Saturday 24 August 2013

PELUANG KEDUA



Genting Highlands: “Sebaik saja masuk ke dalam bas, saya dengar suara mangsa meraung kesakitan dan meminta tolong. Kebanyakan daripada mereka tersepit dan ramai juga terhumban keluar.

“Cermin depan bas pecah, begitu juga cermin tingkap. Saya juga nampak beberapa mangsa seorang demi seorang terjatuh keluar melalui cermin tingkap yang pecah.”

Demikian kata Mohd Najib Mohd Kassim, 37, seorang daripada empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands yang paling awal tiba untuk operasi menyelamat penumpang bas yang terjunam lebih 60 meter ke dalam gaung di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Kemalangan berlaku pada jam 2.22 petang di Kilometer 3.6 jalan berkenaan, disifatkan antara paling buruk dalam sejarah negara selepas pemandu dan 37 daripada 52 penumpang bas itu terbunuh manakala 16 lagi cedera.

Berikutan tragedi malang ini, bagi mereka yang terselamat merupakan peluang kedua yang besar maknanya jika dibandingkan dengan kehilangan nyawa yang tidak boleh ditukar ganti atau dijual beli. Even  kalau ada mangsa yang terselamat ini mengalami kecacatan kekal  mereka masih dianggap beruntung. Bayangkan  bagi yang muslim , jika mereka terkorban dalam nahas ini dan bekalan mereka  untuk ke alam sana belum cukup, bukankah itu merupakan sesuatu   penyesalan yang tiada gunanya. Bukan semua orang akan diberi peluang  kedua oleh  Maha pencipta untuk kembali padaNya atau untuk lebih dekat padaNya. Panjatkanlah kesyukuran  dan anggap ujian ini suatu kurniaan yyang pasti ada sinar  bahagia di hujungnya.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment