Monday 20 February 2012

DUNIA KITA BERBEZA......



Aku terbiasa dengan kehidupan yang penuh sederhana kerana aku dibesarkan di kawasan perkampungan di utara tanah air……Aku berhijrah ke Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran belajar di sini  dan Alhamdulillah  rezeki aku  memang sudah tersedia di sini apabila aku ditawarkan jawatan Pegawai Pemasaran di sebuah syarikat gergasi tanah air.Di sini aku bersama teman teman yang cukup happy go lucky,kata orang otak gila2 la kan..
Satu petang yang damai tu aku pergi  shopping sorang2 sebab 2 housemate aku tu balik kampung, yelah kampung diorang dekat jer pun.Nina dekat Seremban  and Nurul dekat  Melaka jer..Boleh la balik tiap2 minggu pun, kalau aku ni sebulan sekali boleh r…Dah boring tahap dewa sangat tu, aku pun  keluar dari pertapaan aku tu, niat di hati juz nak cuci mata jer tapi tak sangka tershopping la pulak…hehe..
Masa aku nak menuju ke kereta tiba2 ada sekor mamat ni  rembat hand bag  aku, menjerit macam orang gila la aku, yelah semua benda penting ada dalam tu…Nasib aku baik bila ada sorang lagi mamat ada kat situ  and dia pun  pergi kejar si peragut tak guna ni..After a few minute mamat yang tolong aku tu datang semula dengan hand bag aku..Fuggghhh thank you so much la aku cakap kan..Aku nak bagi duit sebagai tanda terima kasih aku tu tapi  dia tak  nak , dia cakap baik bagi no phone. Mula2 aku berat hati la jugak nak bagi sebab mamat ni serabai jer tapi dia pandai umpan aku  dengan ayat kalau nak balas budi pun juz  belanja makan jer, tapi tak mau sekarang  sebab dia baru makan  and dia nak bila dia lapar nanti..Nak tak nak aku terpaksa  la bagi jugak..
Malam tu mamat  tu call aku dia ajak aku makan, aku cakap tak nak, aku bagi alasan aku  tak keluar malam2..sebenarnya  sebelum ni bukan aku tak pernah keluar malam tapi bukan la dengan laki yang aku baru  kenal macam tu…Macam2 la ayat pasrah keluar dari mulut mamat ni, dia cakap terpaksa la perut dia puasa malam tu, kesian kat cacing dalam perut dia and bla2 lagi la ayat nak memujuk aku kan..Argggh lantak la..Tak berani aku nak kelaur dengan mamat ni..Eh lupa lak nama dia bukan mamat tapi Syahrul…Pas tu kitaorang juz mesej ja sampai tertido la aku dibuatnya..Alkisahnya mamat ni  memang asal orang sini dia kerja  sendiri jer, bisnes kecik2 katanya…Pas tu dia mintak  nak lunch dengan aku esoknya  tapi kena  pergi dengan dia r bukan dengan keta aku, dia nak datang amik aku kat rumah.Hah giler ker apa nak naik motor ngan dia!!???..Tapi ayat pasrah punya ayat pasrah dia  cakap  motor jer yang dia ada..Rela dalam keterpaksaan aku pun setuju jer…
Esoknya betapa kekoknya aku naik motor Yamaha  RXZ  mamat ni taw jelah motor tu camna kan, jenis  seat belakang tu menyongket sikit ke depan..Apa pun aku dah standby dengan hand bag aku,jadi ada la penghadang aku dengan dia kan….Masa makan tu kami terserempak dengan kawan serumah dia..Hmmm dari pengamatan aku  kawan2 dia agak terlebih sosial , biasa la anak muda kat Kl ni, rambut pun dah berkarat kena tumpah dengan cat, cakap pulak dah macam gangster dengan rantai and gelang besi , yang  lebih kurang macam rantai basikal aku tengok..Si Syahrul ni aku tengok takder sampai tahap tu lagi cuma serabai tu still ada. Tapi ini  yang membuatkan aku rasa ada jurang antara aku dengan dia,bukan jurang darjat ker apa tapi cara hidup tu, cara pergaulan dia tu dah agak bebas, solat pun dah entah ke mana coz bila aku ajak  pergi masjid  nak solat zohor dia dah macam  cacing kena rebus jer, gabra sangat..Aku bukan nak berlagak ustazah, yelah aku pun bukannya baik sangat tapi  yang wajib jangan tinggalkan tu jelah yang aku sempat pesan kat dia tak tau la dia boleh terima ker tak kan…
Lepas dari tu seminggu kitaorang tak pernah contact  maybe dia terasa la dengan nasihat aku tu, tapi aku tegur benda yang betul nak lagi aku tau yang housemate dia tu bersekedudukan dengan gf dia tu, dia tu dah kira bersubahat la.Aku cakap nak jadi  orang baik kena bercampur dengan orang baik and lagi aku cakap kesian kat parents kalau diorang tau kita buat benda tak baik kat belakang  dia, parents  juz nak yang terbaik untuk anak anak kalau diorang marah sikit tu tanda sayang la..lepas dari tu memang dia diam jer, pedas sangat ker ayat aku?? Nak cakap sori tak patut lak yelah kenapa pulak nak rasa bersalah kan, aku cuma cakap benda yang betul…
Tapi tiba2 seminggu lepas tu, di malam yang hening dia call aku dia cakap nak jumpa katanya urgent tapi mesti la aku tak nak aku cakap tunggu esok jelah kan.tapi dia still memaksa dia kata dia perlukan seseorang untuk bercerita…Kesian lak aku dengar jadi aku setuju jer dengan syarat aku naik keta sendiri and  jumpa dekat2 dengan kawasan rumah aku jer and dia kena la setuju…
Terkejut aku dengar cerita dia…Dia sebenarnya dah 3 tahun lari dari parents dia sebab tak tahan kena marah dengan ayah dia, selalu kena kongkong, tapi semua tu memang salah dia pun sebab dia memang nakal…Lepas dari nasihat aku tu dia tergerak hati nak jenguk  parents dia and masa dia balik tu terkejutnya dia bila ayah dia tengah nazak, sepanjang 3 tahun tu dah merata tempat  parents dia cari tapi tak jumpa2. Selama ni bukannya ayah dia tak sayang cuma tegas jer and tak tau nak tunjukkan kasih sayang macam mana..Apa pun si Syahrul ni rasa bersalah giler dengan mak ayah dia..Apapun  sekarang  ayah dia dah  beransur pulih mungkin sakit rindukan anak..Sebab tu lah  sepanjang seminggu tu dia tak contact aku and lagi dia cakap aku ni dah bagi sinar baru dalam hidup dia…Ceyseh…Baru aku perasan penampilan dia dah sikit berubah dia dah tak serabai sangat , jambang dah dicukur rapi, rambut tak panjang lagi  and baju pun nampak kemas…Dia cakap dia nak kenal rapat dengan aku lagi and dia nak serius dengan aku..
Menggelupour la aku, kenal tak sampai seminggu nak serius apanya..Tapi cepat jer dia membidas ayat aku….kan kalau nak jadi orang baik kena bercampiur dengan orang baik so sekarang dia kena bercampur dengan aku…Terkedu jelah aku masa tu tapi ayat terakhir dia yang membuatkan aku terus terlopong tapi terdiam ialah…”saya akan berusaha dapatkan awak jadi yang halal bagi saya dan saya takkan berhenti menyintai awak Nur syafiqah bt Azman…”


“Akak cepat la mai  turun, apa yang terperap kat dalam rumah ja, jom kita p lepak kat bendang tu ambik angin.”
“Malas la dik..”
“Jom  la”
Mimi terus menarik tangan  aku tanpa mempedulikan permintaan aku tadi.
Dengan  berat hati aku terus menuju ke sawah yang hanya  sepuluh langkah dari rumah…sepatutnya 2 hari lepas dia menemui aku, kerana itulah perjanjian yang aku tetapkan pada Mohd Syahrul bin Mohd Affendi di mana selama setahun kami tidak boleh berjumpa dan tidak boleh berhubung untuk membuktikan  sejauh mana dia betul betul serius dengan aku dan dalam masa tu jugak aku nak dia ada matlamat dalam hidup dia.Pada mulanya dia berat hati  tapi dia terpaksa akur dengan syarat aku tu, dan kalau dia masih berpegang pada janji tu kami akan berjumpa semula selepas setahun…Tapi semuanya satu penantian yang sia sia.Memang niat aku pada mulanya cuma mahu mengelak dari dia dan bagi syarat bodoh macam tu tapi akhirnya aku yang terperangkap dengan  jerat aku sendiri…makin hari aku makin rindu pada dia, cinta  mula berputik dan kadang kadang  tidur aku dibayangi igauan mimpi bersama dia…Mohd Syahrul…aku memang sudah jatuh cinta tapi nampaknya semuanya hanya sia sia….
2 hari lepas hati aku betul betul gembira dah lama aku nantikan hari tu…gembira, berdebar. Takut, gementar…macam macam perasaan ada….dan 2 hari tu jugak aku menunngu macam orang bodoh, kawan  kawan aku memang perasan dengan keadaan aku tapi apa boleh buat aku sendiri yang tetapkan syarat tu…dan sebab tu jugak la aku balik kampung nak tenangkan hati yang kacau bilau ni….
Akak !…akak !…akak !…
jerit Mimi tiba tiba yang melenyapkan semua imbasan memori aku.
“Apa ni Mimi macam kena ligan dengan orang gila ja ni?”
“Dak eh tak dak sapa ligan eh,asda orang nak jumpa akak dia tunggu akak kat  dangau hujung sana  tu..Cepat la kak..”
Sapa nak jumpa akak ni?
Pi jelah dia tunngu akak tu
Nak atau tak kaki aku telah menuju ke dangau yang Mimi maksudkan tadi dan saat aku berhenti aku nampak susuk tubuh seorang lelaki yang membelakangi aku.
“Yea encik nak jumpa saya ka ni ?”
Sepi…tiada sebarang jawapan dan reaksi  dari lelaki tersebut.
“Hmmm patung ka apa ni, tak pa lah kalau tak nak cakap saya mintak diri dulu, lagipun saya tak kenal Encik ni, mak saya pesan  kalau jumpa orang tak kenai jangan layan..”
Nursyafiqah….
Kaki aku tiba tiba terasa seperti  diletakkan simen tatkala  aku mendengar suara itu suara yang amat aku rindui…insan yang amat aku nantikan 2 hari lepas…
Awak !….Macam mana awak datang sini ?
“Jalan kaki …”
“Jangan main main la and macam mana awak tau kampung saya ni?”
“Mesti la bawak keta sayang  and mana saya tahu tak penting yang penting saya dah datang..”
Awak dah telambat…
Alaaa 2 hari jer, tu pun saya ada emergency cases pasal family saya  and saya mintak maaf sebab tak sempat bagi tahu awak.Saya tahu awak rindu saya kan, saya pun rindu awak jugak..
“Hmmmm tolong sikit erk mana saya rindu awak…Syarat saya lepas setahun kita jumpa, sekarang awak dah mungkir janji jadi perjanjian kita terbatal.”
“Tapi awak tak cakap pun kalau terlambat  perjanjian tu batal.”
“Arggh tu saya tak peduli, yang pasti   saya anggap perjanjian kita batal.”
“Ok takper…biar la perjanjian tu batal saya nak buat perjanjian baru pulak.”
Apa?Perjanjian apa lak?
Perjanjian untuk awak jadi isteri saya sampai hujung nyawa saya…Nursyafiqah bt Azman sudikah awak jadi isteri saya…
Saya tak boleh terima perjanjian awak tu..
“Ke…kenapa ?”,tergagap Syahrul seketika mendengar jawapan aku tadi.
Tak boleh sebab awak dah terlambat 2 hari dan  satu lagi…
Apa ? awak dah ada orang lain ker?  tapi tak mungkin kawan kawan awak cakap awak tak pernah jumpa sapa dalam masa setahun ni tak mungkin awak suka orang lain..
Kawan kawan !!?
Opppss Syahrul menutup mulutnya   setelah menyedari yang dia terlepas cakap.
Patut la diorang tu macam spy bila saya nak keluar rupanya awak…
Awak kena faham saya sayangkan awak, saya tak nak kehilangan awak dan perjanjian yang awak bagi tu  menyeksakan zahir dan batin saya awak tau tak ?. Saya dah separuh gila rindukan awak, melalui kawan kawan awak jelah saya dapat berita pasal awak…
Suasana sepi seketika yang terdengar hanya bunyi burung yang berkicau dengan hembusan angin yang  lembut menyentuh pipi.
Tadi awak cakap, awak tak boleh terima saya…kenapa…takkan sepanjang setahun ni awak tak pernah rindukan saya dan takkan dalam hati awak tak der sikit pun perasaan sayang untuk saya, luluh sekali suara yang keluar dari bibir Syahrul.
Hmmm saya tak boleh terima lamaran awak bukan sebab  saya suka orang lain atau apa tapi….
“Tapi apa..?”
Sabar la saya tak habis cakap lagi..
Dah sabar pun, setahun saya tunggu..
Issshhhh awak ni, jangan nak perli2 saya la.. tapi nya di sini ialah  awak kena la masuk minang saya dulu, hantar rombongan minang, ni nak ikut cara barat pulak..
Ooooo…jadi awak terima saya la yea??..
Yes!! Yes!! Yes!!
Eh apa awak ni jerit macam orang gila ja…
Biar la memang saya gila..saya gilakan awak..Saya nak bagi tahu pada satu dunia Nursyafiqah…I Love U…jerit Syahrul dengan sekuat hati…
Mungkin inilah saat yang aku nantikan selama setahun. Penantian yang cukup bermakna dalam hidup aku..Biarpun kami dipisahkan oleh masa tapi jika memang ada cinta dalam hati, pasti kami akan bersatu jua….Dan mungkin juga kerana  aku sudah tercipta untuk dia  dan dia tercipta untuk aku ,walaupun awalnya dunia kami berbeza tapi itu bukan penghalang untuk menyatukan cinta yang suci...


No comments:

Post a Comment