Wednesday 19 December 2012

WAJARKAH PELUANG KEDUA????


untuk apa berjanji
kalau tak mampu menepati
untuk apa merindu
jika hanya  dibalas angin  sepi
untuk apa bercinta
andai tiada lagi cinta
dan untuk apa diteruskan hubungan ini andai hanya menyakitkan....




Mungkin perpisahan bukan jalan terbaik tapi kalau  dah memudaratkan diri tak kira dari segi fizikal atau mental  , inilah jalan terbaiknya..

Dan tak mustahil juga dalam  tempoh terdekat perpisahan,  si dia ingin merujuk kembali dengan kita kerana baru tersedar akan satu kehilangan yang berharga dan wajatkah kita memberi peluang buat si dia?


Fikir masak2 sebelum bertindak  samada untuk memberi peluang kedua  atau tidak, dan ianya bergantung kepada situasi kenapa berlakunya perpisahan itu . Sebagai contoh kalau perpisahan tu berlaku disebabkan orang ke 3 (curang) , sebab halangan dari parents  or si dia  ada bad attitude  yang tak boleh nak diubah dari awal sehingga akhir kenal dia  so hati2 la untuk terima si dia kembali dalam hidup anda kerana  tak mustahil masalah yang sama akan terus berulang dan jadilah  putus....rujuk..putus...rujuk, yang kesudahannya tak tahu lah sampai bila..

Tapi who those yang dah berkahwin situasinya   agak berbeza nak lagi kalau dah ada anak, for sure anak memang tak dapat  terima perpisahan parents.So nak rujuk balik atau tak agak susah  tapi mungkin  ini  namanya pengorbanan kalau betul si dia ikhlas dan   dah berubah tak salah beri peluang  untuk kepentingan anak.Apa pun keputusan kita  jangan  lupa merujuk  dengan pembimbing terbaik kita, caranya mudah  bersujudlah, mintak diberi petunjuk  apa yang terbaik untuk kita dan andai itu memang jalan terakhirnya redha dan berserahlah atas setiap  ketentuan dan  ujianNYA..





No comments:

Post a Comment