Tuesday 31 January 2012

DIET RASULULLAH


Untuk panduan kita bersama… 
Diet Rasullulah SAW yang amat berbeza kalau dibandingkan dengan diet mengikut pandangan moden (barat).Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau kita mengikut diet Rasullullah ini, kita juga takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

PENGAMBILAN  MAKANAN:

-Jangan makan SUSU bersama DAGING
-Jangan makan DAGING bersama IKAN 
-Jangan makan IKAN bersama SUSU
-Jangan makan AYAM bersama SUSU
 -Jangan makan IKAN bersama TELUR   
-Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
-Jangan makan SUSU bersama CUKA
-Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: puding koktel

CARA PEMAKAN :

-Jangan makan buah setelah makan nasi
   Sebaliknya makanlah buah terlebih                    dahulu, baru makan nasi.
   -Ttidur 1 jam setelah makan tengah hari.
-Jangan sesekali tinggal makan malam. 
  Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
-Jangan makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

HARAPAN SEORANG KEKASIH KEPADA KEKASIH.....


Tuhan kirimkanlah aku kekasih yang baik hati..
Yang mencintai aku apa ada nya….
Itulah antara lirik Munajat Cinta….

Mungkin itulah impian  setiap orang dalam  mencari pasangan..kerana kekasih  yang dinginkan itu….

Dia yang menenangkan hati..
Dia yang selalu menjaga keimanan..
Dia yang selalu mengingatkan solat..
Dia yang selalu mengajar bagaimana harus bersabar..
Dia yang menjaga Agama-Mu.. 
Dia yang selalu berdoa untuk keluarganya..
Dia yang selalu taat kepada ayah ibunya...
Dia yang tak pernah meninggalkan solat..
Dia yang selalu berbicara dengan sopan..
Dia yang selalu tahu tanggungjawabnya..
Dan Dia yang  menerima dengan seadanya…..

Dengan itu….
Ya Allah…..
Bantu aku ya Allah..
Bantu aku untuk menjadi insan yang jauh lebih baik..
Karena aku menginginkan kebaikan..
hanya untuk-Mu dan hanya di jalan-Mu.. 
Jauhkan aku dari segala sifat yang buruk ya Allah..
Aamin..

KASIH pada orang yang MENYINTAI kita bukan MENGEJAR KASIH pada orang yang DICINTAI….





Tatkala berdepan dengan cinta 3 segi atau  bersegi2…mana 1 pilihan yang tepat…????
Soal jodoh bukan perkara yang boleh dimain2 sebab  kita nak kawen dengan seseorang bukan untuk setahun dua ajer tapi kalau boleh nak untuk selama2 nya…
Kalau based on ISLAM 4 perkara yang ditekankan iaitu agama, rupa paras, harta benda dan keturunan yang baik…Itu memang penting untuk dijadikan ukuran.
Apa pun  kalau SOAL HATI biarlah kita berkasih pada orang yang menyintai kita apa adanya kita bukan kita mengejar kasih pada  orang yang kita cintai   semata2  tapi sebenarnya orang yang kita gilakan tu tak tahu la sejauh mana kasih dia pada kita..…
Inilah yang berlaku pada  seseorang yang mengalami konflik cinta tiga  segi yang namanya tak perlu disebutkan..Pasangan ni memang dah bertunang and dah kenal lama pun, tapi orang kata time bertunang ni la datang macam2 dugaan sebab tu la tak digalakkan bertunang lama2…Dugaan  ni berlaku bila exboy frenz   girl ni datang balik cari  dia, padahal  exbf dia tu pun dah bertunang masa tu..Si exbf tu cuba la nak mengimbau kembali kisah2 lama diorang, katanya  tak pernah rasa sebahagia  macam waktu diorang couple dulu la, and bla2 lagi la dia mengayat …Kesannya perempuan ni dah mula goyah dengan perasaan dia sendiri, yang jadi mangsa mesti la tunang si perempuan ni yang sentiasa setia jer kat dia and tak tahu apa2 pun pasal situasi tu, yang dia tahu tuning dia dah agak berubah and takder banyak masa untuk  keluar ngan dia macam selalu…Setahu aku dulu diorang clash sebab  laki ni sendiri yang  tinggalkan  si perempuan tu sebab katanya dah tak serasi, perempuan tu tak memahami dia la apa la.Hakikatnya dia yang dah ada orang baru….
Nasihat aku pada dia…Jangan biar pisang berbuah 2 kali and jangan biar hati  dimainkan lagi..Hargailah dan syukurilah nikmat  cinta yang sedia ada untuk berkasih pada orang yang ikhlas mengasihi…

Sunday 29 January 2012

AYAT2 AL QURAN YANG HARUS DIAMALKAN SELALU…..


  Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh  
Surah Al Baqarah - Ayat 102  
Anak2 pandai belajar  
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79  
Anak2 lembut hati/ elak panas baran  
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah  
Surah Toha ayat 1-5  
Supaya Suami tak kawen lain  
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil  
Ayat pendinding  
Ayat akhir surah At Taubah  
Bg anak2 yg suka keluar malam  
Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x  
Untuk jadi pendinding rumah  
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah  

5 PERKARA yang kita inginkan……

Semua orang mahukannya dan kita akan berusaha untuk mendapatkannya:-

1:Wajah yang cantik.

   Lagi2 perempuan akan habiskan duit untuk beli macam2 produk kecantikan dan tak kurang jugak sanggup  menempah risiko untuk cantik cam pakai susuk ,pembedahan plastik and  botox.
2:Duit yang banyak.
  Biasa la kan nak hidup mewah nak beli macam2 sampai kadang2 maruah orang pun nak beli sekali….

3:Kesihatan yang baik.

 Siapa yang suka sakitkan…Walaupun sebenarnya dari sakit tu dapat menggugurkan dosa kecil kita….

4:Anak2 yg cerdik dan Berjaya.

   Semestinya parents  nak setiap anak dia Berjaya kan,tapi kalau gagal sekalipun cukuplah kalau tengok anak dia bahagia…

5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan.
  Tanpa gangguan tu termasuk la mimpi yang menakutkan..hehe

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya NUR di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.


 Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286.
So renungkan kembali  ada tak yang “termiss” 5 perkara ni setiap hari….


MENCARI CINTA

Nak mencari cinta bukan macam cerita Musang Berjanggut bila P.Ramlee  lena merantau pergi mencari calon isterinya iaitu “perempuan” kerana  yang calon sedia ada bukan perempuan tapi  “betina”.Apa yang  P.Ramlee buat ialah dia  campurkan semua bahan yang dia bawak antaranya beras, garam, cili kering, bawang dan  bersangkutan dengannya..Zaman sekarang nak cari perempuan dah takyah pakai taktik tu dah takut bukan setakat berjanggut  tapi boleh sampai ke tua dibuatnya mencari  tu…huhu
Zaman dah canggih, laman sosial macam tagged, facebook , friendster,ym and bersepah lagi yang bersangkutan turut dijadikan medium untuk mencari cinta…Caranya tak salah kalau niat kita ikhlas dan tak der tipu2 dari awal perkenalan.Maknanya kena jujur dengan setiap teman  yang kita kenal.Baru hidup ni ada kaf, ba, ra, kaf, alif, ta, nun…..KEBERKATAN……
Sayangnya tak semua yang jujur and ikhlas dalam laman sosial ni, ramai yang nak sembunyi status, lagi2 laki yang dah kawen sebab diorang takut kalau ngaku kawen sah2 girlz tu tak nak layan, yela  takkan nak layan kan nanti tak pasal  kena simbah asid ngan wife dia..Apapun tak salah  kalau si  suami ni nak  involve dalam laman sosial juz untuk sembang ngan kengkawan  and sambil tu  buat jejak kasih dengan kawan2 dulu tapi perlu jadi diri sendiri  la kan. Jangan menggatal dan jangan bersembunyi macam udang di sebalik  kuew teow ladna (my favourite food  hehe).
Mencari cinta dalam laman sosial jugak boleh bawa ke alam  rumahtangga sebenarnya coz dah ramai yang berjaya dengan cara ni and kehidupan mereka memang  masih bahagia.So  jangan salah guna dengan kecanggihan teknologi sekarang, gunakan lah dengan sebaiknya…..