Tuesday 1 January 2013

DOA PERPISAHAN..



Tentu  kita biasa sangat dengar lagu ni kan, nak2  lagi dalam majlis perpisahan masa  kat sekolah dulu...Lagu ni jugak pernah disampaikan oleh  seorang kawan aku , masa dia nyanyi tu dia tak buat versi nasyid tapi buat ala2 versi raja lawak..so orang tak sedih sebaliknya ketawa  bagai nak keluar anak tekak...Tapi tak sangka perpisahan tu betul2 wujud bila dia dah pergi buat selamanya...And bila hayati lirik ni, rasa sedih la pulak...

LELAKI OH LELAKI

Lelaki selalu buat wanita menangis kerana mereka
Lelaki selalu berjanji tapi belum tentu   menunaikannya
Lelaki selalu  ego menegakkan kebenaran  mereka  walaupun hakikatnya memang mereka  yang salah
Lelaki selalu  menyanjung wanita  pada awalnya, tapi "bila dah dapat" , mereka akan buat wanita macam "sampah".....
dan lelaki selalu  bagi harapan menggunung   and "ayat power"  namun akhirnya ia  cuma jadi janji kosong...

Mungkin tak semua lelaki seperti ini tapi  zaman  sekarang  8/ 10 darinya mungkin tergolong dalam kategori buaya2 belaka...




MAAFKAN DIA.......

      Benci...marah...geram...menyampah dan semua sifat negaif lain  akan muncul bila kita tak suka seseorang dan boleh bawa satu penyakit  hati pada kita nak2 lagi bila kita tak mampu memaafkan seseorang sampaikan  nak   pandang muka orang tu pun dah tak boleh... Pernah tak alami perasaan  ni...?...Adakah kita tergolong  antara manusa  yang sukar memaafkan orang lain?...Ubahlah sikap kita tu kerana selagi kita tak mampu memaafkan orang lain bermakna kita gagal memaafkan diri sendiri dan selagi tu  jugak jiwa kita takkan tenang...

      Dalam  Hadis Riwayat Abu Hurairah   mengenai wasiat rasulullah saw  kepada umatnya  agar menjauhi pelbagai penyakit hati seperti marah, dendam  , iri  hati  dan dengki...Penyakit hati ini sebenarnya lebih berbahaya dari penyakit yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana kesannya  melibatkan  perhubungan sesama manusia dan seterusnya boleh membawa kepada pepecahan umat.

      Allah juga turut berfirman dalam surah Al Anfal ayat  46 yang bermaksud
"Dan taubatlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan  janganlah kamu berbantah-bantahan , jika tidak nescaya kamu  menjadi lemah  semangat dan hilang kekuatan kamu, sabarlah (menghdapi segala kesukaran  dengan cekal hati). ]Sesungguhnya Allah berserta orang yang beriman."

       Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim juga rasulullah saw berpesan "Usah kamu berdendam kesumat, jangan kamu  berhasad dengki, jangan kamu berpaling muka, jangan kamu pulau memulau , sebaliknya hendaklah kamu bersaudara. Adalah tidak harus bagi seseorang muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebhi 3 hari ."

     Jadi maafkan lah seseorang walau sebesar mana kesalahan dia pada kita dan apa layakknya kita menghukum seseorang atas sesuatu kesalahan..Rasulullah sendiri pun mengampunkan umatnya dan kenapa kita masih lagi ingkar dan sukar untuk memaafkan....Lagipun setiap yang berlaku tetap akan berlaku jika dengan izinNya..



WANITA BAGAI MAWAR BERDURI....?????

   

   Orang selalu  cakap  wanita  ni macam  mawar yang berduri... cantik, harum tapi bila tersalah sentuh  durinya, berdarah....pedih....Persamaannya  dengan  wanita nak lagi yang cantik and meletup tu kan  ,  memang comfirm  dah cantik and wangi   but if si kumbang yang tersalah isap madunya yang tak pandai membimbing si mawar berduri ni memang la terkena durinya and akan terasa sakitnya...

       Jadi  tak hairanlah wujudnya  wanita pisau cukur.... , tapi naper  lak si lelaki yang  tak berapa cerdik tu  biarkan diri dia dicukur habis habisan dengan si wanita tu..Salah saper sekarang ni...??Memang ada jugak wanita yang bila dah bosan dengan sorang lelaki tu  dia akan angkat kaki  tapi cuba  check balik kenapa semua tu berlaku, maybe  salah laki tu jugak kot, tak bertanggungjawab, tak  caring  and tak loving ker..So kena tinggal la..Jadi  jangan nak samakan wanita ni dengan mana2 bunga yang tak elok..bunga plastik ker, bunga taik ayam ker, mawar berduri ker...Sebab sesuatu terjadi   takkan  berpunca dari sebelah pihak saja...sama la jugak macam wujudnya  gigolo dari kalangan laki yang  menggunakan kehenseman diorang nak tackle wanita berusia yang berduit, so kita akan gelar diorang dengan buaya tembaga or so on.. Padahal diorang wujud pun berdasarkan permintaan jugak kot..Kesimpulannya macam mana  wujudnya gejala  tak elok ni adalah disebabkan  kejahilan diri kita sendiri  masuk ke dalam perankap tersebut...

       Namun tak dapat dinafikan ada jugak yang menjadi mangsa keadaan   macam mana mereka boleh terjebak ke dalam  sesuatu kancah negatif tu, for example for women who those yang dipaksa menjual body or jadi GRO disebabkan kesalahan orang lain...Tapi salah saper lagi kalau GRO makin  bersepah dalam dunia ni kalau bukan permintaan dari lelaki jugak...Salah wanita   lagi ker  nak digelar dengan pelbagai    perumpamaan yang teruk padahal semua tu bukan salah mereka 100% pun....And kalau betul  wanita ni macam mawar berduri  pun tak salah rasanya coz lelaki jugak selalu cakap kaum  wanita ni lemah, so duri tu leh guna untuk protect diri kalau laki nak  amik kesempatan kan....Apa pun kan setiap ciptaan Allah tu indah, samada ia berduri, beracun or berbahaya sekalipun Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia2...Fikirkan.....

LEMBARAN BARU.....


Assalamualaikum......Tirai 2013 telah menjengah , semua  kisah  suka dan duka  di balik tabir 2012  kita tinggalkan dan biarlah  kita sematkan dalam lipatan  memori....Even  kisah baik atau buruk pernah menimpa kita biarlah ia menjadi  satu memori  indah atau pengajaran buat kuta....Amat   sinonim if  new  year, ada jer azam baru yang keluar and tercapai atau tak azam tu bergantung pada  usaha kita  la macam mana nak merealisasikannya.....

Banyak jugak kisah sedih yang aku dengar sepanjang  menyingkap jendela  2012 lalu....
Antaranya...Ada  antara my frens yang putus tunang or tak jadi tunang....padahal semua  persiapan dah sedia  kot..Emmm nak buat macam mana mungkin  itu  bukan jodoh mereka  dan InsyaAllah, Allah  akan  temukan  dengan  orang yang lebih baik ...InsyaAllah....

Then last year jugak  mungkin ada antara saudara or keluarga terdekat kita ditimpa  nasib yang kurang baik atau lagi sedih kita kehilangan orang tersayang untuk selamanya....Macam yang belaku pada seorang hamba Allah ni, dia alami kemalangan jalan raya, then dia lumpuh...Bagi seorang isteri yang juga bergelar ibu, bila  situasi ini berlaku pastinya sesuatu yang pahit dan sukar untuk diterima dek akal.....Namun itulah ujian yang telah Allah aturkan dalam perjalanan kita...Jadi redhalah dengan ketentuan ini dan cuba bangkit dan jangan merantai diri kita di sebalik kekurangan yang ada kerana semuanya pasti tersirat hikmahnya...

Sepanjang 2012 juga ada kenangan manisnya  contohnya bagi yang membina masjid dan mendapat  cahaya mata baru pasti itu menjadi  garapan terindah  dalam hidup kan....

Apa pun panjatkanlah syukur kerana kita masih diberikan ruang dan peluang untuk terus bernyawa di muka bumi ini pada  lembaran 2013 ini Jadi manfaatkannya and BE GOOD......