Saturday 5 May 2012

CUSTOMER ALWAYS RIGHT.....


Orang cakap customer always RIGHT….Layan jelah kan…So who those yang biasa berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan ni  maybe dah nak “lali” layan macam2 kerenah pelanggan lagi2 yang banyak “cekadak”…Ada macam2 kategori pelanggan ni..Antaranya…
-Customer yang jenis straight to the points…Kalau A dia nak, A la jawab nya….
-Customer yang agak analatikal, means dia ada spesifik cam na produk yang dia nak tu…
-Customer yang senang dirunding…Tak der la cerewet sangat kalau barang tu dah  habis stok, still leh terima  yang lain untuk  replace barang tu..
- Customer yang cakap banyak…tanya segala bagai tapi belinya kadang2 idak punnn..

So korang spesies cam ner erk…..Emmm rasanya kalau aku ni jenis yang senang dirunding kot…hehe..




CANTIK KER ….??




Cantik sangat subjektif mengikut pandangan masing2…Mungkin ada yang berpendapat kalau  kulit putih, hidung mancung, bibir  ala2 Angelina Jolie, bulu mata lentik , slim, and body cam buah pear ker….itu adalah cantik…Tapi bagi sesetengah orang mungkin berlainan…Kerana cantik sangat subjektif bergantung pada citarasa setiap individu…


Apa pun ramai golongan wanita sanggup berhabis duit semata2 untuk cantik dan kadang2 sanggup menempah risiko  dari segi kesihatan hanya untuk cantik..Antara caranya mesti la pembedahan plastik..Emmm memang  betol2 plastik la diorang ni..Apa tak nya dah la 1 body tu nak buat pembedahan plastik, perangai pun dah nak jadi cam plastik jugak….Memang la wanita nak kelihatan selalu cantik dan takut pada tua tapi jangan  la sampai nak bahayakan diri dan membazir duit  hanya untuk cantik..Lagi baik  duit yang dibazirkan tu derma jer kat orang yang nak beli makanan pun susah…





seorang  wanita sanggup membuat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti anaknya

Selebriti Amerika Syarikat, Jocelyn Wildenstein, antara bukti kegagalan pembedahan kosmetik yang menjadikan wajahnya lebih hodoh.
Lagi pun tak kisah la walau hakikatnya diri kita ni tak secantik mana tapi if peribadi kita cantik tu dah membuatkan kita  nampak lagi cantik daripada fizikal…Lagi teruk kalau muka jer cantik tapi perangai hodoh , tak cantik langsung !!.. 





RINDU BUKAN TEMAN...




Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan
D ikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka
Di kala kau berjauhan…

Yup….sakitnya merindui bila berjauhan…Tapi lagi sakit bila berjauhan kalau kita merindui dia tapi dia  buat sebaliknya di belakang kita..Kesimpulannya m emang menguji kesabaran bila bercinta jarak jauh tapi lagi susah kalau dah berkahwin tapi still  berjauhandisebabkan faktor kerja nak lagi kalau  kerja ngan government, susah nak transfer kan…So kena banyak bersabar jelah and kepercayaan dan kesetiaan jadi kunci  kekuatan   dalam perhubungan…

FALLIN IN LOVE...




Jatuh cinta….
Mungkin perasaan tu indah…
Dunia  rasa bagai milik berdua
Tapi…
 Bila jatuh cinta
Mugkin akan rasa sakit
Sakit untuk dikecewakan..
Namun …
Andai sang kekasih selalu  kenal
Erti setia
Erti pengorbanan
Erti kasih suci
Smua tentang rasa cinta
Akan dikecapi penuh makna….



Friday 4 May 2012

APA ERTI KAWAN......?





Dedication to friends….
Kawan masa senang memang senang sangat dicari
tapi…..
kawan masa susah memang susah la nak cari…..

Jadi masa kita tengah susah and kawan kita still bersama kita… That’s a real friend..
Bukan bersama macam mana … juz  boleh tolong kita, tenangkan kita ,  dengar masalah kita, bagi nasihat dan selalu support kita…Tu dah cukup…

Kawan yang baik juga akan selalu tegur kita bila kita buat salah dan bukan biar kita terus sesat dalam melakukan kesilapan…

Kawan yang baik tak yah kutuk belakang2…Nak kutuk, kutuk la depan2…Tapi kalau dia tu jenis sensitif and mudah merajuk bertapis la bila cakap ngan dia kan, jangan la laser sangat…
Kawan yang baik juga takkan lupakan kawan lain walaupun dah berjauhan..Cukup lah sekadar mesej,ym or fb…

Jadi  kita dikelilingi kawan2 macam mana..?

P/s: Rindu la ngan kengkawan yang dah  lama menyepi ….

Thursday 3 May 2012

KERANA AKU INSAN YANG KERDIL.....


Kenapa mak dan ayah bagi aku pada orang lain?
Kenapa mak dan ayah tak  besarkan aku sendiri?
Diorang tak sayangkan aku ker?

Kalau diorang cakap diorang miskin , aku tak setuju…ustaz ajar kat sekolah setiap anak yang dilahirkan ada rezeki untuk mereka. Ali , keluarga dia pun miskin jugak, selalu aku tengok dia bawak bekal jer makan kat sekolah, bila aku tanya kenapa, dia akan jawab keluarga dia orang susah , adik beradik dia ramai jadi tak mampu nak bagi duit belanja. Keluarga Ali takder pun bagi dia kat orang lain….

Jadi sekarang kenapa mak dan ayah kandung aku sendiri buang kau? Kenapa? Hanya soalan itu bermain di fikiran aku sejak aku kenal realiti bahawa  setiap anak  mesti berBINkan  nama  ayah tapi kenapa nama ayah  sekarang aku  ni lain. Kenapa nama aku Haziq Bin Abdullah dan bukan Mohd Zaki seperti abang dan kakaK aku. Patutlah juga tubuh aku agak kecil berbanding mereka dan warna kulit aku agak hitam manis jika dibandingkan dengan keluarga aku yang lain.. Semua itu aku sedar bila usia aku  10 tahun dan aku bertanya pada ayah tentang hal  itu dan dia berterus terang bahawa  dia bukan ayah kandung aku tapi dia sayangkan aku sama saja seperti anak kandung dia yang lain, aku sedar tentang itu…Bila aku tanya siapa keluarga kandung aku? , kenapa dia bagi pada ayah ? dan kenapa diorang tak jaga aku sendiri ? ayah hanya terdiam sambil menggosok-gosokkan kepala aku…

Semua itu  membuatkan hati aku rasa sedih , walaupun aku baru 10 tahun tapi aku bukan begitu bodoh untuk menilai erti kepahitan.Aku mula rasa terasing jika dibandingkan yang lain dan aku mula faham kenapa Along tak suka pada aku. Dia selalu saja mencari salah aku walaupun hal kecil . Ayah pula walaupun penyayang tapi  jenis yang tegas dan garang jadi sudah entu aku tak terlepas dari hukuman dan itu semua membuatkan aku merasa semakin terasing. Dan apabila aku semakin menginjak remaja dan boleh berfikir tentang realiti,  aku mula terfikir yang sebenarnya aku ni mungkin anak yang tidak sah atau anak haram sebab itu aku diserahkan pada orang lain tapi mujurlah aku tak dibuang dalam tong sampah  macam  bayi malang lain..Terima kasih mak..ayah…sebab sudi kutip anak macam aku ni..

Tapi aku takkan lupa peristiwa hitam tu, masa tu umur aku baru 17, nak ambil SPM  la tahun tu…Tapi semuanya terkubur bila aku hilang semuanya..Hilang keluarga,  tempat bergantung…Hilang rumah, tempat untuk berlindung….Aku ingat lagi macam mana ayah menghina dan mengusir aku malam tu…
“Dasar anak tak kenang diuntung, kau dah contengkan arang ke muka aku.kalau kau memang dari keturunan tak elok, tak elok  jugak la kau ni.Tak kira aku didik kau macam mana pun dah kalau kau datang dari daging busuk, busuk sampai ke sudah!! Dah dasar anak hatam !Kau memang bukan anak  aku! Janngan kau panggil aku ayah ! pergi kau dari sini!!”

Sedih…Pedih..semuanya bercampur dalam benak aku..Sakit badan aku disepak dan diterajang oleh ayah tak seteruk sakitnya hati aku sekarang ini.. Air mata lelaki  turut tumpah dari birai mata aku buat pertama kalinya. Kalau sebelum ni aku akan selalu bersabar saja tapi tidak untuk kali ini. Ketegasan dan kebengisan ayah sudah melampau. Aku bukan tidak biasa dimarah oleh ayah walaupun hanya kesalahan kecil yang aku lakukan…Aku telan semua yang ayah lakukan pada aku, kerana aku sedar aku cuma anak angkat tapi tidak kali ini..Dan  kalau memang aku tak layak panggil dia ayah  aku faham tapi kenapa dia tak dengar dulu penjelasan aku ?, kenapa dia tak tanya kenapa aku buat semua ni?.. Aku buat semua  ni demi maruah dia… Dia tahu tak kenapa aku  boleh hilang sabar dan pukul Saleh, samseng sekolah tu..Sebab Saleh dah hina ayah, dia cakap ayah  macam ketua dajjal sanggup ambik anak pungut macam aku sebab dia kata anak pungut macam aku ni, anak haram! Anak haram  nanti akan jadi bala tentera pada dajjal..Jadi ayah aku tu ketua dajjal la .Macam mana aku boleh tahan dengan hinaan Saleh tu. Biar orang keji dan hina aku tapi jangan ayah aku, ayah yang dah jaga dan besarkan aku, yang dah berikan aku hidup..Memang aku tak  sengaja pukul Saleh seteruk tu sampai masuk ICU tapi masa tu aku betul betul tengah marah dan aku pula ada belajar seni pertahankan diri jadi entah dari mana tenaga yang datang sampai aku boleh belasah Saleh seteruk tu…Aku mintak maaf Saleh dan aku tak tahu entah apa nasib dia lepas tu..
Apa pun aku tak pernah mengalah untuk hidup, dengan hanya berbekal RM 50  yang ada dalam poket, aku pergi bandar, aku tumpang tidur kat surau jer masa mula mula aku sampai pas tu aku mintak kerja kat sebuah kedai  makanan  dan mujur dia sediakan tempat tinggal dari situ aku kumpulkan duit dan aku  berazam akan sambung belajar… 

10 tahun sudah berlalu….Alhamdulillah aku sudah Berjaya dalam hiudup aku..punya keluaga yang sakinah dan ada perniagaan sendiri yang mula bertapak hasil kerjasama aku dan isteri…Namun entah kenapa jiwa aku rasa tak tenang kebelakangan ni , aku seperti terpanggil untuk pulang ke kampung..Takut jugak aku hendak menjejakkan kaki ke sana tapi  hati aku kuat memberontak ditambah  sokongan daripada isteri aku akhirnya nekad untuk pulang…Tak sangka kepulangan aku kali ini  bagai jejak kasih antara anak dan ayah…Ayah tak habis habis minta ampun pada aku selepas ayah tahu semuanya. Pada aku , aku sudah lama maafkan ayah..Tapi aku tak sangka  ini menjadi pertemuan terakhir antara aku dan dia…ketika hari ketiga aku dan keluarga aku di sana, ayah telah pergi buat selamanya….Belum puas aku     melepaskan rindu dan berbual panjang dengan ayah, ayah sedah pergi.. Masih terngiang ngiang ayat terakhir ayah pada aku…”seorang lelaki yang bergelar ayah mungkin tak menunjukkan tangisan dia pada orang lain,  tapi dia selalu menangis di hati kerana seorang lelaki perlu kuat”…Aku faham apa yang ayah cuba sampaikan, ayah selalu bersedih atas  tindakan dia pada aku tapi dia tak pernah menunjukkan kesedihannya seperti mak yang selalu bersedih dan menangis atas kehilangan aku…. Dari situ,  walaupun aku tidak mewarisi kperkasaan tubuh ayah  tapi aku akan selalu mewarisi kekuatan hati…

Wednesday 2 May 2012

Hanya untuk dia...(yang halal)




Kalau dah jumpa seseorang yang   betol2 menyintai kita…Why ambik masa yang terlalu lama untuk bercinta??Bercinta  dan perkahwinan memang berbeza tapi  kalau dah suka kahwin jelah kan…Jangan cipta pelbagai alasan untuk tangguhkan perkahwinan…Kalau betul cinta kan si dara  kena la  sanggup berdepan  dengan parents dia and jangan sekadar berjanji segalanya untuk dia  tapi still tangguhkan  sesuatu yang halal iaitu  NIKAH…Bila dah kawen nak bagi segalanya untuk dia baru la boleh LIKE TAPI kalau sebelum kawen  nak bagi segalanya untuk dia errrrr Unlike…unlike….