Monday 28 November 2011

just kidding!!


alkisahnya..... situasi berlaku di dlm kelas.. *cikgu masuk kelas...
Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
 Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, Cikgu! Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. 
Murid : (senyap) 
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan! 
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan! 
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini! 
Murid : Dengar itu! 
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami! 
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman! 
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
 Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar! 
Murid : Cukup ajar! 
Cikgu : Habis aku! 
Murid : Kekal kami! 
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh! 
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul! 
Cikgu : Bangang kamu ni!
 Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! 
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) 
Ahahah........ ada2 je diorg ni......

Friday 25 November 2011

kenangan terindah di temerloh


Aku dan Nik pergi Temerloh.... rumah akak dia..rasa suasana kampung, teringat pulak kampung aku..kat sana  aktiviti yang bestnya ialah berkelah   and bermanja dengan gajah..Hmmmm dah lama tak rasa berkelah tepi sungai macam ni..teringat zaman budak budak dulu selalu berkelah ngan kengkawan...Best.....walaupun lauk simple ja menu berkelah kitaorang...budu,ikan goreng,sayur,ulam  and sup...tapi bila makan ramai ramai macam ni rasa berselera ja..berkali kali aku tambah nasik...hehe...dan destinasi seterusnya ialah Kuala Gandah...masa bermesra dengan gajah walaupun hakikat sebenar benarnya aku ni memamg tak suka haiwan pun...tapi ni lah peluang nak tunggang gajah kan...yang kurang bestnya...ternoda sudah...masa nak tunggang tu aku kena duduk rapat rapat and pegang pinggang si trainer gajah ni...malu aku...apa pun ini lah dikatakan...pengalaman...