Thursday 3 May 2012

KERANA AKU INSAN YANG KERDIL.....


Kenapa mak dan ayah bagi aku pada orang lain?
Kenapa mak dan ayah tak  besarkan aku sendiri?
Diorang tak sayangkan aku ker?

Kalau diorang cakap diorang miskin , aku tak setuju…ustaz ajar kat sekolah setiap anak yang dilahirkan ada rezeki untuk mereka. Ali , keluarga dia pun miskin jugak, selalu aku tengok dia bawak bekal jer makan kat sekolah, bila aku tanya kenapa, dia akan jawab keluarga dia orang susah , adik beradik dia ramai jadi tak mampu nak bagi duit belanja. Keluarga Ali takder pun bagi dia kat orang lain….

Jadi sekarang kenapa mak dan ayah kandung aku sendiri buang kau? Kenapa? Hanya soalan itu bermain di fikiran aku sejak aku kenal realiti bahawa  setiap anak  mesti berBINkan  nama  ayah tapi kenapa nama ayah  sekarang aku  ni lain. Kenapa nama aku Haziq Bin Abdullah dan bukan Mohd Zaki seperti abang dan kakaK aku. Patutlah juga tubuh aku agak kecil berbanding mereka dan warna kulit aku agak hitam manis jika dibandingkan dengan keluarga aku yang lain.. Semua itu aku sedar bila usia aku  10 tahun dan aku bertanya pada ayah tentang hal  itu dan dia berterus terang bahawa  dia bukan ayah kandung aku tapi dia sayangkan aku sama saja seperti anak kandung dia yang lain, aku sedar tentang itu…Bila aku tanya siapa keluarga kandung aku? , kenapa dia bagi pada ayah ? dan kenapa diorang tak jaga aku sendiri ? ayah hanya terdiam sambil menggosok-gosokkan kepala aku…

Semua itu  membuatkan hati aku rasa sedih , walaupun aku baru 10 tahun tapi aku bukan begitu bodoh untuk menilai erti kepahitan.Aku mula rasa terasing jika dibandingkan yang lain dan aku mula faham kenapa Along tak suka pada aku. Dia selalu saja mencari salah aku walaupun hal kecil . Ayah pula walaupun penyayang tapi  jenis yang tegas dan garang jadi sudah entu aku tak terlepas dari hukuman dan itu semua membuatkan aku merasa semakin terasing. Dan apabila aku semakin menginjak remaja dan boleh berfikir tentang realiti,  aku mula terfikir yang sebenarnya aku ni mungkin anak yang tidak sah atau anak haram sebab itu aku diserahkan pada orang lain tapi mujurlah aku tak dibuang dalam tong sampah  macam  bayi malang lain..Terima kasih mak..ayah…sebab sudi kutip anak macam aku ni..

Tapi aku takkan lupa peristiwa hitam tu, masa tu umur aku baru 17, nak ambil SPM  la tahun tu…Tapi semuanya terkubur bila aku hilang semuanya..Hilang keluarga,  tempat bergantung…Hilang rumah, tempat untuk berlindung….Aku ingat lagi macam mana ayah menghina dan mengusir aku malam tu…
“Dasar anak tak kenang diuntung, kau dah contengkan arang ke muka aku.kalau kau memang dari keturunan tak elok, tak elok  jugak la kau ni.Tak kira aku didik kau macam mana pun dah kalau kau datang dari daging busuk, busuk sampai ke sudah!! Dah dasar anak hatam !Kau memang bukan anak  aku! Janngan kau panggil aku ayah ! pergi kau dari sini!!”

Sedih…Pedih..semuanya bercampur dalam benak aku..Sakit badan aku disepak dan diterajang oleh ayah tak seteruk sakitnya hati aku sekarang ini.. Air mata lelaki  turut tumpah dari birai mata aku buat pertama kalinya. Kalau sebelum ni aku akan selalu bersabar saja tapi tidak untuk kali ini. Ketegasan dan kebengisan ayah sudah melampau. Aku bukan tidak biasa dimarah oleh ayah walaupun hanya kesalahan kecil yang aku lakukan…Aku telan semua yang ayah lakukan pada aku, kerana aku sedar aku cuma anak angkat tapi tidak kali ini..Dan  kalau memang aku tak layak panggil dia ayah  aku faham tapi kenapa dia tak dengar dulu penjelasan aku ?, kenapa dia tak tanya kenapa aku buat semua ni?.. Aku buat semua  ni demi maruah dia… Dia tahu tak kenapa aku  boleh hilang sabar dan pukul Saleh, samseng sekolah tu..Sebab Saleh dah hina ayah, dia cakap ayah  macam ketua dajjal sanggup ambik anak pungut macam aku sebab dia kata anak pungut macam aku ni, anak haram! Anak haram  nanti akan jadi bala tentera pada dajjal..Jadi ayah aku tu ketua dajjal la .Macam mana aku boleh tahan dengan hinaan Saleh tu. Biar orang keji dan hina aku tapi jangan ayah aku, ayah yang dah jaga dan besarkan aku, yang dah berikan aku hidup..Memang aku tak  sengaja pukul Saleh seteruk tu sampai masuk ICU tapi masa tu aku betul betul tengah marah dan aku pula ada belajar seni pertahankan diri jadi entah dari mana tenaga yang datang sampai aku boleh belasah Saleh seteruk tu…Aku mintak maaf Saleh dan aku tak tahu entah apa nasib dia lepas tu..
Apa pun aku tak pernah mengalah untuk hidup, dengan hanya berbekal RM 50  yang ada dalam poket, aku pergi bandar, aku tumpang tidur kat surau jer masa mula mula aku sampai pas tu aku mintak kerja kat sebuah kedai  makanan  dan mujur dia sediakan tempat tinggal dari situ aku kumpulkan duit dan aku  berazam akan sambung belajar… 

10 tahun sudah berlalu….Alhamdulillah aku sudah Berjaya dalam hiudup aku..punya keluaga yang sakinah dan ada perniagaan sendiri yang mula bertapak hasil kerjasama aku dan isteri…Namun entah kenapa jiwa aku rasa tak tenang kebelakangan ni , aku seperti terpanggil untuk pulang ke kampung..Takut jugak aku hendak menjejakkan kaki ke sana tapi  hati aku kuat memberontak ditambah  sokongan daripada isteri aku akhirnya nekad untuk pulang…Tak sangka kepulangan aku kali ini  bagai jejak kasih antara anak dan ayah…Ayah tak habis habis minta ampun pada aku selepas ayah tahu semuanya. Pada aku , aku sudah lama maafkan ayah..Tapi aku tak sangka  ini menjadi pertemuan terakhir antara aku dan dia…ketika hari ketiga aku dan keluarga aku di sana, ayah telah pergi buat selamanya….Belum puas aku     melepaskan rindu dan berbual panjang dengan ayah, ayah sedah pergi.. Masih terngiang ngiang ayat terakhir ayah pada aku…”seorang lelaki yang bergelar ayah mungkin tak menunjukkan tangisan dia pada orang lain,  tapi dia selalu menangis di hati kerana seorang lelaki perlu kuat”…Aku faham apa yang ayah cuba sampaikan, ayah selalu bersedih atas  tindakan dia pada aku tapi dia tak pernah menunjukkan kesedihannya seperti mak yang selalu bersedih dan menangis atas kehilangan aku…. Dari situ,  walaupun aku tidak mewarisi kperkasaan tubuh ayah  tapi aku akan selalu mewarisi kekuatan hati…

No comments:

Post a Comment