Friday 17 February 2012

UJIAN DAN DOA

Sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan dan termasuklah kesilapan membuat pilihan….Manusia memang inginkan yang terbaik  dalam kehidupan tapi tak bermakna kita akan berdepan dengan perkara yang baik baik saja sebab dah jadi lumrah manusia  takkan terlepas dari penderitaan.. kerana  hidup ini memang penuh dengan dugaan dari Allah swt…

Kadang2 kebahagian yang kita impikan tak berpanjangan bila tiba2 hujan  di tengah hari….Misalnya kita terpisah dengan orang yang kita sayangi…Yea memang  kita cuma mampu merancang Allah juga yang menentukan segalanya…Kerana itulah  ketetapan yang telah disematkan dalam  kontrak hidup  kita sejak azali…Namun hanya 1 yang dapat  mengubah segalanya iaitu DOA…….
Para rasul dan para nabi juga sering diuji oleh Allah bila kaumnya  tidak mengikut suruhan yang telah diwahyukan oleh Allah ini termasuklah  isteri, anak dan sanak saudara sendiri  .
Apapun Allah  tidak akan menguji umatnya melebihi kemampuan kita .Jadi ringankan lah tangan untuk menadah doa kepada Allah setiap masa dan tidak semestinya tatkala kita menghadapi kesusahan semata2….

No comments:

Post a Comment