Wednesday 4 September 2013

HINDARI APA YANG MAMPU

Tak semua orang mampu elak sesuatu  yang lumrah untuk dibuat....But,  sometimes  ada perkara kita mampu untuk elakkan..So elakkan lah...Gontohnya

-menangis untuk sesuatu yang sangat sia sia seperti dilukai seseorang. Its ok  if awal2 tu nangis tapi jangan sampai asyik nangis sedangkan orang tu dah bahagia dengan orang lain coz life must be go on.

-Membenci seseorang, sometimes susah kalau sesuatu yang sangat melukakan tapi cuba fikir macam ni ... orang yang lukakan kita akan rasa apa yang dia dah  buat kat kita .Its called karma!

-Bersedih. 

-Cemburu yang mengkhinzir buta.

-Janji sesuatu yang tak pasti.

-Percaya dengan sebulatnya.

-Malas.


Ini antara yang aku cuba nak elakkan..Anda macam mana?????

Saturday 31 August 2013

JAGA TUTUR KATAMU

kadang kadang bila  kita bercakap, kita main lepas or dengan penuh lasernya tanpa mempedulikan perasaan orang lain. INGAT, jangan sampai  kerana mulut badan binasa. Perkara ni berlaku terutama bila tengah marah or tengah beremosi dan dalam tak sedar ada tutur kata tu yang dah mengguris perasaan orang. Kalau kesalahan kita pada Allah  boleh kita minta ampun dan bertaubat padaNya tapi kalau kesalahan sesama manusia kerana  ketelanjuran dalam berkata kata dan orang yang merasa sakit hati itu  tak dapat memaafkan...Hmmm jawabnya tanggung sendiri la. So  ingat tak kira masa marah, nak gurau or apa sekalipun...Jagalah tuttur kata jangan sampai ada yang terluka…….


Friday 30 August 2013

jangan biar sejarah hitam berulang



Tanggal 31 Ogos 1957 seperti yang sedia maklum, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan. Seterusnya tanggal  16 September 1963, Tanah Melayu telah  bergabung dengan  Sabah dan Sarawak  yang akhirnya  membentuk Malaysia. Apa pun 31  Ogos  menjadi tarikh rasmi Malaysia mencapai kemerdekaan yang saban tahun disambut dengan meriah yang  mana tahun ini sudah 56  tahun kita mencapai  kemerdekaan.

Dalam kemeriahan sambutan kemerdekaan dengan    cahaya bunga api, nyanyian, perarakan dan sebagainya   jangan kita lupa untuk  mngenal erti  kemerdekaan itu sendiri  dan   bagaimana kita  telah mencapai  kemerdekaan  ini. Sebenarnya dari  tahun 1511 kita telah dijajah apabila Portugis menawan Kesultanan Melayu Melaka, kemudian penjajahan beralih kepada Belanda, British, Jepun dan  penguasaan semula oleh British. Bayangkan dalam tempoh yang sangat  panjang  ini kebebasan  nenek moyang kita disekat dan betapa ramainya pahllawan kita yang gugur  demi menebus hak di  bumi sendiri.

Justeru jangan biarkan kemerdekaan yang  kita kecapi kini diragut semula oleh tangan tangan “ bangsat” yang akan memusnahkan  erti kebebasan  yang menyebabkan kita rebah  atau gundah di bumi sendiri. Itu tidak mustahil akan berlaku aandai  kita  tidak bersatu dalam mempertahankan negara kerana  dulu kita pernah dijajah salah satunya sebabnya ialah  belotnya bangsa kita  sendiri  dan jangan kita biarkan  ia berulang kembali.



“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN”

Sunday 25 August 2013

SUSAH DAN SENANG



BBila kita  hidup susah  selalunya orang akan pandang rendah jer pada kita tapi bila dah senang, mula la orang nak pandang dan berkerumun nak buat kawan.  Inilah dinamakan kehidupan agaknya. Bagi yang pernah hidup susah pasti pernah  merasakan pahitnya, tapi bila dah mula nak hidup senang , baru nak bangkit dari jatuh tu, lazimnya  ramai pulak yang menarik, nak pinjam duit la apa la. If tak pandai  kawal  mungkin akan jatuh balik sebab  tak senang jadi senang dan memang susah jadi susah ni..



Ada kisah benar seorang anak jalanan di Indonesia yang akhirnya mengecap kehidupan yang lebih baik bila bergelar seorang artis. Justeru jatuh , bangun,, susah dan senang seseorang adalah ketentuan dari Allah di samping usaha dan tekad untuk mengubah nasib sendiri kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang kalau tiada usaha dari diri sendiri.





Saturday 24 August 2013

Lagi Senang Ingat kan....



Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam
Maha pemurah lagi maha penyayang
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya kepadamu Ya Allah
Kami menyembahmu Ya Allah
Hanya kepadaMu
Kami mohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu  jalan orang orang yang  kau kurniakan
Nikmat kepada mereka
Bukan jalan mereka  yang dimurkai
Dan bukan  pula  jalan mereka yang sesat




Tahu tak ini  lagu apa? Who those yang tahu bagusla….Inilah  maksud surah Al Fatihah yang kita  baca setiap hari tapi kadang kadang tak  tahu maknanya. Dan tak salah kan bila ianya diadaptasi menjadi lagu  yang memudahkan kita untuk  mengingatinya nak2 lagi budak2 kan…Pokoknya   dah jadi lumrah lagi senang nak hafal lagu , jadi tak salah  lagu  menjadi pendekatan untuk mengingati sesuatu yang berbentuk ilmiah macam yang ada sekarang seperti lagu  nama 25 rasul,  lagu doa2, lagu  nama2 malaikat and so on. So rasanya sangat sesuai kepada kanak2   untuk  didedahkan dengan lagu yang berunsur positif seperti ini sebagai langkah awal   untuk melentur  buluh dari rebungnya…

PELUANG KEDUA



Genting Highlands: “Sebaik saja masuk ke dalam bas, saya dengar suara mangsa meraung kesakitan dan meminta tolong. Kebanyakan daripada mereka tersepit dan ramai juga terhumban keluar.

“Cermin depan bas pecah, begitu juga cermin tingkap. Saya juga nampak beberapa mangsa seorang demi seorang terjatuh keluar melalui cermin tingkap yang pecah.”

Demikian kata Mohd Najib Mohd Kassim, 37, seorang daripada empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands yang paling awal tiba untuk operasi menyelamat penumpang bas yang terjunam lebih 60 meter ke dalam gaung di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Kemalangan berlaku pada jam 2.22 petang di Kilometer 3.6 jalan berkenaan, disifatkan antara paling buruk dalam sejarah negara selepas pemandu dan 37 daripada 52 penumpang bas itu terbunuh manakala 16 lagi cedera.

Berikutan tragedi malang ini, bagi mereka yang terselamat merupakan peluang kedua yang besar maknanya jika dibandingkan dengan kehilangan nyawa yang tidak boleh ditukar ganti atau dijual beli. Even  kalau ada mangsa yang terselamat ini mengalami kecacatan kekal  mereka masih dianggap beruntung. Bayangkan  bagi yang muslim , jika mereka terkorban dalam nahas ini dan bekalan mereka  untuk ke alam sana belum cukup, bukankah itu merupakan sesuatu   penyesalan yang tiada gunanya. Bukan semua orang akan diberi peluang  kedua oleh  Maha pencipta untuk kembali padaNya atau untuk lebih dekat padaNya. Panjatkanlah kesyukuran  dan anggap ujian ini suatu kurniaan yyang pasti ada sinar  bahagia di hujungnya.InsyaAllah.