Thursday 29 December 2011

OOOPPPSSS HARUSKAH CINTA NI DITERUSKAN…???


Haruskah mengejar sesuatu yang tak pasti
Sesuatu yang bukan milik kita…….
Tapi andai takdir telah menentukan  segalanya
dia yang milik orang itu juga milik kita…..
haruskah  kita pasrah  dengan apa  yang berlaku????

Kebanyakan memang cuba mengelak kalau  mendampingi suami atau isteri  orang  dengan lebih dekat, cukup la sekadar  jadi kawan biasa….sebab kalau terlebih rapat macam2 leh jadi  nanti ,silap hari bulan  boleh tersangkut  tak pun menimbulkan fitnah…..kan dah susah….Tapi masalahnya sekarang, kalau dah kawen tapi dok perasan bujang lagi,tak ingat ada laki or bini and anak2…memang jadi masalah besar r….sebab  sekarang ni macam2 kes dah jadi  nak2 lagi  bagi perempuan yang selalu tertipu dengan lelaki yang kononya bujang or duda padahal dah kawen or masih kawen….Tuppp2 bila hati sudah suka baru la laki tu  nak ngaku yang dia sebenarnya dah kawen….. tak pun lagi teruk dapat tahu bila temberang dia dah pecah…memang mengecewakan…
Apapun  kalau perjalanan hidup seseorang memang ditakdirkan untuk  bertemu suami or isteri orang dan last sekali ada jodoh cam ner yer….ni untuk kes terpencil jelah…maybe bagi gadis ok r lagi sebab kalau   berjodoh  dengan suami orang dalam islam membenarkan poligami…tapi kalau lelaki yang terpaut dengan isteri orang  perlu banyak muhasabah n fikir sampai masak ranum la nampaknya….nak komen lebih2 pun  tak leh gak  sebab kalau dah memang sejak azali takdir  hidup seseorang tu macam tu….bertemu dengan milik orang lain  dan akhirnya berkawen, pastinya   mesti ada sebab tersendiri terjadinya semua tu and yang pasti Allah takkan menjadikan sesuatu dengan sia2 kerana semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya…..

Aku mendapat cerita ni dari seorang kawan kepada seorang kawan kepada seorang jiran kepada seorang sepupu dan bla2…….seorang gadis ni  memang kategori andartu la jugak kan around 30an , dia bukannya tak cantik tapi dah jodoh lambat sampai kan nak buat macam mana…at last dia bertemu dengan suami orang dan dia sangat2  sedar status laki tu. Pada mulanya hubungan diorang sekadar kawan sekerja tapi lama kelamaan hubungan  jadi makin rapat,gadis ni pun keliru habis la samada nak teruskan atau jauhkan diri bila laki ni dah luahkan perasaan  dan dia pun rasa apa yang laki ni rasa….Dipendekkan cerita takdir menentukan segalanya dia akhirnya nekad berkahwin dengan laki ni kat sempadan …setahun diorang berkahwin tanpa pengetahuan sapa2 termasuk family gadis ni..pa pun sampai bila nak simpan kan, bila rahsia dah bocor, wife pertama dapat tahu,naik hantu la  wife dia ngamuk bagai nak giler  and last sekali wife ke 2 ni diceraikan….Sedihkan…takder apa2 hak nak dituntut ya la status kawen kat sempadan….Tapi memang bagi pengajaran besar kat dia sebab  kawen tak mintak restu  n dia pun bersyukur sangat sebab  sepanjang perhubungan tu dia tak dikurniakan anak lagi , kalau tak macam mana  seorang suami yang tak der pendirian yang jelas nak bimbing keluarga dia….coz bila  wife pertama dia ngamuk  n ugut macam2 dia dah gabra n ikut jer cakap wife 1 st dia tu  sampai sanggup ceraikan  dia r , tapi bila dah sedar baru nak  gila talak masa tu dah takder maaf bagi mu….
Apa pun ini lah kehidupan…semuanya diluar jangkaan…Tapi kita boleh mengubah takdir hidup kita dengan selalu berdoa pada Allah agar ditemukan jodoh yang baik yang menerima seadanya dan mampu membimbing keluarga…InsyaAllah…

No comments:

Post a Comment