahan orang lain pada kita…jadi la seorang yang pemaaf, sedangkan Allah ampunkan hambaNya inikan pula kita sesame manusia….

So berapa ramai di kalangan kita boleh buat macam  di atas,mungkin ramai tapi sejauh mana keikhlasannya pulak kan…Apa pun belum terlambat untuk kita perbaiki kekurangan tu….

Thursday 29 December 2011

OOOPPPSSS HARUSKAH CINTA NI DITERUSKAN…???


Haruskah mengejar sesuatu yang tak pasti
Sesuatu yang bukan milik kita…….
Tapi andai takdir telah menentukan  segalanya
dia yang milik orang itu juga milik kita…..
haruskah  kita pasrah  dengan apa  yang berlaku????

Kebanyakan memang cuba mengelak kalau  mendampingi suami atau isteri  orang  dengan lebih dekat, cukup la sekadar  jadi kawan biasa….sebab kalau terlebih rapat macam2 leh jadi  nanti ,silap hari bulan  boleh tersangkut  tak pun menimbulkan fitnah…..kan dah susah….Tapi masalahnya sekarang, kalau dah kawen tapi dok perasan bujang lagi,tak ingat ada laki or bini and anak2…memang jadi masalah besar r….sebab  sekarang ni macam2 kes dah jadi  nak2 lagi  bagi perempuan yang selalu tertipu dengan lelaki yang kononya bujang or duda padahal dah kawen or masih kawen….Tuppp2 bila hati sudah suka baru la laki tu  nak ngaku yang dia sebenarnya dah kawen….. tak pun lagi teruk dapat tahu bila temberang dia dah pecah…memang mengecewakan…
Apapun  kalau perjalanan hidup seseorang memang ditakdirkan untuk  bertemu suami or isteri orang dan last sekali ada jodoh cam ner yer….ni untuk kes terpencil jelah…maybe bagi gadis ok r lagi sebab kalau   berjodoh  dengan suami orang dalam islam membenarkan poligami…tapi kalau lelaki yang terpaut dengan isteri orang  perlu banyak muhasabah n fikir sampai masak ranum la nampaknya….nak komen lebih2 pun  tak leh gak  sebab kalau dah memang sejak azali takdir  hidup seseorang tu macam tu….bertemu dengan milik orang lain  dan akhirnya berkawen, pastinya   mesti ada sebab tersendiri terjadinya semua tu and yang pasti Allah takkan menjadikan sesuatu dengan sia2 kerana semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya…..

Aku mendapat cerita ni dari seorang kawan kepada seorang kawan kepada seorang jiran kepada seorang sepupu dan bla2…….seorang gadis ni  memang kategori andartu la jugak kan around 30an , dia bukannya tak cantik tapi dah jodoh lambat sampai kan nak buat macam mana…at last dia bertemu dengan suami orang dan dia sangat2  sedar status laki tu. Pada mulanya hubungan diorang sekadar kawan sekerja tapi lama kelamaan hubungan  jadi makin rapat,gadis ni pun keliru habis la samada nak teruskan atau jauhkan diri bila laki ni dah luahkan perasaan  dan dia pun rasa apa yang laki ni rasa….Dipendekkan cerita takdir menentukan segalanya dia akhirnya nekad berkahwin dengan laki ni kat sempadan …setahun diorang berkahwin tanpa pengetahuan sapa2 termasuk family gadis ni..pa pun sampai bila nak simpan kan, bila rahsia dah bocor, wife pertama dapat tahu,naik hantu la  wife dia ngamuk bagai nak giler  and last sekali wife ke 2 ni diceraikan….Sedihkan…takder apa2 hak nak dituntut ya la status kawen kat sempadan….Tapi memang bagi pengajaran besar kat dia sebab  kawen tak mintak restu  n dia pun bersyukur sangat sebab  sepanjang perhubungan tu dia tak dikurniakan anak lagi , kalau tak macam mana  seorang suami yang tak der pendirian yang jelas nak bimbing keluarga dia….coz bila  wife pertama dia ngamuk  n ugut macam2 dia dah gabra n ikut jer cakap wife 1 st dia tu  sampai sanggup ceraikan  dia r , tapi bila dah sedar baru nak  gila talak masa tu dah takder maaf bagi mu….
Apa pun ini lah kehidupan…semuanya diluar jangkaan…Tapi kita boleh mengubah takdir hidup kita dengan selalu berdoa pada Allah agar ditemukan jodoh yang baik yang menerima seadanya dan mampu membimbing keluarga…InsyaAllah…

Wednesday 28 December 2011

MADU MEMANG MANIS TAPI.......




Macam semua orang tahu madu memang berkhasiat nak2 lagi kalau madu hutan kan…Manis n penuh khasiat antara khasiat madu ialah  mengembalikan kekuatan tenaga tak kira la tenaga zahir or batin, melancarkan perjalanan darah, awet muda, mencegah dari pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. Tapi AWAS jangan tertipu dengan madu tiruan coz khasiatnya tak sama dengan madu asli…Orang2 tua cakap kalau nak tau madu tu asli ker tak,juz letak kat  telur kalau nampak telur tu masak asli la madu tu…tak yah goreng telur lagi kan…hehe…

Tapi bukan pasal madu tu yang saya nak kupaskan…tapi sal madu 1 lagi ni…pa lagi…poligami  r,madu gak tu kan,walaupun saya ni tak pernah r kawen lagi tapi selalu jer dengar kisah sekeliling….madu ni kalau tersalah pilih pun boleh bawa mudarat tak kira la untuk suami or isteri…Cam saya dengar tadi kat dalam bas,driver bas pun ada banyak isteri,dah ada banyak isteri pas tu  ada aweks lagi..…wooooo…dahsyat2…Tu driver bas,kalau yang lagi kaya tak tau la macam mana “peel” laki ni kan..

Saya tak bermaksud nak kata bermadu ni salah tapi tengok keadaan dan sebab la jugak kan..kalau betul laki ni mampu n bertanggungjawab macam Salleh Yaacob tu…juz go on jelah..Tapi kena ingat jangan sampai madu yang diberi pada 1  st wife tu boleh mengundang perang dunia…masa tu dah tak der manisnya lagi madu ni taw…So pandai2 la memilih…sama macam pilih madu bukan yang TIRUAN…




.

Tuesday 27 December 2011

HAPPY BIRTHDAY MY HOUSEMATE..!! (Hajar n Liza)

25 hb 12 1987 dan 30 hb 12 1987 ,2 puteri ini lahir di dunia dengan tangisan yang menggamatkan telinga.hahaha…Itulah Ct hajar n Shaliza….kitaorang pun sambut la birthday diorang semalam,walaupun birthday Liza tak sampai lagi,tapi nak bajet sambut la dua2 nya serentak..







       Plan asalnya nak buat surprised kat Ulu Yam,boleh r nak baling telur busuk  n tepung kat diorang…heheheh…Tapi tak menjadi n buat kat rumah jelah plan seterusnya tapi disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan akhirnya birthday parti kecil2an ni di adakan di kitchen Saloma Catering…..



   Waaaaaa…memang kenyang giler…rasa dah tak nak makan sebulan  sebab dah sumbat  penuh sangat…macam2 ada..blueberry cheese cake,satay,laksa penang,durian, tembikai,pizza and tembikai laici with nata d coco…simple tapi cukup la  untuk simple parti orang bujang..walaupun dah cakap kenyang, tapi sejam kemudian makan lagi untuk second round…hehe…Pa pun happy birthday to my dear housemate….moga panjang umur,murah rezeki n cepat ditemukan jodoh yeaaa…

Monday 26 December 2011

Ya Allah...Berikan ku peluang lagi........


Manusia boleh berubah  dari sejahat2nya manusia kpada semulia2nya manusia dan sebalikknya la kan….Sebab kita akan selalu  diganggu dan diuji oleh syaitan2 dari awal kejadian manusia sehinggalah hari kiamat,tapi lagi dahsyat gangguan syaitan tu masa sakratulmaut seseorang di mana syaitan menyerupai pelbagai rupa dan bentuk untuk menagajak manusia mengikut jejaknya ke neraka jika seseorang itu mati dalam fasik dan munafik…. .so lagi tinggi imam seseorang lagi terror la syaitan yang nak test keimanan orang yang beriman ni….
Macam yang selalu kita tengok drama kat tv,ustaz yang nampak  baik pun leh tersasar di jalannya jugak taw,ni kan pulak insan2 biasa yang imannya senipis kulit bawang…..
Macam 1 citer  ni….Ada sorang hamba Allah ni satu masa dulu dia memang jahat…..arak,judi,perempuan,rasuah memang jadi santapan dia la….Apa pun Alhamdulillah dia dapat hidayah  dan diberi peluang kedua untuk berubah ….Tapi ye la…syaitan takkan serik nak ganggu dia nak suruh dia buat come back kan…Tapi imam dia still strong,dia  dah tak nak ulangi kesilapan dia dulu n sehingga hayat dia terakhir dia sempat mengucapkan kalimah  Laa Ilaaha Illallah…Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman….And harap2 kita pun sama2 la sempat diberikan peluang sekiranya ada perbuatan kita yang dah terlanjur….Amin….



Friday 23 December 2011

JAHATNYA CINTA…!!!


Cinta lahir dari nurani secara semulajadi yang menjadi fitrah bagi setiap insan. Cinta akan hadir dengan penuh emosi seperti perasaan gembira,rindu,sedih,kecewa,bimbang,marah dan lain lain  yang menjadi epilog cinta seseorang.
Jadi tidak hairanlah ada yang menjadi rabun dan tak kurang juga menjadi buta untuk mengejar cinta sehingga sanggup melakukan  perkara2 bodoh dan gila seperti menfitnah dan lebih teruk lagi sampai jumpa “tok moh” untuk buat orang yang disukai tergila2kan dirinya. Astaqfirullahalazim….   
Inilah story yang aku nak share kat sini…..
  Ada sorang gadis dan laki ni yang saling mencintai satu sama lain….Laki ni memang menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan gadis ni tapi malangnya bunga di taman  telah disunting orang,gadis ni telah dilamar oleh jejaka lain  terlebih dahulu dan parents  gadis ni pun dah bagi kata setuju tanpa tanya kat gadis ni dulu…..Jadi berlaku la konflik kat sini,walaupun gadis ni enggan tapi disebabkan parents ni tak nak malu sebab diorang dah terima,nak lagi kononnya laki ni kaya la jugak katanya….maka terjadilah kawen paksa…..berkahwinlah si gadis ni dengan jejaka bukan pilihannya……Walaupun dalam keterpaksaan dah namanya kahwin,isteri kena la dengar cakap suami ….kan syurga isteri di bawah tapak kaki suami…jadi bahagia jugak la diorang ni…
    Tapi yang masalah problemnya di sini ialah lelaki yang ditinggalkan tadi dah menyimpan dendam kat gadis tu tadi,dia takkan biarkan gadis ni bahagia dengan hidup baru dia,so dibomohkan la  gadis tu tadi,tapi effect dia tak nampak terus,dia makan masa sampai la gadis tu jatuh sakit…badan dia jadi kurus,selalu sakit2,mata pun dah kabur , selalu mimpi bukan2 jer n meracau tu tak yah cakap la memang selalu sangat la kan…Dah puas dah berubat macam2 tapi still belum sembuh,ada yang cakap laki ni dah guna bomoh siam yang power so kena  guna bomoh siam jugak nak lawan balik,tapi masih tak berkesan maybe syaitan tu dah buat rumah kat badan gadis tu tadi n mesti la susah nak dikeluarkan…,so sekarang tengah berubat cara islam n perlukan masa dan kesabaran sikit la….

InsyaAllah,jika dengan izinnya gadis ini dapat sembuh,sembuh la kan….kalua tak biar Allah saja yang membalas kezaliman laki tersebut atas setiap perbuatan dia tu…Kita kena ingat cinta tak seharusnya dimiliki,kalau dah memang antara kita dengan orang yang disayangi tak der jodoh anggaplah kita akan dapat yang lebih baik dan lepaskan lah dia dengan rela hati sebab kalau kita betul2 sayangkan dia,tentu kita nak tengok dia bahagia dengan orang yang  dia sayang…..