Sunday 23 December 2012

DIARI CINTA YMKU.....

28 September 2012
    Tak tau naper la tangan aku gatal sangat nak masuk chat room KL(7) hari ni...Dah lama aku tak singgah ke sana...Kebetulan malam ni aku pun bosan sangat,  semua orang dalam rumah ni tak der...Ina and Syikin, balik kampung and Zati macam biasa la dating ngan boboy dia la, entah bila la dua orang tu nak kawen, asyik berkepit ja...
   Story tu  tak penting..yang penting malam  ni aku kenal dengan sekor mamat laser ni..Amar....suka lak aku gaduh dengan dia...Terhibur kejap  jiwa aku and entah apa penyakitnya  aku boleh  tukar  nombor  telefon dengan dia yang kalau ikutkan memang aku selalu jual mahal ja bila orang tanya nombor telefon ni..Apa pun nice to be friend with you...Amar...


5 Oktober 2012
  Salahkah  ada perasaan   kurang yakin untuk  berjumpa dengan seseorang yang belum    betul-betul  kita kenali...?? Huhhhh...buntu...keliru...dan adakah aku  ni ego untuk membuka pintu hati  aku mengenali  seseorang...Petang tadi aku ada jumpa seorang kakak  ni entah macam mana aku boleh jadi peramah masa tu  and  aku tertarik dengar kata-kata  dia ,  terima lah seorang lelaki yang betul terhegeh-hegeh  dengan kita  bukan kita  jer yang terhegeh-hegeh  dengan dia and bab jodoh  ni tak yah nak tergesa-gesa  sangat sebab nak kahwin bukan untuk sebulan dua tapi kalau  boleh  sehingga hujung nyawa...

 Maybe aku dah buat satu kesalahan...make someone kecawa  and maybe terluka dengan sikap aku....so sorry.....Aku memang ada janji dengan Amar nak jumpa kononnya tapi aku cakap insyaAllah kalau aku takder hal  aku keluar dengan dia but   that day aku keluar with another friend  yang lebih aku kenal yang janji nak  jumpa lebih lambat dari dia .....So  bila dia tau aku lagi pentingkan kawan aku walaupun aku dah janji lagi awal  dengan dia...so kecewa la dia kan......Dia cakap mungkin aku tak sedia or tak nak kawan dengan dia..So  dia suruh   aku buat istiqarah malam ni  and esok comfirmkan dengan dia  betul  tak   langkah yang aku nak buat  samada terus berkawan dengan dia atau tak..

Jujur aku keliru kali ni..Ya Allah pimpinlah hati ku, berikanlah petunjuk Mu walaupun aku tahu banyak dosaku pada Mu....


6 Oktober 2012
    Yea...semalam memang aku  ada bangun untuk buat solat taubat dan istiqarah...Dalam keheningan  malam tu  terbit sendu aku yang panjang..Entah kenapa aku rasa sedih sangat...Pada ketika tu aku teringatkan seseorang, seseorang yang  pada masa  tu dah bahagia dan membuang aku jauh dari lubuk  mindanya.....Dalam sedu sedan tu jugak aku terus tidur  and bila bangun  aku rasa sakit kepala  maybe dah banyak nangis and tak cukup tidur kot..Camner ni aku dah janji nak call dia  sebelum pukul 9 nak  comfirmkan decission aku samada aku accept dia as a friend or  not, sekarang dah 8.30 and semalam aku rasa macam tak dapat mimpi apa pun...Dalam otak yang tengah blurr giler tu  aku send satu short massage...Kita jumpa esok  kat KLCC, 11 am....dont be late...

7 Oktober 2012
   10 miss called from  Amar....Bila  tengok jam  dah 11.30..Ya Allah aku terkambat bangun...Tapi aku tak terus pergi mandi tapi boleh pulak aku termenung and buat perkiraan nak  date with Amar or not...Huhhhh malasnya aku rasa...Bila aku baca mesej dia, dia cakap dia dah ada kat  KLCC dari pukul 11 tadi, kesian pulak aku dengar...So cepat-cepat aku bersiap sambar jer apa yang aku nampak.....Aku sampai kat KLCC dah pukul 1 means aku lambat 2 jam..huhu jahatnya aku....disebabkan dah nak dekat waktu zohor so dia suruh  solat dulu  ambik  berkat kononnya...Baik pulak mamat ni or alim alim kucing ja kot ni....What ever la.....

   First time aku tengok dia...Hmm not bad..Seorang lelaki berkaca mata, berkumis nipis,berbadan tegap and kulit agak cerah...Dress up dia hari tu berkemeja and berseluar sack sedangkan aku berjeans  biru lusuh, t-shirt hitam lengan panjang and  tudung merah jambu, very simple...Peduli apa aku kalau nampak selekeh pun siapa suruh pakai smart hai cuti ni...and nasib baik dia tak komen apa apa...Kitaorang just spend time untuk makan sambil sembang-sembang ja..Tapi perangai dia suka sangat sakitkan hati aku, laser jugak mulut dia...Sebelum ni dalam ym or massage pun memang la macam tu tapi tak sangka la  bila jumpa pun asyik nak gaduh dengan aku jer....Nyampah lak aku.....

     Kesimpulannya..ada sedikit persamaan antara aku dengan dia...iaitu birthday yang sama..hobi menulis yang sama..tapi kontra nya aku dengan dia ialah  dia  lantang dalam berkata kata  and banyak sangat berahsia sedangkan aku selalu brtapis bila cakap and  ada benda yang aku boleh ceritakan aku kongsi la..

14 Oktober 2012
 Dah seminggu aku tak berhubung dengan dia lepas  first date kitaorang tu...Mungkin aku  dengan dia tak sesuai sebab tu hubungan kami  setakat tu  jer kot , biasa la perhubungan alam maya ni..banyak sangat penipuannya....seperti yang telah aku alami sebelum ni...lukanya belum sembuh lagi pun....Aku memang  tak pernah  mencemarkan diari aku dengan kisah luka tu  tapi  malam ni aku rasa teringin mengimbas kembali memori duka yang sudah setahun berlalu...

 Perkenalan singkat aku melalui ym dengan Zairil membenihkan bunga bunga cinta dalam hati kami, walaupun baru sebulan tapi jujur aku sayangkan dia dan dia juga meluahkan rasa yang sama...Tapi setiap kali aku  katakan aku ingin berjumpa parents dia, dia akan mencipta beribu alasan sampailah suatu malam aku dikejutkan dengan satu panggilan dari seorang wanita yang langsung aku tidak kenali..Masih terngiang ngiang di telinga aku  cacian yang dilemparkan untuk aku..."Hei betina gatal takder laki lain lagi ker kau nak?, naper nak tunang orang? , tau tak lagi  sebulan kami nak kawen...Zairil tu tunang aku, jadi jangan sekali kali jumpa dia lagi kalau tak  siap aku kerjakan kau!! "
  
  Zairil , tunang orang , betul ker ni..???Malam tu jugak aku cuba called zairil tapi langsung tak berangkat, sms aku pun tak  direply yang aku terima 2 hari selepas tu ialah undangan perkahwinan dari Mohd Zairil Azam bin Adnan dan  Serina  Shahira bt Dato' Azman...Semuanya jelas untuk aku fahami dan semenjak itu jugak aku  langsung tak menjengah ke  ym, fb, tagged atau seangkatan dengannya  dan sekali gus menutup pintu hati  aku untuk mana mana  insan bernama lelaki...

  Arghhhh bodohnya aku menangis lagi kerana lelaki tu...Pada masa yang sama telefon aku berbunyi...Amar..Tanpa berfikir panjang aku  terus menjawab panggilan dalam sedu sedan tu.. "Naper awak menangis..rindukan saya ker... Sori  la sayang, ada emergency  casses, kena outstation  ke Singapore tak sempat nak cakap kat sayang"...perasan pulak mamat ni tapi  entah macam mana aku boleh  rasa selesa untuk bercerita semua kisah tragis aku dengan Zairil  sambil  menangis  and dengan gentlenya jugak dia memujuk aku  bagaikan seorang kekasih...

21 Oktober 2012
   Amar ajak second date...Aku malas nak keluar...Memang hubungan kami baik jer and dia pun dah kurang lasernya kalau gaduh tu pun just gaduh gaduh manja je, nak menyakat aku la konon...tapi disebabkan trauma  aku masih tersisa  untuk  mencintai dan dicintai...Aku takut makin aku kenal dia aku akan suka dengan dia..So aku bagi alasan tak dapat keluar dengan dia sebab ada hal but so supprised  bila malam tu  dia terpacak depan rumah dengan sejambak ros putih...Nak tak nak kena la jugak date dengan dia malam tu..

22 Oktober 2012
    Malam ni  tak tau nak buat apa ...So layan ym jer and dengan sapa lagi  aku nak chatnya kalau bukan Amar, tempat aku bergaduh dan tempat untuk aku mengadu....
Awak.....saya mula sayangkan awak...itulah antara bait dia malam tu...Aku tak nak terperangkap dengan jerat ym seperti dulu lagi so  entah mana datangnya idea aku jawab..
Awak , saya   ada 1 prinsip baru dalam  hidup saya..."no couple before married"...so kalau betul nak serius dengan saya meet my parents  first...Haha  baru kau tau...setengah jam jugak  baru dia reply tapi apa  yang dibalas  menyimpang dari akal aku...
Ok awak saya akan jumpa parents awak dalam waktu terdekat ni, saya betul betul nak serius dengan awak...
What..!!????...Lepas dari tu aku pulak yang tak reply   ym dia sebab blackout and  masa yang sama  pulak telefon aku kehabisan bateri....

   Dalam kegelapan  malam yang hanya diterangi samar samar  lampu jalan  aku termenung sendiri, sekarang aku kah yang betul betul bodoh menjerut diri ke dalam perangkap sendiri ?....Kalau betul Amar serius dengan tindakan dia  bermakna..Hahhhh malas aku nak fikir....

27 Oktober 2012
    Rasa macam mimpi...Masih terngiang ngiang di fikiran aku  ayat Amar tengah hari tadi   kepada mak dan ayah aku.."Saya serius nak  jadikan  Zulaikha isteri saya, memang saya datang ni tak mengikut adat melayu tapi dah ni cabaran yang Ika bagi untuk saya, dia suruh  jumpa   pakcik  dengan makcik dulu...Saya cadang minggu depan saya akan suruh mak ayah saya pulak masuk meminang  kalau pakcik dan makcik setuju....Haaa...biar betul tak bincang dengan aku pun...Tapi  dia boleh  pulang paku keras  pada aku balik..kan tak nak  couple before married so  nak married la dulu baru leh couple and lebih lebih kan sayang...Hahhh nyampah aku dengan senyum kambing dia tu tapi jauh di sudut hati aku  memang telah terbit rasa sayang untuk dia....

29 Oktober 2012
   Mendebarkan...First time aku akan berjumpa dengan family Amar...Aku  memang tak tau sangat latar belakang keluarga dia...Terkejutnya bila aku sampai jer kat rumah dia...rumah agam banglo 3 tingkat yang di luarnya tertulis Villa Dato' Azman...Berat kaki aku nak melangkah and masa tu pulak aku  cuma berbaju kurung biru muda dengan sulaman manik ringkas di hujung lengan  dan bertudung putih...Aku memang lansung tak tahu latar belakang keluarga Amar dan Amar seperti faham dengan kegabraan aku tu, satu ayat  yang menenangkan aku buat seketika..."kemewahan  dia dan keluarga dia cuma satu anugerah  dan pinjaman sementara  yang akan bawa kebahagiaan sementara kalau tak pandai dijaga tapi anugerah di depan matanya sekarang iaitu aku yang akan  membawa kebahagian selama lamaya sampai ke pintu syurga sebab dia yakin aku ialah bakal isteri solehah iaitu harta yang lebih mahal dari harta kekayaan lain di dunia ni"...

    First impression   pertemuan aku dengan  parents Amar....Papanya agak peramah  tapi mamanya macam tak berapa berkenan dengan aku, yelah aku ni kan cuma anak kampung...tapi Amar akan selalu bake up aku dalam semua benda...Pasal parents dia tak penting, sekarang ni ada seseorang yang aku tak duga aku jumpa di sini...Zairil....lelaki tu abang ipar Amar....Ya Allah kecilnya dunia ni..Menggigilnya masa aku terpandang wajah lelaki keparat tu dan dapat  aku lihat betapa bahagianya dia sekarang sedangkan aku setahun menangis atas kebahagiaan dia..

Amar memang perasan dengan perubahan wajah aku dan Zairil  tapi tak dapat meneka puncanya...Dia seperti faham dengan situasi aku yang macam udang kena goreng...so dia minta izin dengan family dia  untuk hantar  aku balik, sepanjang perjalanan  kami, tiada bicara  , masing masing membisu...tapi sebelum aku keluar  dari perut kereta satu ayat nya yang keluar...masa silam adalah masa silam....saya adalah masa depan awak...rancangan akan diteruskan seperti yang saya janjikan pada parents awak...Aku hanya mampu diam dan mengangguk tapi masuk jer dalam bilik, aku menangis macam orang mati laki...Macam mana aku nak  teruskan kalau nanti akan akan terus berjumpa dengan Zairil dan hati aku akn lagi sakit...Macam mana?????

30 Oktober 2012
       Aku terima panggiln dari seseorang yang aku tak kenali petang itu, tapi  bila terdengar suaranya memang aku kenal betul  pemilik  suara itu...Zairil....
Dia nak jumpa aku...For what???Dia tak cakap untuk apa tapi Amar akan ada sekali masa tu.....Amar  dah tahu ker pasal ni??....

Walaupun berat hati  untuk aku jumpa Zairil tapi Amar dah jemput aku depan rumah..."Kita kena jumpa abang Zairil kan"...Hmmm abang, geli aku dengar walaupun suatu ketika dulu itu juga panggilan aku untuk lelaki itu..."Jadi awak dah tahu la pasal saya dengan dia??"...Hmmm...pendek saja jawapannya....

Kami berjumpa di lookout point Ampang, medan pertemuan aku dan Zairil suatu masa dulu...Aku berpura pura menunjukkan reaksi biasa padahal ketika itu bergolaknya perasaan aku...Amar membiarkan kami meneruskan perbincangan tanpa adanya gangguan dari dia..."Abang mintak maaf mainkan perasaan Ika selama ni, abang tak berterus terang dengan status abang tapi jujur abang  katakan abang  tak dapat lupakan Ika  dan sampai sekarang, perasaan  cinta tu masih ada dalam hati abang..Abang cuba cari Ika tapi abang tak dapat, Ika dah pindah, dah tak guna id ym lama, dah blocked fb, dah tukar nombor telefon...jadi abang tak tau macam manan nak cari Ika lagi"..

"Buat apa awak nak cari saya lagi???

"Abang sedar , abang dah buat dah buat satu kesilapan kalau dulu abang tak berani berterus terang sebab takut kehilangan Ika tapi akhirnya abang memang kehilangan Ika tapi sekarang abang mohon tolong kembali pada abang..Ika..Abang sanggup lepaskan isteri abang  sebab abang langsung tak bahagia pun dengan dia sekarang"...

"Senang jer awak buat perempuan macam tu tinggal bila dah tak suka, cukup lah awak pernah tinggalkan saya tanpa penjelasan , setahun saya berendam air mata sebab awak dan malam ni saya rasa menyesal buang air mata saya untuk lelaki yang tak pandai menghargai cinta"..Aku terus angkat kaki walaupun zairil berulang kali panggil aku, tapi cukuplah aku disakiti....Malam tu aku betul betul nak buang Zairil dari sejarah  hitam aku, itu tekad aku....

31 Oktober 2012
   Aku tahu hubungan aku dan Amar juga takkan ada kesudahan..Sebelum  aku lebih kecewa aku  dah titipkan satu pesanan di ym buat Amar...
Dear Amar.....
Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya, walaupun  singkat tapi  cukup untuk memberi  segaris warna pelangi cinta dalam hati saya....Saya memilih untuk undurkan diri  kerana saya tahu antara kita terlalu banyak bezanya dan pasti banyak halangannya....Saya akan selalu doakan awak bahagia dengan insan yang selayaknya untuk awak....

Yang Mengasihimu,
Zulaikha Ameera 

7 November 2012
   Dah seminggu aku menganggur di kampung....Dah seminggu jugak telefon aku  tu , aku matikan....Cara yang selamat pada aku untuk  tidak diganggu oleh siapa pun...Mak  dan ayah memang tahu  apa yang terjadi pada aku dan  apa yang mereka boleh buat dan katakan...bersabar jelah...
      Terkejut aku petang tu bila ada tetamu  yang aku kenal datang  ke teratak buruk keluarga aku ni....Parents Amar, kakak dia and beberapa orang lagi atau lebih tepattnya ini ialah rombongan meminang...Aku sedikit kaget bila kakak Amar  nak jumpa aku secara personal sebelum  majlis tu berlangsung, aku memang dapat meneka puncanya..."Awak masih sayangkan Zairil kan, kalau  itu yang Zairil nak saya korbankan..saya sangup bermadu dengan awak...Saya tahu Zairil tak bahagia dengan saya"...Haaaa apa ni aku dipinang untuk Zairil  atau untuk Amar???Aku tak sedar apa lagi lepas tu sebab aku dah pengsan dan bila aku sedar kat sebelah aku tu ada sebentuk cincin....Cantik...Tapi bila aku teringat yang aku dipinang untuk Zairil aku terus membaling kotak cincin tu dan aku tak sangka Amar  datang  mengutipnya dan duduk di sisi aku...Aku mimpi ker apa ni..."Awak tak mimpi la...kenapa  pulak nak buang cincin ni, kesian dia..." sambil mencubit pipi aku Amar tersenyum seperti dapat membaca fikiran aku masa tu."Apa awak buat kat bilik saya ni ?" "Tak boleh ker saya nak jumpa dengan bakal...."bakal madu kakak awak, macam tu..??", belum sempat Amar menghabiskan bicara aku terlebih dahulu memotong ayatnya..Berkerut dahi Amar ketika itu tapi  dia tersenyum kembali..."awak jangan salah sangka dengan apa kak Serina cakap, biasa la pembawakan budak...emosional sikit....."
Haaa...apa benda ni...aku tak faham.."sekarang yang nak kahwin dengan saya ni,  awak ker Zairil???.."
"Sekarang awak nak kahwin dengan saya ker abang ipar saya?"
"Awak dah tahu jawapannya kan"...jawapan yang aku berikan membuat Amar terus terdiam dan hanyak tunduk membisu dengan wajah sugul.....Aku sedar dia salah faham  and maknanya dia belum  yakin dengan perasaan aku pada dia..
"Amar kalau saya pilih abang ipar awak tu  , awak akan lepaskan saya macam tu jer ker..."
"Kalau awak bahagia , saya pun akan bahagia"...
"Awak tipu...kalau bahagia naper muka sedih jer."..
"Takper lah saya keluar dulu, lagipun tak elok berduaan dengan bakal  madu kakak saya sendiri",Amar terus bangun tapi aku lebih pantas meragut tangannya.."Amar, awak memang pilihan saya dan bukan lelaki lain..."

Hmmmmm...sweetnya masa tu..walaupun sebenarnya aku malu sangat masa tu tapi lagi  dahsyat reaksi Amar dia pergi depan pintu and jerit "Ika dah terima lamaran ..Ys! Yes!" and baru la aku sedar rupanya rombongan meminang masih ada kat luar...

18 November  2012
    Tarikh keramat buat aku dan Amar, cincin disarungkan ke jari aku oleh mama Amar sebagai tanda  aku adalah tunangan Amar  hari ini..Manakala 2 Febuari 2013 pula menjadi tarikh akad nikah  kami sempena  tarikh lahir kami berdua , kata Amar senang nak ingat  tarikh ni and jimat   sikit nak beli hadiah nanti...Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar nanti..InsyaAllah...Amin...


Friday 21 December 2012

PELUKANMU MEMBERI SEJUTA MAKNA....

Sakit itu ujian dari Allah dan  kenapa kita diuji  salah satunya sebabnya ialah  Allah sayangkan kita....Biasanya  kalau  kita sakit, kita   jumpa doktor and makan ubat kan, tak pun amik supplement untuk kuatkan lagi  daya tahan badan..

Sebenarnya   itu tak cukup untuk pulihkan  sakit seseorang , sebaliknya kita lupa satu lagi penawar hebat iaitu  dengan memberi sokongan  melalui kata ransangan , tunjukkan rasa sayang  kita pada dia  dengan berikan satu pelukan yang  jarang sangat kita lakukan bila kita dewasa ni... Cuba fikirkan berapa kali dalam sehari kita dipeluk atau memeluk parents, husband or wife tak pun  rakan terdekat kita...Jarang2 kan..Naper kita jarang buat macam tu...? Jawapannya... tak biasa ..segan la and so on....


Kalau masa kita baby tak pun masa kecik2 dulu kan kita selalu dipeluk dan memeluk orang tersayang tapi kenapa sekarang bila dah besar kita tak boleh buat benda yang sama terutama  dengan parents kita kan...Jadi  tak salah kita lakukan  semula sekarang..Bila dipeluk dan memeluk orang tersayang kita akan merasa lebih dihargai dan secara tak langsung mengurangkan stress dalam diri...Cubalahhhh...





SERAMNYA..




Pernah tak dalam hidup kita  tengok orang kena histeria??Bagi yang biasa tinggal di asrama mungkin tu fenomena biasa nak2 lagi makhluk halus ni suka sangat mengusik time nak final exam, masa tu la boleh dengar  orang  menjerit terlolong tiba2..Tapi setengah orang cakap   benda ni senang jadi if kita tak kuat, lupa pada Allah or ada benda kotor kat sekeliling yang menarik untuk dia mengganggu for example  buang pad merata rata, pad tu pulak tak cuci bersih  and tak bungkus dengan paper or apa...emmm memang dia suka la sangat...

kejadian  histeria yang aku tengok untuk  first time dalam hidup aku ni   masih baru la jugak..Perkara ni jadi dekat kawan aku sendiri...Kisahnya macam n...malam tu dia  kurang sihat.... demam, dia pun tido la sorang2 dalam biluk , aku  and 2 orang kawan aku pulak  pergi tengok tv biar la dia sorang2 kat bilik..Pas tu masa tengah tengok tv tu kitaorang denga dia macam  meracau, kitaorang ingat biasa jelah benda tu pas tu makin lama makin teruk lak kitaorang dengar dia menjerit..kitaorang dah gabra la masa tu..takut2 jer nak  masuk bilik tengok dia masa tu, tak sempat kitaorang masuk bilik  dia dah keluar siap bawak pisau kat tangan..... 

"korang pergi semua dari ini , aku tak nak tengok  korang", dia jerit macam tu...apa lagi lari lintang pukang la kitaorang keluar dari rumah  nak mintak tolong , aku  pulak masa tu pakai baju kelawar ja..Ya Allah...Malunya...

Nasib baik  masa tu ada seorang abang  ni pandai la jugak nak berubat benda2 macam ni..Dia pun  masuk la rumah, masa tu kawan  aku yang kena histeria  ni dah buang pisau kat luar jadi berani la kitaorang masuk tapi dia pergi masuk 1 bilik ni and kuncikan diri dia kat  situ, masa tu  dia diam ja and nampak macam takut sangat..Abang ni sambil pasang   ayat Al Quran cuba la bukak bilk yang dia berkurung tu , apa lagi    bila   ada beberapa orang masuk nak pegang dia, dia menjerit and meronta2 nak lepaskan diri, nasib baik yang  pegang dia masa tu badan besar jugak, so dia tak dapat lari la...Abang tu  bagi air yang dia dah baca  ayat tertentu kot and sapu kat muka dia,abang tu tanya naper  kau kacau budak ni, nak apa dari dia..pas tu dia jawab nak ajak kawan aku ni main buaian kat luar tu, dia suka main ngan kawan aku, seriau aku masa tu..abang tu cakap la  kat makhluk halus yang ganggu kawan aku ni , dia   tak leh nak kawan ngan kawan aku, dunia kitaorang tak sama, pas tu  abang tu suruh makhluk   yang ngacau ni keluar, tapi dia    tak nak..abang tu kata la, nak guna cara kasar ka?, abang tu pun  pasangkan azan kat fon dia, kawan aku ni menjerit la, rasa sedih sangat tengok keadaan dia macam tu, menangis jugak la aku masa tu...huhu..Pas tu  keadaan dia baru ok sikit tapi makhluk  tu tak exactly keluar sebab abang tu tak pandai nak buat , untuk keselamatan kitaoang memang tak leh la tido kat situ malam  tu..So  kitaorang bermalam kat hotel la  and kawan  aku yang kena histeria tu ada sekali....memang tak berani tido la kitaorang malam tu and sepanjang malam la jugak  kitaorang pasang jer  ayat Al Quran takut makhluk tu datang lagi..

Esoknya  kitaorang pergi balik kat rumah tu  untuk   rawat kawan aku and  rawat tempat tu  la lebih kurang...Cara yang ustaz ni guna agak berdiplomasi macam nak berbincang and pujuk makhluk halus ni supaya jangan ganggu   penghuni kat dalam rumah ni and bukan  nak mengusir macam  selalu kita  tengok kat tv...Masa tu  makhlus halus ni jadikan seorang akak ni sebagai  medium  untuk dia  berbincag nagn ustaz tu ...So  dalam proses bincang tu jugak,  ustaz tu ajar  makhluk halus ni   mengucap dua kalimah syahadah  and sama2 bertaqwa pada Allah tapi yang aku tak tahan tu makhluk halus ni cakap  tempat ni memang tempat diaorang dari awal .... jadi marilah kita tinggal bersama2..huhhh... tinggal bersama2, seriau betul masa tu walaupun memang la hakikatnya  makhluk halus ciptaan Allah sentiasa ada di sekeliling kita cuma kita jer  yang tak nampak diaorang..Aku tak taw macam mana kesudahan discussion  tu  sebab aku  balik  dulu and kawan aku yang kena histeria tu pun  balik kampung gak untuk berubat  lagi..And sekarang  ni Alhamdulillah dah ok dah...

Apa pun ada sedikit pengajaran dari kejadian histeria ni...First  jangan la letak pisau dalam bilik, even aku  and kawan aku ada sebut , bahaya  letak pisau kat sini ni tapi sorang pun takder amik pisau tu simpan kat tempat sepatutnya..Second  jangan main kat luar masa tengah senja...Kawan aku yang kena histeria ni  entah apa kena masa  first day dia datang kat rumah tu dia g main   buaian  kat luar , and petang tu dia main sampai senja ngan adik dia siap gelak2 lagi, aku dah masuk rumah masa tu, fikir gak dalam hati tak elok main senja2 ni...So beringat la senja ni memang time  makhluk ni bermain and kalau   kita g main sekali ,tu yang jadi lain pulak tu...

Wednesday 19 December 2012

WAJARKAH PELUANG KEDUA????


untuk apa berjanji
kalau tak mampu menepati
untuk apa merindu
jika hanya  dibalas angin  sepi
untuk apa bercinta
andai tiada lagi cinta
dan untuk apa diteruskan hubungan ini andai hanya menyakitkan....




Mungkin perpisahan bukan jalan terbaik tapi kalau  dah memudaratkan diri tak kira dari segi fizikal atau mental  , inilah jalan terbaiknya..

Dan tak mustahil juga dalam  tempoh terdekat perpisahan,  si dia ingin merujuk kembali dengan kita kerana baru tersedar akan satu kehilangan yang berharga dan wajatkah kita memberi peluang buat si dia?


Fikir masak2 sebelum bertindak  samada untuk memberi peluang kedua  atau tidak, dan ianya bergantung kepada situasi kenapa berlakunya perpisahan itu . Sebagai contoh kalau perpisahan tu berlaku disebabkan orang ke 3 (curang) , sebab halangan dari parents  or si dia  ada bad attitude  yang tak boleh nak diubah dari awal sehingga akhir kenal dia  so hati2 la untuk terima si dia kembali dalam hidup anda kerana  tak mustahil masalah yang sama akan terus berulang dan jadilah  putus....rujuk..putus...rujuk, yang kesudahannya tak tahu lah sampai bila..

Tapi who those yang dah berkahwin situasinya   agak berbeza nak lagi kalau dah ada anak, for sure anak memang tak dapat  terima perpisahan parents.So nak rujuk balik atau tak agak susah  tapi mungkin  ini  namanya pengorbanan kalau betul si dia ikhlas dan   dah berubah tak salah beri peluang  untuk kepentingan anak.Apa pun keputusan kita  jangan  lupa merujuk  dengan pembimbing terbaik kita, caranya mudah  bersujudlah, mintak diberi petunjuk  apa yang terbaik untuk kita dan andai itu memang jalan terakhirnya redha dan berserahlah atas setiap  ketentuan dan  ujianNYA..





Monday 17 December 2012

PELANGI KEHIDUPAN

Assalamualaikum....Dah lama rasanya aku tak menjengah ke laman ni dan   melontarkan luahan rasa  di hati ....Macam2 yang aku  belajar sepanjang perkelanaan aku  tu....Pahit...Manis...semuanya dah  tersemat dalam  diari mindaku....ceysehhhh....

First apa yang aku belajar...kehidupan kanak2  paling menyeronokkan atau lebih tepat lagi  inilah    dunia  tanpa masalah, apa yang mereka fikir hanya bermain....dan   orang dewasa yang bermain  or borrak2 dengan kanak2 juga boleh  mengurangkan stress diri...Then cara nak punish budak2 jugak perlu  bijak, tak semestinya  dengan  hukuman yang menyakitkan sahaja sebab effectnya sekejap ja pas tu nakalnya akan datang balik....So pada pendapat aku hukuman tetap perlu diberi kalau mereka nakal tapi jangan sampai tinggalkan kesan nak2 lagi anak orang kan, cukup la berdiri sambil angkat tangan, suruh dia kemas  something,jalan itik, ketuk ketampi  and so on bergantung kepada peringkat umur dan last sekali  jangan lupa  cakap kenapa kita beri hukuman tu pada dia, mintak dia janji jangan ulangi kesilapan yang sama dan kalau dia buat jugak kesalahan yang sama... denda yang  lagi dahsyat akan diberi...So sedikit sebanyak  terlekat jugak la kat hati kanak2 kalau kita cuba bercakap lembut dengan dia dan jangan tau nak hukum ja  tak kira masa walaupun hanya kesalahan kecil kerana "hak bermain adalah hak kanak2"  tapi  kita sebagai dewasa perlu menjadi pemerhati dan  pembimbing   mereka supaya  apa yang mereka lakukan  tidak menyalahi batas norma manusia kerana bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya"....

Second  apa yang aku dapat belajar untuk buat sesuatu memang kena ada nawaitu yang JITU..Kalau kita tak kuat dari segi fizikal  dan mental  niat kita akan terpesong dan apa yang kita cuba buat tu akan jadi tak ikhlas dan sia2 jer....Emmm aku tak boleh terangkan  situasinya secara detail kerana ada  sensitivitinya di sisni...Tapi pada aku  sepanjang aku kat sana fizikal dan emosi aku kurang  kuat untuk hadapi ujian yang Allah bagi tu dan kawan aku sendiri mengalami stress yang melampau bila bangun pagi jer nangis sebab  tak tahan dengan persekitaran ni....Mungkin nawaitu   ada untuk berbakti tapi  kekuatan tu tak selaras  jadi sebelum keadaan menjadi lebih teruk cukuplah ia di situ...Dan sometime berbakti tak semestinya kena  keluarkan tenaga or wang ringgit , dengan hanya menitipkan DOA ia juga boleh menjadi salah satu  SUMBANGAN  AZIMAT yang tak ternilai di sisi Allah ....InsyaAllah...

Don't judge a book by its cover....Tentu kita dah biasa sangat  dengan peribahasa ni kan...Manusia memang suka nilai seseorang tu   walaupun pada pertemuan pertama tanpa mengenali  hati budi orang tu....Kalau kita nampak orang tu pakai serban, pakai kopiah, tudung labuh...orang tu kita cop baik, alim and warak...pas tu bila kita nampak orang tu pakai  seksi  kita cap dia sebagai ROSAK...Memang penampilan mencerminkan dir tapi  itu tak  membuktikan  keperibadian  diri kita...Kita akan lebih  kenal seseorang  bila lebih lama dengan dia and duduk  sebumbung dengan dia....Masa tu baru terserlah siapa diri dia...apa yang dia cakap di belakang kita dan macam mana  reaksi dia pada kita dan macam mana dia menginterprasi orang  lain di sekeliling dia...

Last but not least kita selalu merasa  nasib kita kurang baik padahal   Allah dah mengatur perjalanan terbaik untuk kita...Sebabnya kita selalu fikir  hidup orang lain lagi better dari kita sedangkan samada kita sedar atau tak ada lagi manusia kat bumi Allah ni  yang negaranya tak aman, nak makan pun susah  sampai  kena kutip dekat tong sampah, tempat tidur tak der and so on...Tapi hidup kita kat Malaysia tak der la seteruk tu cuma nak hidup yang better  kena lebih berusaha itu jer...Even  kat Malaysia ni  anak yatim, anak miskin or tanak erbiar mereka  masih ada pembelaan dari badan NGO tertentu and sometime hidup mereka ni lagi mewah kot...So terapkan rasa bersyukur dalam diri  atas setiap nikmat yang diberi jangan sampai satu hari nanti Allah tarik balik salah satu nikmat tu and masa tu penyesalan pun dah tak berguna lagi....

Beginilah kehidupan yang mencorakkan pelbagai warna..Hitam ,  putih atau colourfullnya hidup kita ,  kita yang tentukan berserta iringan  DOA...Kalau kita  dapat mencorakkan pelangi dalam cerminan hidup kita ia merupakan satu bonus dan batu loncatan untuk menggapai kehidupan yang baik suatu hari nanti..Tapi kalau dalam hidup kita  ada warna hitamnya ia  bukan satu nokhtah tapi jadi kan ia satu pengajaran  agar   titik hitam itu takkan  terpalit lagi dalam hidup kita...