Tuesday 27 March 2012

KISAH LALU.....




This is real story yang berlaku dalam masyarakat kita…Memang manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan nak2 lagi bila melibatkan kisah lampau kan.. Tapi dari kisah ni kita boleh ambil ikhtibar darinya….

KISAH 1
Perkahwinan atas pilihan keluarga sedangkan si  wanita dah ada pilihannya…Awal perkahwinan memang masih terbayang2 lagi kekasih lama sehinggalah membawa kepada ketelanjuran dengan kekasih lama  sampai  lahirkan anak yang  memang si wanita tu tahu bukanlah anak suami dia…..Masa terus berlalu anak pun dah besar and si wanita tu pun dah takder lagi skandal ngan  kekasih lama tu  dah insaf pun, dah  g umrah semua..Cuma husband dia still tak tahu  yang anak perempuan sulung dia tu bukanlah dari  benih dia…Sampai  masa anak perempuan ni nak kawen and for sure la si suami dia tak leh mewalikan anak dia..So si wanita  kena la berterus terang  jugak..Memang bila suami dia tahu  dah jadi macam perang dunia ke 3 la kan, apa pun demi anak2  and dah tu kisah lampau yang  dah berlalu pun so si suami pun maafkan la tapi tanpa pengetahuan anak2 la…Si ayah ni terpaksa pergi luar kawasan untuk membolehkan si anak tu guna wali hakim demi jaga maruah keluarga.So  takder sapa2 yang syak  la bila terpaksa gunakan wali hakim kan…..Apa pun mesti la sedih kan anak yang selama ni dianggap dari zuriat sendiri , dijaga sampai besar rupa2nya bukan anak sendiri pas tu dah nak kawen tak leh tengok lak anak tu kawen…

KISAH 2

Sorang wanita yang kawen pada usia sangat muda iaitu 14 tahun, yelah zaman dulu2 kan…Pas tu dapat anak laki  but at that time  suami dia meninggal and family dia susah and dia tak mampu nak jaga anak tu so terpaksa diserahkan anak tu pada orang lain yang dia sendiri pun tak kenal sapa orang tu (or lebih tepat jual la kan)  dan dia teruskan hidup di bandar and penah jugak kawen buat kali ke dua but divorce  pada usia dia 35 tahun.Pada usia dia 37, dia bertemu seorang pemuda yang berumur 22 tahun yang membawa kepada perkahwinan wanita tersebut buat kali ketiga dan perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak…Tapi tak sangka sebenarnya   perkahwinan mereka adalah perkahwinan terlarang  setelah mengetahui suaminya kini adalah  anak yang diserahkan  pada orang lain  suatu masa dulu…Mahu atau tidak perkahwinan mereka memang tidak boleh diteruskan..Sedih memang sedih  tapi itu saja jalan yang ada…..

Mungkin ada pelbagai lagi kisah TRAGIS  atas kesilapan lampau....Memang bukan mudah  untuk melupakan dan menebus dosa lalu namun selagi pintu taubat masih terbuka, selagi ruang masih ada…Cubalah untuk memperbaiki diri…
                                                                        

Monday 26 March 2012

KAHWINI AKU.....KAHWINI JUGA KELUARGAKU.....



Menuju ke alam perkahwinan bukanlah suatu yang mudah.Apabila bergelar isteri atau suami suatu tanggungjawab yang besar perlu dipikul.Kita bukan saja berkahwin dengan pasangan tapi sebenarnya juga perlu berkahwin dengan keluarga pasangan.So selalu la ringankan mulut  untuk berrborak  dengan keluarga pasangan termasuk mertua, biras,kakak and abang ipar, anak buah, sepupu , sepipit and semua anggota keluarga pasangan la.  kalau kita  nak jadi kekok  and  jadi “alien” dalam keluarga pasangan memang  akan mewujudkan satu masalah besar  la jawabnya. Satu lagi jangan setakat ringan mulut jer,  kena la  ringan tangan jugak , tolong apa yang patut, terutama pada kaum wanita rajin2 la masuk dapur tu nak2 lagi kalau family yang sangat mementingkan tradisi and village lifestyle…

Memang aku sendiri belum kawen tapi cerita alam perkahwinan ni dah jadi story yang  sangat lazim untuk dikongsi..Orang selalu cakap kalau dah kawen jangan tinggal serumah dengan mertua nanti  akan ada macam2 cerita tak best keluar even awalnya memang mertua yang tak  kasi pindah.Sebenarnya lagi baik kalau ada rumah sendiri kalau  tak sampai hati berjauhan pun cari2 la rumah yang dekat dengan parents tu and cuba belajar hidup berdikari sebab dalam islam turut tidak  menggalakkan pasangan  tinggal serumah dengan mertua KECUALI la ada alasan yang kukuh macam nak jaga  parents or mertua yang sakit.So sebelum berkahwin jangan hanya fahami  latar belakang pasangan kenali juga latar belakang keluarganya  agar   istana  cinta yang terbina tak runtuh  dilanda badai.....



LAMARAN TERINDAH.....



Pengacara, Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi.
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.
Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

Itu cara Awal  dengan penuh romantik melamar Scha…Nampak memang so sweet sangat kan..Ada macam2 style lagi orang  nak proposed  kan…Ada yang sanggup berhabis duit and cuba aksi bahaya semata2 nak proposed jer Pada aku apa2 tindakan sekali pun memandangkan kita ni orang timur tebal dengan adat so antar wakil masuk minang, cara cam tu pun sweet jugak siap ada balas2 pantun lagi kan..




Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya di Set Shooting Propaganza!

Sunday 25 March 2012

SUDAH CUKUP SUDAH......


Kisah benar…Tiada yang benar melainkan benar2 belaka…
Setelah ditolak, ditambah, dibahagi dan didarab hubungan yang terjalin antara Mastura dan Maliek sudah masuk  5 tahun.Bukan tempoh yang singkat.Kalau kawen, dah dapat anak pun.Tapi sayang  langit yang disangka cerah rupanya gelap jugak bila dah malam..Hehe.
Mastura dapat tahu yang Maliek ada perempuan lain sebab bila  call tu asyik engaged jer pas tu nak ajak  dating pun dah susah and nak mintak tolong lagi la jangan harap…Bila ditanya kenapa berubah  and Maliek akan jawab dia sibuk, semuanya tu demi masa depan diorang jugak nanti.Mastura tetap cuba bersabar sehinggalah pada suatu petang, hujan turut dengan lebatnya dengan guruh sabung menyabung Mastura nampak dengan mata dia sendiri Maliek sedang berpimpingan tangan dengan seorang perempuan yang cantik lagi seksi.Kalau nak bandingkan dengan diri dia jauh nya macam api dengan  bontot kuali jer..
Hangin satu badan la Mastura masa tu.Diserang lah pasangan yang tengah  bermesra2 tu.
Abang sapa perempuan ni ha?Patut la bila Mas ajak keluar asyik cakap sibuk, bila call selalu engaged rupanya dok bergayut dengan betina ni.
What betina u panggil i.U sedar tak I ni siapa, I ni tunang Maliek and kami akan kawen tak lama lagi.
Haaa betul ker ni…?Sampai hati abang buat Mas macam ni.Mas dah berkorban segalanya untuk abang.Ini balasan abang untuk Mas…
Sudah la perempuan… Maliek dah tak der perasaan dengan u lagi sebab u perempuan yang takder class macam I ok.U takder pelajaran mana, setakat SPM jer..Pakai pun macam minah kilang..Opsss lupa u memang minah kilang pun kan..
Serentak dengan tu jugak tangan Mastura cuba menampar pipi perempuan yang mulutnya laser tu tapi sepantas kilat jugak Maliek menahan tangan Mastura daripada menampar pipi perempuan yang didakwa tunangnya itu.
Mas mulai hari ni jangan ganggu hidup kami lagi .kami dah nak kawen tak lama lagi.Kau memang tak layak untuk aku pun.
Itulah ayat terakhir dari Maliek sebelum mereka meninggalkan Mastura yang menangis tersedu sedan  sambil diperhatikan orang yang lalu lalang di Time Square dari tadi.Agaknya ada jugak manusia yang amik video sedih dia tadi pas tu masuk youtube..huhu

Lagu ni sangat sesuai la untuk melayari perasaan Mastura yang gundah gulana ni…


HIKAYAT CINTA....


Biar aku menangis dalam hujan
Agar hujan dapat menghapus air mataku
Biar aku menangis dalam hening malam
Agar  sendu ku ini tak didengar
Biar aku menangis dalam sujudku
Agar hanya Dia  dapat memberiku  jalan

Malam ini  sudah malam ketiga aku   membuat solat sunat istiqarah agar aku dapat diberikan petunjuk tentang haluan hidup aku, aku benar benar buntu, aku tahu dalam keadaan aku begini aku memang tak dapat membuat pilihan yang tepat dan hanya dengan bantuan Nya saja aku mohon kekuatan…..

*******

Sampai hati awak buat saya macam ni, 2 tahun saya sanggup berkorban segalanya untuk awak, sanggup saya ketepikan keluarga saya, sanggup saya putus dengan tunang saya.Semua hanya untuk awak dan ni  balasan yang awak bagi pada saya haaa..??

Awak kena faham  parents saya takkan boleh terima hubungan kita.
Itu alasan awak..Kalau saya sanggup ketepikan parents saya sampai keluarga saya benci saya, samapai diorang buang saya.Kenapa awak tak boleh buat  macam mana yang saya buat??

Saya dan awak tak sama, saya takkan buat masalah dengan family saya macam mana awak buat and satu lagi  Saya takut kalau awak boleh tinggalkan tunang awak macam tu jer maknanya awak pun boleh tinggalkan saya bila bila masa jer bila awak  jumpa dengan orang lain yang lagi baik.

Oooo macam ni awak anggap saya selama ni??Awak masih ragu ragu dengan cinta saya, dengan  setiap pengorbanan saya kan.Ok sekarang saya faham kedudukan saya pada mata awak , keluarga awak tak boleh terima saya cuma satu alasan jer…hakikatnya awak yang tak boleh terima saya. Lepas  ni awak jangan risau saya takkan ganggu hidup awak lagi.Terima kasih atas segalanya…

*******

Pandai kau cari jalan balik kat kampung ni yea Zira, ingatkan dah lupa jalan nak balik ke sini…
Mak Zira mintak ampun, Zira dah banyak dosa dengan mak ngan ayah..
Kau balik sini nak buat apa lagi, kau dah contengkan arang ke muka kami pun, kami malu tau tak ?!, belum sapa sapa pernah  putus tunang dalam kampung ni , dah la tu kau putus tunang sebab nak kejar jantan lain, malu muka kami kau tau tak ? tengking Puan Rahimah dalam  suara yang bergetar menahan tangis.
Mak Zira mintak ampun,  Zira dah sedar kesilapan Zira lagi pun Zira dengan Kamarul dah tak der apa apa lagi..
Haaaa padan la muka  kamu ..tiba tiba Pak  Murad bersuara setelah dari tadi diam seribu bahasa, nampak benar benci kepada dirinya..
Tangis Zira makin kuat, dia sudah tak tahu apa yang harus dikatakan lagi, memang ini semua salah dirinya  dan mungkin ini juga karma buat dirinya..
Jadi buat apa kau balik ke sini lagi?, Pak Murad terus menengking dirinya.
Ziira tak tau nak ke mana, Zira rasa hidup ni tak tenang..Zira cuma nak mintak ampun dengan mak ngan ayah..Tolong ampunkan Zira…
Baru sekarang kau datang nak mintak ampun, masa kau tengah seronok dengan jantan tu ada kau darang sini, bila jantan tu dah tinggalkan kau baru kau terhegeh hegeh datang cari  orang tua macam kami ni, sergah Pak Murad lagi tapi dengan suara yang agak kendur..

Zira memang nak balik sebelum ni tapi Zira takut.

Dah la tu bang Zira pun dah balik, maafkan la dia, dia anak kita jugak..
Anak..Anak derhaka!! Pak Murad terus berlalu dan dengan herdikan itu makin laju  air matanya mengalir tapi saat itu terasa tubuhnya dipeluk erat kini oleh Puan Rahimah.Terasa ada sinar dalam hidupnya dan  aku rasa sanagt bahagia bila setelah sekian lama aku tak dapat memeluk insan yang bergelar ibuku ini dan hari ini lah aku seperti anak kecil yang menangis tersedu sedan dalam pelukan ibu aku dengan begitu lama..
******
Tak sangka akan menjejakkan kaki semula ke kampung ini..Itulah petunjuk yang aku peroleh setelah  aku menunaikan solat Istiqarah, hati aku meronta ronta untuk pulang ke sini..Dan tak sangka kepulangan  aku kali ini memberi sejuta makna..Pertama hubungan aku dengan mak dan ayah semakin baik walaupun sikap ayah masih tetap dingin pada aku tapi aku tahu ayah sudah mula maafkan aku cuma dia ego, biasa la lelaki kan….Kedua aku bertemu dengan sepupu aku yang baru pulang dari New York, teman sepermainan aku waktu kecil kecil dulu….selalu main mak ayah, main masak masak and dia jugak yang  selalu  lindungi aku  bila aku dibuli oleh budak budak nakal..Bila diingatkan semula rasa lucu pulak.Seingat aku dah 10 tahun aku tak jumpa dia, selepas  mak su dan pak su aku  menetap di New York kerana pak su aku ada  bisnes kat sana,lagipun  tu memang  tanah kelahiran pak su aku,harus la dia nak berbakti kat tanah air dia jugak..Dalam erti kata lainnya mak su aku kawen ngan mat saleh,sepupu aku tu mesti la encem and makin smart jer, agaknya dah tak lama  nak kawen la tu, mesti calon dia yang cantik ala ala model jer…Khabarnya mak su ngan pak su dah nak menetap kat sini, diorang nak tinggal kat rumah pusaka arawah atuk yang sebelum ni disewakan tapi penyewa tu dah  berpindah la bila mak su  and pak su nak  tinngal kat situ pulak..Hmmm seronok la mak dapat  geng sembang dia nanti. Rumah arwah atuk pun bukannya jauh sangat selang  tiga buah rumah jer…Daniel Adrian sepupu aku tu tak banyak cakap sangat dengan aku, cakap pun basa basi jer, malu dengan aku kot, ye lah kitaorang dah lama sangat tak jumpa, so bila dah jumpa time besar ni rasa kekok jelah… Mak su aku lak dok  jadi penyiasat macam macam dia soal..Dia pun dah tahu  semua sejarah aku tu…Mak su aku cuma bagi nasihat katanya semua tu dugaan dari Allah dan semuanya pasti ada hikmah.
********
Petang tu aku saja jalan sorang sorang kat tepi pantai nak tenangkan fikiran and masuk hari ni dah seminggu aku cuti…Hmmm memang dah berdesing telinga aku kena marah dengan Miss Anne.Asyik  tanya bila aku nak balik  tapi aku bohong la dia, aku cakap aku ada  masalah family  tapi sekarang tak settle lagi dah settle aku balik la..Nak tak nak terpaksa la amoi tu mengalah dengan aku, sebelum ni aku mana amik cuti sangat pun , hujung minngu pun aku kerja, mungkin sebab tu jugak Kamarul tak tahan dengan aku…Hmmm entah la..Aku pun dapat tahu yang kamarul memang ada perempuan lain.Pada mulanya memang aku tak percaya bila Alin kata dia nampak Kamarul dengan pompuan lain dengan aksi mesra giler tapi aku cuba sedapkan hati  maybe kawan dia jer tapi Alin bidas balik takkan  kawan pegang pegang tangan dan semua kesangsian aku tu terjawab bila aku  nampak dengan mata aku sendiri dan malam tu jugak aku setle kan dengan Kamarul yang membawa kepada perpisahan kami…
Tengah dok layan perasaan sorang sorang ni sambil mata meliar kat laut entah cam ner aku leh tersadung ngan akar kayu…Gedebuk…jatuh macam nangka busuk, sakit gak lutut aku..Sebelum sempat aku bangun ada satu tangan yang menghulur membantu aku untuk aku bangun…Bila aku dongak ke atas …Laaa sepupu aku rupanya, jadi dia nampak la adegan tragis aku terjatuh tadi, adoii mak malunya..huhu..Apa pun aku sambut gak huluran tangan dia tu dengan muka yang boleh aku rasakan dah bertukar merah pun.
Fikir apa ni sampai akar kayu yang besar pun tak nampak ni?
Tak de apa lah, akar kayu ni lah yang salah naper dok kat tengah dunia ni..
Emmm  boleh lak akar kayu yang salah, kesian kat engkau yea akar kayu…Dah sakit tak tu?
Tak la…Best sangat..Tanya lak mesti la sakit,gerutu aku dengan geram.Apa lagi terburai la ketawa dari sepupu aku ni ynag menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi.
Yer ker..Ciannya dia jom i hantar balik..Boleh jalan tak ni?
Mesti la boleh dengan angkuh jer aku jawab..Tapi tak sangka lak baru nak jalan sikit dah nak jatuh balik..huhu.Lagi sakan la  sepupu aku ni gelak.
Haa lain kali sombong lagi..Dengan selamber jugak dia meletakkan tangan aku ke bahu dia dan merangkul pinggang aku untuk memimpin aku berjalan.Masa tu aku kaget langsung tak menghalang just biar jer tapi sempat aku pandang kat muka dia, emmm muka selamber jer last last muka aku gak yang merah….

*******
Tadi aku ada tercuri dengar perbualan mak ngan ayah..Ayah kata nak jodohkan aku dengan seseorang, kali ni aku mesti patuhi kemahuan mereka, mak pula hanya mampu menurut..Kahwin dengan pilihan mereka dalam keadaan aku yang masih terluka ni, biar betul??.Lagi pun zaman sekarang mana ada lagi  mak ayah yang pilihkan jodoh untuk anak mereka.Dalam perbualan tu jugak aku dengar esakan mak, mak dah tak sanggup tengok aku hidup terumbang ambing macam sekarang.Sayu jugak aku dengar tangisan mak tapi siapa pilihan mak dan ayah?..

******
Malam tu lepas makan malam  mak ngan ayah nak bincang sesuatu dengan aku, aku dah dapat jangka apa yang akan dibualkan..Yea seperti yang aku dengar siang tadi sebijik macam siaran ulangan astro jer…Minggu depan ada orang nak masuk minang aku dan ayah akan cakap setuju jer kali ni lagipun dah kenal sangat  dengan pilihan calon menantu ayah tu..Aku tanya siapa tapi mak ayah  hanya kata tunggu..Tu yang buat aku stress.Semalaman aku tak tidur fikirkkan hal tu, aku cuba call  Daniel nak luahkan perasaan konon  tapi tak berangkat, ke mana pulak mamat ni sorang, semenjak peristiwa 3 hari lepas memang hubungan kami makin rapat, dah tak kekok macam mula mula dulu, tapi semalam dan hari  ni langsung aku tak dengar khabar dari dia…Mana la si Daniel ni pergi…Aneh pulak rasa perasaan ni..Issh gila la kalau ada perasaan dekat sepupu sendiri nanti  family  tak berkembang..Entah pukul berapa aku tertidur pun tak  sedar, sedar sedar ada panggilan daripada Miss Anne dia suruh aku balik KL jugak esok. Katanya ada meeting penting..Nak tak nak aku kena balik sebelum aku balik tu ayah ingatkan aku, hujung minggu ni ada orang masuk minang, nak balik atau tak tu terserah yang pasti lamaran tu akan diterima..Aku hanya diam tapi tetap mengangguk.Malas dah aku nak fikir pasal jodoh ni.Kalau betul pilihan mak dan ayah tu jodoh aku, mungkin aku perlu redha jer walaupun aku tak tahu siapa sebenarnya orang tu.
******
Rasa macam tak percaya bila meeting yang tergempar ni aku jumpa dengan Daniel.Dia syarikat yang bakaal bekerjasama dengan kami untuk projek akan datang.Tapi kali ni sikap dia agak berbeza pada aku, buat macam tak kenal jer siapa aku ni…Apa salah aku pada dia? tak faham la aku mamat ni…
******
Mak called aku dari kampung katanya ayah dah terima lamaran tu dan sebulan lagi aku dengan calon suami misteri akan dikahwinkan,cepatnya….Hmmm I got no choice, aku tak nak jadi anak derhaka lagi. Aku tanya siapa yang melamar aku tu tapi mak cakap balik jer, nanti tengok sendiri, kusut aku dibuatnya, nak tak nak weekend tu aku balik kampung lagi.
********
Rasa macam nak pengsan  bila tamu yang dikatakan calon suami aku tu datang rumah petang tu, ingatkan hanya gurauan tapi bila mak dah mengangguk dan tersenyum, faham la aku.Memang tak salah lagi dialah orangnya..Tak tahu perasaan aku masa tu ..Sedih atau gembira..Mana taknya sepupu aku akan jadi suami aku tak lama lagi.Daniel mintak izin mak  ayah untuk bawak aku keluar kejap, and mak ayah just bagi green light jer.Dalam kereta tu kami diam jer, tak berani aku nak tegur, serius sangat muka Daniel kali ni.Tak macam selalu paling komaan pun dia akan senyum and menampakkan lesung pipit dia.Naper la moody sangat  mamat ni.Sebab nak kena kawen paksa dengan aku ker, kalau tak suka cakap la, bukan susah pun bukannya kitaorang dah kawen baru hantar rombongan meminang jer.

Turun lah kita dah sampai ni.
 Dia bawak aku ke pantai  di mana accident aku terjatuh, kalau ikutkan jalan kaki pun boleh sebab dekat jer tapi ikut suka dia la.Aku tak banyak soal dan ikut jer kaki dia nak  jalan ke mana sampai  la kat satu pokok kitaorang duduk kat satu kerusi .Suasana masih sepi sampai dia sendiri yang buka mulut.
Naper  u terima lamaran parents i?
Betul la sangkaan aku  inilah punca dia marah kat aku.Ok kalau u tak suka dengan pilihan parents kita , kita sempat nak cancel lagi.
Oooo semua benda u nak ambik senang jer kan, agaknya sebab tu la dulu u boleh senang senang putus tunang  and ikut jantan lain kan?.
Menyirap darah aku tiba tiba bila kisah lama aku diungkit.Kalau u tak tahu apa apa pasal hidup I , u jangan suka suka hati nak hina i.Dah la I nak balik!
I tak habis cakap lagi dengan u
Tak ada apa lagi nak cakap, kalau u nak  cancel kan , I akan cakap dengan parents I nanti.
U jangan jadi bodoh boleh tak? Ni melibatkan family, kita tak boleh senang senang  buat macam ni. perkahwinan ni tetap akan diteruskan sebab u dah terima lamaran parents i.
Bukan I yang…
Tak sempat aku nak habiskan ayat Daniel dah memotong
Dah  takyah cakap apa apa lagi, pompuan macam u ni agaknya memang senang sangat jatuh cinta and tinggalkan orang bila dah jemu kan?.
Pang!!satu tamparan hinggap di pipi Daniel dan tanpa banyak bicara aku terus berlari meninggalkan Daniel dengan air mata yang laju mencurah curah.Tak sangka Daniel mengejar aku dan tangan aku direntap dengan kasar.
Eh berani u tampar I, tak pernah ada sapa yang berani buat I macam tu tau tak?
So, u nak tampar I balik, tampar la.If u tak suka dengan perancangan family kita ni, kita boleh putus tapi u yang tak nak. Nak jaga hubungan keluarga konon, dah la u tak yah jadi hipokrit, I akan cakap dengan ayah I pasal ni, I tak kira nak jadi apa jadi la.
I takkan benarkan . I nak perkahwinan ni tetap berlangsung walau macam mana pun.
Crazy! Dah la nanti I pun gila macam u jugak.I nak balik!
I hantar u
Tak payah.I boleh jalan kaki.
Jangan nak mengada ngada, I bakal suami  u, I kena jaga u.Samada rela atau tidak aku sudah dihenyakkan di tempat duduk kereta Honda  Civic miliknya.Sebelum aku masuk ke rumah  sekali lagi dia warningkan aku untu tidak membatalkan perkahwinan   kami.1. sebab maruah keluarga dan 2.  sebab  tak nak mak aku jatuh sakit.  Mak aku tu ada darah tinggi, cukup la mak aku dah sakit masa aku putus tunang untuk bersama Kamarul..Mak sakit??Macam mana aku tak tahu langsung pasal ni sedangkan dia yang baru balik boleh tahu semua pasal ni..Ya Allah zalimnya aku pada keluarga aku sendiri demi menurut cinta yang baru aku kenal….

**********
Suasana hingar bingar kedengaran di luar dan dalam rumah.Semua nampak gembira cuma aku saja yang terpaksa  berpura pura tersenyum walaupun dah bergelen sebenarnya air mata yang tumpah  menangisi babak sedih dalam hidup aku ni..But I got no choice.Mungkin ni takdir hidup aku.Malam ni aku akan bergelar isteri kepada Daniel Adrian walaupun aku sedar aku dan dia takder apa apa perasaan tapi aku tetap kena akur dengan perjalanan hidup aku demi menjaga maruah keluarga.

Will be continued…Utuhkah mahligai yang terbina antara  Syazira dan Daniel? Sampai bilakah ikatan yang terbina tanpa  cinta ini mampu bertahan.