Friday 30 August 2013

jangan biar sejarah hitam berulang



Tanggal 31 Ogos 1957 seperti yang sedia maklum, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan. Seterusnya tanggal  16 September 1963, Tanah Melayu telah  bergabung dengan  Sabah dan Sarawak  yang akhirnya  membentuk Malaysia. Apa pun 31  Ogos  menjadi tarikh rasmi Malaysia mencapai kemerdekaan yang saban tahun disambut dengan meriah yang  mana tahun ini sudah 56  tahun kita mencapai  kemerdekaan.

Dalam kemeriahan sambutan kemerdekaan dengan    cahaya bunga api, nyanyian, perarakan dan sebagainya   jangan kita lupa untuk  mngenal erti  kemerdekaan itu sendiri  dan   bagaimana kita  telah mencapai  kemerdekaan  ini. Sebenarnya dari  tahun 1511 kita telah dijajah apabila Portugis menawan Kesultanan Melayu Melaka, kemudian penjajahan beralih kepada Belanda, British, Jepun dan  penguasaan semula oleh British. Bayangkan dalam tempoh yang sangat  panjang  ini kebebasan  nenek moyang kita disekat dan betapa ramainya pahllawan kita yang gugur  demi menebus hak di  bumi sendiri.

Justeru jangan biarkan kemerdekaan yang  kita kecapi kini diragut semula oleh tangan tangan “ bangsat” yang akan memusnahkan  erti kebebasan  yang menyebabkan kita rebah  atau gundah di bumi sendiri. Itu tidak mustahil akan berlaku aandai  kita  tidak bersatu dalam mempertahankan negara kerana  dulu kita pernah dijajah salah satunya sebabnya ialah  belotnya bangsa kita  sendiri  dan jangan kita biarkan  ia berulang kembali.



“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN”

No comments:

Post a Comment