Wednesday 2 May 2012

DOSA SEMALAM....


Aku akan berkahwin dalam masa sebulan lagi dengan pilihan kedua ibu bapa aku, tak sabar aku menghitung hari….Memang  pilihan kedua ibu bapa aku bukan lah orang sembarangan, orangnya terpelajar, punya didikan agama, pandai  mengambil hati kedua orang tua aku dan hati aku juga…Tapi ada perkara yang masih aku sembunyikan pada bakal suami aku itu..
Dari kaca mata  luar  mungkin orang akan menilai aku ni baik, sopan santun, pandai menjaga maruah diri dan punya pakej untuk jadi isteri mithali. Hakikat sebenarnya  semua tu plastik untuk diri aku , aku bukan lah orang sebegitu.. Harga diri aku sudah tercalar sejak aku mengenal cinta pertama..Aku sudah menyerahkan seluruh jiwa dan raga aku pada dia tapi dia pergi meninggalkan aku dan bersama orang lain yang  dianggapnya lebih suci dan tidak kotor seperti aku.Tapi dia tidak sedar dia yang mengotorkan aku!!
Ssekarang aku buntu haruskah aku berterus terang segalanya kepada bakal suami aku itu? Kalau aku berterus terang mungkin dia akan tinggalkan aku dan perkahwinan aku akan menjadi seperti pelamin angan yang musnah.Tapi kalau aku tidak berterus terang dari sekarang  bagaimana kalau malam pertama nanti dia tahu yang isteri nya sudah tidak suci , tiada lagi mahkota perawan yang diagungkan bagi setiap wanita. Dan apa yang dia bakal lakukan? tingalkan atau lebih tepat ceraikan aku untuk mencari wanita yang suci dan tidak kotor seperti aku..Tak siapa yang tahu perasaan aku ini..Hanya Allah tempat untuk aku merintih,gerak hati aku kuat memaksa aku untuk berterus terang pada dia tapi pada masa sama aku sangat takut kehilangan dia kerana aku terlalu sayangkan dia…Aku sedar   itu semua memang dosa silam  dan aku memang cukup menyesal tapi untuk menipu bakal suami yang begitu jujur pada aku, aku jadi tidak sanggup..
Yea tak semua perkara boleh diceritakan dan dikongsi dengan orang lain lebih lebih lagi perkara sebegini tapi keadaan seperti inilah yang membuatkan fikiran aku bertambah runsing.Dia pernah memberitahu aku sebelum berkahwin  cerita dan kongsikan apa yang boleh  dikongsi bersama tentang kisah hidup aku, memang aku sudah menceritakan semua tapi tidak yang itu….
Hari itu aku sudah nekad dengan keputusan aku, aku akan menceritakan segalanya..Kalau memang dia putuskan untuk membatalkan perkahwinan ini aku redha, aku hanya ingin jujur dalam perhubungan ini…Memang bicara aku tersekat sekat saat aku mahu meluahkan segala isi hati aku, seperti ada batu penghalang  untuk aku menceritakan segalanya..Apa pun aku sudah NEKAD...Aku takkan pernah lupa bagaimana reaksi  dia saat itu, wajah merah menahan marah dan terus berlalu meninggalkan aku tanpa sepatah kata…Mungkin hinanya aku pada mata dia dan sudah tentu aku bukan insan yang layak untuk bergelar isteri pada dia apa lagi  ibu untuk zuriat dia. Aku  juga sedar perkahwinan kami hanya  tinggal dua minggu, persiapan semuanya sudah dibuat, macam mana aku nak cakap dengan mak ayah tentang perkara.Rasa macam nak bunuh diri tapi aku masih waras.Aku cuba hubungi dia namun called dan sms aku langsung tiada respon walaupun berjuta maaf telah aku sampaikan..
Petang itu aku agak kaget bila aku mendapat panggilan dari insan yang aku nantikan, dia nak jumpa aku, hanya sepatah yang diucapkan.Aku seperti dapat menduga apa yang  akan terjadi nanti…Pastinya perkahwinan kami akan dibatalkan.. Dan semuanya berakhir…
Namun andaian aku ternyata silap …Dia mahu perkahwinan kami diteruskan dan dia mahu menerima seadanya aku kerana dia sayangkan aku ikhlas kerana Allah dan dia melihat bayangan wajah aku setelah Istiqarah…Tak dapat aku gambarkan perasaan aku sat itu…Gembira, terharu, terkedu, bersyukur semuanya ada…Walaupun aku tak suci lagi tapi andai ini ketentuan jodoh aku dan dia menerima seadanya aku…Syukur Alhamdulillah….Mungkin ada  wanita lain yang nasibnya hampir sama dengan aku, masih keliru samada untuk berterus terang atau tidak bila dilemma ini yang menimpa…Cubalah untuk menjadi jujur kalau  si dia memang jodoh kita pasti dia akan menerima seadanya kita tapi andai sebaliknya memang antara kita dan si dia bukan tercipta untuk bersama…
Jangan  rasa takut untuk kehilangan kerana semuanya hanya satu pinjaman…Kerana  Allah selalu bersama kita dan tiada yang abadi melainkan DIA….


No comments:

Post a Comment