Tuesday 1 January 2013

MAAFKAN DIA.......

      Benci...marah...geram...menyampah dan semua sifat negaif lain  akan muncul bila kita tak suka seseorang dan boleh bawa satu penyakit  hati pada kita nak2 lagi bila kita tak mampu memaafkan seseorang sampaikan  nak   pandang muka orang tu pun dah tak boleh... Pernah tak alami perasaan  ni...?...Adakah kita tergolong  antara manusa  yang sukar memaafkan orang lain?...Ubahlah sikap kita tu kerana selagi kita tak mampu memaafkan orang lain bermakna kita gagal memaafkan diri sendiri dan selagi tu  jugak jiwa kita takkan tenang...

      Dalam  Hadis Riwayat Abu Hurairah   mengenai wasiat rasulullah saw  kepada umatnya  agar menjauhi pelbagai penyakit hati seperti marah, dendam  , iri  hati  dan dengki...Penyakit hati ini sebenarnya lebih berbahaya dari penyakit yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana kesannya  melibatkan  perhubungan sesama manusia dan seterusnya boleh membawa kepada pepecahan umat.

      Allah juga turut berfirman dalam surah Al Anfal ayat  46 yang bermaksud
"Dan taubatlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan  janganlah kamu berbantah-bantahan , jika tidak nescaya kamu  menjadi lemah  semangat dan hilang kekuatan kamu, sabarlah (menghdapi segala kesukaran  dengan cekal hati). ]Sesungguhnya Allah berserta orang yang beriman."

       Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim juga rasulullah saw berpesan "Usah kamu berdendam kesumat, jangan kamu  berhasad dengki, jangan kamu berpaling muka, jangan kamu pulau memulau , sebaliknya hendaklah kamu bersaudara. Adalah tidak harus bagi seseorang muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebhi 3 hari ."

     Jadi maafkan lah seseorang walau sebesar mana kesalahan dia pada kita dan apa layakknya kita menghukum seseorang atas sesuatu kesalahan..Rasulullah sendiri pun mengampunkan umatnya dan kenapa kita masih lagi ingkar dan sukar untuk memaafkan....Lagipun setiap yang berlaku tetap akan berlaku jika dengan izinNya..



No comments:

Post a Comment