Wednesday 28 December 2011

MADU MEMANG MANIS TAPI.......




Macam semua orang tahu madu memang berkhasiat nak2 lagi kalau madu hutan kan…Manis n penuh khasiat antara khasiat madu ialah  mengembalikan kekuatan tenaga tak kira la tenaga zahir or batin, melancarkan perjalanan darah, awet muda, mencegah dari pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. Tapi AWAS jangan tertipu dengan madu tiruan coz khasiatnya tak sama dengan madu asli…Orang2 tua cakap kalau nak tau madu tu asli ker tak,juz letak kat  telur kalau nampak telur tu masak asli la madu tu…tak yah goreng telur lagi kan…hehe…

Tapi bukan pasal madu tu yang saya nak kupaskan…tapi sal madu 1 lagi ni…pa lagi…poligami  r,madu gak tu kan,walaupun saya ni tak pernah r kawen lagi tapi selalu jer dengar kisah sekeliling….madu ni kalau tersalah pilih pun boleh bawa mudarat tak kira la untuk suami or isteri…Cam saya dengar tadi kat dalam bas,driver bas pun ada banyak isteri,dah ada banyak isteri pas tu  ada aweks lagi..…wooooo…dahsyat2…Tu driver bas,kalau yang lagi kaya tak tau la macam mana “peel” laki ni kan..

Saya tak bermaksud nak kata bermadu ni salah tapi tengok keadaan dan sebab la jugak kan..kalau betul laki ni mampu n bertanggungjawab macam Salleh Yaacob tu…juz go on jelah..Tapi kena ingat jangan sampai madu yang diberi pada 1  st wife tu boleh mengundang perang dunia…masa tu dah tak der manisnya lagi madu ni taw…So pandai2 la memilih…sama macam pilih madu bukan yang TIRUAN…




.

3 comments:

  1. poligami nie memang tak salah, hukum Allah SWT. Yang menolak, means menolak hukum Allah SWT. Saya setuju dengan penulis, nak berlaku adil tue memang susah. Definasi adil sendiri sukar nak kita fahami, tambahan pulak nak bersikap adil.

    Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

    "Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

    i) Adil memberikan nafkah.
    Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
    Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

    ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
    Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

    iii) Adil dalam giliran.
    Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya;

    "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21)

    Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.

    Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;

    "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

    hanya yang betul² adil jer mampu berpoligami nie :)

    ReplyDelete
  2. thanks atas pendapat yang diberi...

    ReplyDelete