Sunday 22 April 2012

KALI PERTAMA......


Ada macam2 kisah dari kali pertama..Sebahagiannya yang tak luput dari kotak fikiran…

Kali pertama
masuk sekolah
Seronoknya….
Dapat ramai kawan

Kali pertama
kena  denda dengan cikgu
malu…Tapi padan la muka sendiri

Kali pertama
buat persembahan depan orang ramai
Gementarnya…malu pun ada..

Kali pertama
berjauhan dari ibu bapa
Bila kena masuk asrama
Teringat mak ayah..
Susah jugak kena berdikari yea….

Kali pertama
Bekerja
Penat dan susahnya nak dapat duit
Kerja ayah lagi penat yea kena berpanas berhujan..huhu…
Baru sedar nak dapat   duit ni susah, nak keluar macam air…

Kali pertama  jatuh cinta
Dunia bagai milik berdua
Susah senang sanggup bersama

Kali pertama  putus cinta
Seminggu…hanya air mata yang menemani
Sebulan..lupakan saja dia..
Untuk apa dikenang  perkara yang lepas..                                                                       

Kisah kali pertama kadang kala mungkin indah untuk dikenang dan kadang kala   perit untuk  diingati…





Saturday 21 April 2012

KITA YANG SERING TERLUPA....



Kita selalu LUPA
 untuk berterima kasih
bila hidup dilimpahi nikmat
tapi kita marah  dan salahkan takdir
bila ditimpa bencana

kita selalu  LUPA
untuk menghargai orang yang selalu mengasihi
tapi  bila kehilangannya
baru kita menangisi dan mencari

kita selalu  LuPA
untuk memulangkan hak kepada tuannya
tapi bila hak kita tak dikembalikan
kita akan tuntut hingga ke lubang cacing

kita selalu LUPA
hidup kita selalu diperhati  oleh NYA
hingga kita melakukan kezaliman
tapi bila orang  lain menzalimi kita
kita akan menyimpan dendam kesumat hingga ke mati

kita kadang kadang sengaja LUPA
 bahawa hidup hanya sementara
tapi kita  kurang usaha untuk sediakan bekalan

kita akan sering LUPA
bila berada di atas
 tapi hidup ini seperti roda
bila kita di bawah  kita takkan LUPA lagi bagaimana sakitnya….

Dan Kita tak  seharusnya  LUPA
Semua  milik kita kini
Hanya satu pinjaman…. 


CINTA TERUNA DAN JANDA.....


Salah ker kalau seorang pemuda berusia 23 tahun  ingin  berkahwin dengan wanita  berumur  40 tahun yang  jauh lebih tua darinya…Aku rasa tak salah, bukan nak buat maksiat, yang penting tujuannya berkahwin, menuju yang halal kan.Bukannya jadi kemestian  teruna dengan si dara  dan janda dengan si duda..Sedangkan rasulullah sendiri berkahwin dengan  Khadijah  pada usia baginda 25 dan Khadijah sudah berumur 40, langsung tak menjadi kesulitan…

Tapi itulah segelintir masyarakat  kita selalu memandang serong bila ada lelaki muda yang mahu berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua…Pelbagai spekulasi negatif dan tomahan dilemparkan..Kononnya mahu mengejar harta, mahu ambil kesempatan, kena sihir dan entah apa lagi kata kata kesat masyarakat bila aku mahu berkahwin dengan Murni  seorang janda anak 2.Bukan setakat masyarakat, mak  aku sendiri bagai nak gila bila dia dapat tahu aku nak berkahwin dengan Murni, apa tak nya pada mak, itu musuh ketat nya.Mak selalu kata  “Murni tu  selalu cuba goda ayah, bukan setakat ayah,  suami orang lain di kawasan ni pun nak di godanya” dan bila mak dapat tahu aku nak berkahwin dengan Murni  antara ayat mak ialah “dah tak dapat bapak, anak pun nak rembat jugak, dasar betina gatal tak sedar diri !”. Berasap la aku masa tu, terus aku pecut kereta keluar dari rumah,nak  menjawab lebih lebih tak boleh, apa pun itu mak aku..

Pada Murni jugak la aku mengadu segalanya, dan hanya dia yang mampu menenagkan aku sebab tu aku sayangkan dia..Sama seperti Khadijah yang selalu menjadi penenang pada rasulullah, dan kerana itu aku begitu berharap biar Murnilah yang dicipta dari tulang rusuk aku walaupun hakikatnya dia pernah berkahwin sebelum ini.

Memang sukar untuk melembutkan hati mak tapi aku tekad tetap akan berkahwin  dengan  Murni, dan pernah aku mengajak  Murni untuk berkahwin tanpa restu ibu bapa aku. Lagipun  Murni memang takder sapa kat dunia ni selain anak anak dia dan coming soon ialah aku. Jadi tak perlu dia dapatkan restu sapa sapa kecuali anak anak dia jer, tapi aku sendiri sudah begitu mesra dengan anak annak dia yang berumur 15 tahun dan 12 tahun dan pastinya mereka sudah mampu menerima kehadiran aku..Bila aku sebutkan berkahwin tanpa restu ibu aku, dia sama sekali berkeras dan tidak bersetuju..katanya apa sekalipun  dia tetap akan dapatkan restu sebelum berkahwin dan itu yang membuat aku begitu menghormati caranya.Dia wanita yang kuat, walau pelbagai tomahan dan hinaan yang dilempar oleh mak, dia tetap mahu mengambil hati mak sehinggalah satu saat bila mak terlantar di hospital akibat ketumbuhan di perut, dan Murni lah yang selalu menjaga mak…

Inilah hikmahnya, mak sedikit demi sedikit mula menerima Murni tapi biasalah pandangan masyarakat bukan mudah untuk diubah.Itu tidak penting yang penting mak sudah merestui  perkahwinan kami dan aku sangat bahagia dengan  istana cinta yang terbina  dan kami pun sudah dikurniakan sepasang kembar  hasil perkahwinan ini..Syukur Alhamdulillah…

TIK TOK...TIK TOK...CEPATNYA MASA BERGERAK...




Seronoknya kalau dapat kembali pada zaman silam iaitu  zaman kanak2 coz zaman tu takyah fikir masalah, tak yah fikir cam ner nak cari duit, yang tahu…”ayah nak duit…”, “mak nak duit…” tu jer kan…tak fikir pun macam mana  our parents susahnya nak  dapatkan duit. zaman tu juz tau main jerrrr, kalau problem pun setakat nak buat homework jer…tu pun kalau tak  reti or lebih tepat malas, tiru kawan jelah, macam la tak biasa  buat dulu2 kan…hehe.

Apa pun seingat aku, masa kecik2 dulu pernah gak terfikir kalau dah besar macam mana erk…Rasa nak jer cepat membesar, pas tu tengah belajar nak cepat keja nak dapat duit kan…pas tu sekarang ni bila dah kerja rasa macam nak undur ke zaman silam jer..Nak jadi kanak2 balik tapi mesti mustahil la kan coz masa takkan berundur ke belakang sebaliknya terus bergerak ke depan n kalau kita keetinggalan bermakna kita perlu kejar bergerak seiringan dengan masa dan jangan biarkan masa emas kita dibazirkan kerana  “demi masa sesungguhnya manusia  kerugian”.

Sedar atau tak masa rasa cepat sangat berputar nak lagi kalau tengah fokus buat kerja…Sedar2 “eh dah lunch time”, “eh dah nak balik” …Tapi kadang2 bila buat perkara yang mengkhayalkan macam search internet (fb, tagged, twitter, emmm blog ni ok la…diari kan..hehe), g dating ker and so on…itu pun sedar2 dah sampai malam…Dan jangan sampai sedar2 usia dah separuh abad tapi tikar sembahyang pun tak tahu kat mana, Al Quran pun tak tahu baca, harta pun tak nak share ngan orang susah, dosa berkarung…Hmmmm bawak2 la bertaubat  sebelum Malaikat Izrail menjemput…

Monday 16 April 2012

PERCINTAAN INI....



Mungkin ramai yang pernah merasai sakitnya  sebuah percintaan…Yup Caring is part of  Love but sometimes Love will be part of  Painful and HURTING…

Hayati lagu ni Percintaan Ini By Ezad



 Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Ooh… o.h….oohh…
Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Korus :
Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu
Sia – sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncak nya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata