Monday 17 December 2012

PELANGI KEHIDUPAN

Assalamualaikum....Dah lama rasanya aku tak menjengah ke laman ni dan   melontarkan luahan rasa  di hati ....Macam2 yang aku  belajar sepanjang perkelanaan aku  tu....Pahit...Manis...semuanya dah  tersemat dalam  diari mindaku....ceysehhhh....

First apa yang aku belajar...kehidupan kanak2  paling menyeronokkan atau lebih tepat lagi  inilah    dunia  tanpa masalah, apa yang mereka fikir hanya bermain....dan   orang dewasa yang bermain  or borrak2 dengan kanak2 juga boleh  mengurangkan stress diri...Then cara nak punish budak2 jugak perlu  bijak, tak semestinya  dengan  hukuman yang menyakitkan sahaja sebab effectnya sekejap ja pas tu nakalnya akan datang balik....So pada pendapat aku hukuman tetap perlu diberi kalau mereka nakal tapi jangan sampai tinggalkan kesan nak2 lagi anak orang kan, cukup la berdiri sambil angkat tangan, suruh dia kemas  something,jalan itik, ketuk ketampi  and so on bergantung kepada peringkat umur dan last sekali  jangan lupa  cakap kenapa kita beri hukuman tu pada dia, mintak dia janji jangan ulangi kesilapan yang sama dan kalau dia buat jugak kesalahan yang sama... denda yang  lagi dahsyat akan diberi...So sedikit sebanyak  terlekat jugak la kat hati kanak2 kalau kita cuba bercakap lembut dengan dia dan jangan tau nak hukum ja  tak kira masa walaupun hanya kesalahan kecil kerana "hak bermain adalah hak kanak2"  tapi  kita sebagai dewasa perlu menjadi pemerhati dan  pembimbing   mereka supaya  apa yang mereka lakukan  tidak menyalahi batas norma manusia kerana bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya"....

Second  apa yang aku dapat belajar untuk buat sesuatu memang kena ada nawaitu yang JITU..Kalau kita tak kuat dari segi fizikal  dan mental  niat kita akan terpesong dan apa yang kita cuba buat tu akan jadi tak ikhlas dan sia2 jer....Emmm aku tak boleh terangkan  situasinya secara detail kerana ada  sensitivitinya di sisni...Tapi pada aku  sepanjang aku kat sana fizikal dan emosi aku kurang  kuat untuk hadapi ujian yang Allah bagi tu dan kawan aku sendiri mengalami stress yang melampau bila bangun pagi jer nangis sebab  tak tahan dengan persekitaran ni....Mungkin nawaitu   ada untuk berbakti tapi  kekuatan tu tak selaras  jadi sebelum keadaan menjadi lebih teruk cukuplah ia di situ...Dan sometime berbakti tak semestinya kena  keluarkan tenaga or wang ringgit , dengan hanya menitipkan DOA ia juga boleh menjadi salah satu  SUMBANGAN  AZIMAT yang tak ternilai di sisi Allah ....InsyaAllah...

Don't judge a book by its cover....Tentu kita dah biasa sangat  dengan peribahasa ni kan...Manusia memang suka nilai seseorang tu   walaupun pada pertemuan pertama tanpa mengenali  hati budi orang tu....Kalau kita nampak orang tu pakai serban, pakai kopiah, tudung labuh...orang tu kita cop baik, alim and warak...pas tu bila kita nampak orang tu pakai  seksi  kita cap dia sebagai ROSAK...Memang penampilan mencerminkan dir tapi  itu tak  membuktikan  keperibadian  diri kita...Kita akan lebih  kenal seseorang  bila lebih lama dengan dia and duduk  sebumbung dengan dia....Masa tu baru terserlah siapa diri dia...apa yang dia cakap di belakang kita dan macam mana  reaksi dia pada kita dan macam mana dia menginterprasi orang  lain di sekeliling dia...

Last but not least kita selalu merasa  nasib kita kurang baik padahal   Allah dah mengatur perjalanan terbaik untuk kita...Sebabnya kita selalu fikir  hidup orang lain lagi better dari kita sedangkan samada kita sedar atau tak ada lagi manusia kat bumi Allah ni  yang negaranya tak aman, nak makan pun susah  sampai  kena kutip dekat tong sampah, tempat tidur tak der and so on...Tapi hidup kita kat Malaysia tak der la seteruk tu cuma nak hidup yang better  kena lebih berusaha itu jer...Even  kat Malaysia ni  anak yatim, anak miskin or tanak erbiar mereka  masih ada pembelaan dari badan NGO tertentu and sometime hidup mereka ni lagi mewah kot...So terapkan rasa bersyukur dalam diri  atas setiap nikmat yang diberi jangan sampai satu hari nanti Allah tarik balik salah satu nikmat tu and masa tu penyesalan pun dah tak berguna lagi....

Beginilah kehidupan yang mencorakkan pelbagai warna..Hitam ,  putih atau colourfullnya hidup kita ,  kita yang tentukan berserta iringan  DOA...Kalau kita  dapat mencorakkan pelangi dalam cerminan hidup kita ia merupakan satu bonus dan batu loncatan untuk menggapai kehidupan yang baik suatu hari nanti..Tapi kalau dalam hidup kita  ada warna hitamnya ia  bukan satu nokhtah tapi jadi kan ia satu pengajaran  agar   titik hitam itu takkan  terpalit lagi dalam hidup kita...



No comments:

Post a Comment