Sunday 19 February 2012

BIARKAN AKU PERGI……


Mungkin inilah suratan yang tertulis dalam takdir hidup kita
Biarpun  kita sejiwa
Tapi tak mungkin kita bersama
Kerana aku bukan untuk kau
Dan kau bukan untuk aku
Jadi relakanlah aku pergi
Meniti bahtera baru aku

Maafkan aku
Dan halalkan setiap perbuatan aku selama ini
Aku tahu aku lukakan hati mu malam itu
Membiarkan kau menunggu aku
tapi  aku harus tega  dalam pilihanku
kerana kau sudah ada kehidupan
dan aku ingin membina kehidupan baruku
jadi  izinkan aku pergi
dan lupakan aku…

Aku pohon dari mu
maafkan aku dengan seikhlas hatimu
dan jangan pernah membenci aku
dan hargailah anugerah yang telah tercipta untuk mu
kerana dia lebih  perlukan kau
lebih dari aku
dan biarkan lah aku pergi 
demi kebahagiaan kau dan dirinya......

No comments:

Post a Comment