Tuesday 20 December 2011

I M SORRY I LOVE U.........

coretan aku....masa tengah boring2 kan......selamat membaca......


Farah terpana di saat  matanya terpandang satu susuk tubuh yang amat dikenalinya, insan yang telah mencuri hatinya suatu masa dulu,juga  insan yang telah menghancurkan hatinya……

“Saya rasa awak tak payah jumpa saya lagi lepas ni,mungkin ni jugak kali terakhir kita jumpa…”
“Eh apa kena awk ni,demam erk…”,Farah  cuba menyentuh dahi lelaki tersebut namun tangannya ditepis dengan lembut.
“Awak kenapa ni…?”
“Tak de apa apa……kita pun tak pernah ada apa apa kan,lagipun kita cuma kawan jaer”
“Yea…memang kita kawan….tapi saya ingat kita boleh jadi lebih dari kawan…..”
“Saya mintak maaf..saya tak pernah ada perasaan macam tu pada awak…Awak jangan salah faham dengan apa yang saya cakap dan  apa yang saya buat pada awak selama  ni..dan jangan jumpa saya lagi lepas ni…..Hanif terus melangkah  meninggalkan  Farah yang terpinga-pinga tidak mengerti dengan semua ini.
Itulah kali terakhir dia menemui lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya buat pertama kali dan begitu kuatnya bayangan cinta itu sehingga dia tidak dapat menerima sesiapapun hungga saat ini.Mungkin itu salah dirinya sendiri kerana dia sanggup bodoh untuk diperbodohkan bagi menaruh  cinta pada lelaki yang bergelar “playboy” seperti Hanif.Sudah berbuih mulut teman temannya  menasihati supaya berhati-hati dengan buaya emas keparat seperti Hanif tapi dia tak ambil pusing kerana hatinya  memang telah terpaut dengan  lelaki itu sejak pertama  kali terpandang wajah kacukan Belanda-melayu milik Hanif, ketika  itu dia menuntut  di tahun 1 dan  Hanif sudah menjadi seniornya di tahun 3.Malah sepanjang mereka bersama  dia amat selesa dengan lelaki itu…romantik,caring,cool,sangat understanding,anak yang taat,teman yang mesra dan yang penting tak mengabaikan waktu solat biarlah orang lain menganggap Hanif buaya atau apa tapi tidak bagi  Farah malah Hanif pernah membuat pengakuan berani mati padanya bahawa  zaman mudanya memang dia playboy tapi tidak dengan Farah,dalam erti kata lain Farah telah berjaya mengubahnya.…..So sweet….Farah juga bukan mahu menjadi “syok sendiri” tapi Hanif memang melayannya seperti  seorang kekasih dan mana mungkin kalau hatinya tidak terpaut  jika lelaki itu sering mengucapkan kalimah  “I Love U” takpun “I Miss U” dengan penuh romantik tapi dirinya sahaja yang malu-malu kucing untuk membalasnya.Tapi entahlah…hubungan mereka tak berpanjangan jua akhinya dan mungkin ada benarnya Hanif hanya cuba memainkan perasaannya.
       “Hey  Farah kau ni kenapa tercegat jer kat sini,nak jadi mak guard ker?”.Tersentak Farah seketika dengan sapaan temannya itu yang membawa dirinya  ke dunia nyata dan meninggalkan serpihan kenangan lampau.
“Emmm tak de apa,saja aku buat part time jadi mak guard,tunggu kau selalu ja buat janji melayu…lambat.”
“Hehehe…sorry sorry…Jomlah  aku dah lapar ni,aku belanja, kau kelaur duit bayar erkk..”,Maizatul teus menarik lengan temannya itu untuk mengikuti rentak kakinya menuju ke food court  di Berjaya Time Square itu tanpa menunggu jawapan daripada Farah.Setelah memesan makanan masing masing mereka mengambil tempat yang agak hujung dan jauh dari orang ramai,nak privacy la konon kan…
“Emmm Mai….kau tau  tak tadi aku nampak sapa…”,Farah mula membuka cerita setelah suasana sepi seketika.
“Sapa…??Aeron Aziz ker…Mana mana?”
“Isshh…kau ni agak-agak la  takkan si Aeron tu pulak yang aku nampak,kalau dia dah tak cukup lantai Times Square ni orang kejar dia tu,ya la pujaan malaya kan sekarang ni,lagi lagi kau tu macam dah gila bayang kat laki orang ja aku rasa”
“Emmm ya la…aku ni gila bayang kat laki orang…Dah tu sapa yang kau tengok ?..”,Maizatul memuncungkan mulutnya seperti itik yang  boleh diikat muncungnya itu sebagai tanda protes atas kekecewaan dan sindiran daripada temannya itu.
“Hanif..”
“Haaaaa..jantan tak guna tu, dari jantan macam tu baik aku jadi bini nombor 2 si Aeron tu…kau tak payah la nak menaruh harapan kat buaya macam dia tu.kau tak ingat ker apa dia dah buat kat kau…kalau tak ingat meh aku nak  flash back semula…dulu  masa kau nak final exam dia tinggalkan kau terkontang kanting, menangis dah macam orang mati laki.Nasib baik kau boleh lulus lagi,kalua tak  terpaksa jer  extend.”
“Aku tau..aku tak pernah lupa pun..baru ja setahun kan….”
**************
Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Setiap kali mendengar lagu Di saat aku mencintaimu nyanyian Dedali ,air matanya pasti laju meluncur ke pipi gebunya  dan semakin kuat ingatannya terhadap lelaki itu.Mana mungkin dia melupakan  semua kisahnya bersama Hanif,tempoh 2 tahun cukup membuahkan cinta di hatinya walaupun mereka tidak pernah mengisytiharkan diri mereka sebagai kekasih tapi setiap tingkah laku mereka menceritakan segalanya.Tapi kenapa mesti kau tinggalkan aku,aku amat terseksa bila kau pergi, dan aku perlukan penjelasan untuk semua ini….
**********
Farah begitu rindu pada udara nyaman di sini, kawsan bukit yang menuju ke Hulu Langat di mana pengunjung yang datang boleh melihat hampir keseluruhan Kuala Lumpur dari pandangan atas. Suatu  tempat yang menjadi saksi berputik dan gugurnya kelopak cinta dia dan Hanif suatu ketika dulu. Tiba-tiba gelora hatinya  berombak kencang bila seraut wajah yang cukup dikenalinya dikesan oleh  saraf optiknya yang samar samar ayam ketika waktu malam sebegini.Dia memang tidak silap lagi…Itu memang Hanif….
“Awak…..”
Hanif berpaling dan spontan  kakinya melangkah cuba meninggalkan Farah.
“Awak……jangan pergi dulu…saya perlu cakap dengan awak…”
Namun tiada sebarang reaksi  daripada lelaki itu dan kakinya terus mengatur langkah.
“Awak !!…Mohd Hanif bin Mohd Hasrul…Tolonglah jangan pergi….Jangan buat saya macam ni,apa salah saya…,”, rintih Farah dengan penuh sayu.
“Emmmmmm..apa lagi..?saya tak der apa nak cakap dengan awak.”
“Saya ada banyak benda nak cakap dengan awak…ke mana awak pergi selama ni?, saya cari awak di merata tempat,tapi semua tak tahu awak ke mana…Kenapa awak buat saya macam ni…kenapa..?”
“Kan saya dah kata dulu…jangan cari saya lagi….”
“Tapi kenapa……Saya sayangkan awak……”
Langkah Hanif terhenti di situ…”awak lupakan saja saya ni,kita tak ada apa apa pun dan tak mungkin akan ada apa apa..”
“Awak tipu..!saya tau awak pun masih  ingatkan saya,kalau tak kenapa awak datang sini….inikan tempat kita dulu….dah lama saya mengharap awak akan datang ke sini dan hari ni Allah dah makbulkan doa saya tu, awak muncul depan saya malam ni akhirnya…”
“IHmmmm…tukan dulu…sekarang kita tak lagi macam dulu…harap awak boleh faham…dan hati saya pun pada orang lain,jadi jangan ganggu saya lagi.”
“Pada orang lain…siapa..?? Sampai hati awak buat saya macam ni…”
Hanif terus pergi tanpa mengucapkan apa apa lagi,meninggalkan Frah yang terpaksa meratapi erti sebuah kelukaan….
*********
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam…Nak cari sapa ni dik?”
“Boleh saya jumpa dengan Farah Aliya,dia tinggal sini kan..”
“Masuk la dulu, nanti akak panggilkan dia yer..”
“Farah…ada orang nak jumpa kau ni..”
“Haaa…jumpa aku..?”
Pelik sapa pulak nak jumpa dia pagi hujung minggu sebegini, namun dia terus bangkit daripada menghadap lappynya itu dan menuju ke ruang tamu.Farah menjeling sekilas tamu yang tidak dikenalinya itu namun bila diimbas semula gadis itulah yang bersama Hanif tempoh hari,serentak dengan itu berderau darahnya tiba tiba…inikah gadis yang Berjaya mencuri hati Hanif dan datang memberi warning kepadanya supaya tidak mengganggu Hanif lagi tapi dia tak pernah mengganggu lelaki itu malah pertemuan tempoh hari cuma satu kebetulan…
  “Eh yang kau nak jadi patung tercegat kat sini apasal, orang nak jumpa kau tu”,  sergah Maizatul sambil membawa 2 mug berisi milo panas di tangan.
Farah membontoti  rentak kaki Maizatul menuju ke ruang tamu dan duduk bertentangan tamu yang tak diundang itu.
“Emmm korang berdua borak la dulu,ada kerja sikit nak kena buat erk.”
“Minum la dik air orang bujang jer.."
“Terima kasih kak..”
“Emmmmm..adik ni siapa yer?”,Farah membuka bicara setelah suasana sepi seketika.
“Sebenarnya saya ni ada hubungan dengan abang Hanif,akak kenal kan abang Hanif..?”
Hubungan …abang Hanif…sahlah memang perempuan ni la future wife Hanif teka hati Farah sendiri.
“Emmm…kenal..dia senior akak dulu..kenapa yer?...”
“Saya ada benda sikit nak cakap dengan akak  ni walaupun saya tau abang akan marah kalau dia dapat tahu saya jumpa akak,tapi saya dah tak sanggup lagi….”
“Cakap la apa dia…..”
***********
Terpana Farah melihat bingkai gambarnya yang memenuhi setiap sudut bilik ini,bagaikan muzium untuk mengenang jasanya pun ada…tapi kenapa keadaannya begini…kenapa Hanif……Kenapa begini permainan cinta yang dibuat olehnya…..Farah mendekati sebuah kotak  muzik yang amat dikenalinya,kotak yang berbentuk hati dan di dalamnya terdapat boneka kecil seperti pasangan kekasih yang berpelukan,di mainkan semula kotak muzik itu….
“Happy Birthday,ni untuk awak….hadiah ni tak mahal pun..tapi ikhlas dari saya..”
“Thanks sayang….saya bukak erk..”
“Emmm bukak la.”
“Saya bukak yea…..”, perlahan lahan Hanif membuka pembalut kotak tersebut dengan cermat.
“Emmm memang tak mahal pun..RM29.90,tanda harga pun ada lagi”
“Haaa…mana?….”
Cepat cepat Farah merampas hadiah tersebut dari tangan Hanif untuk melihat sendiri tanda harga tersebut,tapi seingatnya harga hadiah yang diberikan bukan RM 29.90..emmm mahal sedikit dari tu.
“Awak ni ,tipu saya….Mana ada tanda harga pun”
Farah mencubit perlahan lengan kiri Hanif dan spontan Hanif menjerit kecil
“Sakit la sayang….ni hadiah kedua yang awak bagi kat saya ker ni…”
“Padan muka..”, balas Farah sambil  menjelirkan lidahnya kepada Hanif.
“Ya la muka saya ni memang dah terlebih padan pun,hensem lagi kan…kalau tak,takkan awak tergilakan saya”
“Perasan !!”
“Cantik hadiah awak ni,boneka kecil ni melambangkan kita berdua ker..selalu berpelukan…tak boleh dipisahkan lagi kan walau apa pun yang terjadi…betul tak sayang..?”
Terus merah muka padam mukanya bila Hanif mengusiknya sebegitu dan tiada jawapan lagi yang harus diberi…speachless  katakana…hehehe..
“Kak Farah….Kak ok ker ni….
Farah  kembali ke dunia nyata tatkala mendengar suara Husna memanggil namanya.Farah cuma mampu menggeleng bagi membalas persoalan Husna sebentar tadi dan lantas memeluk tubuh kecil itu…dan empangan matanya seperti sudah pecah kini….
************
Wajah di hadapannya begitu pucat sehingga dia sendiri mungkin tidak mengenali kalau tidak diamati betul betul,malah tubuh itu turut dilingkari pelbagai jenis wayar dan tiub yang dia sendiri tidak tahu kegunaannya…
“Hanif,sayang…. kenapa awak tak berterus terang pada saya selama ni yang awak sakit….awak menghidap kanser otak…awak menghilang ke luar negara selama ni untuk berubat rupanya…kenapa awak tak bagitau saya…awak tau kan betapa saya sayangkan awak…saya terseksa bila kehilanagan awak….”
“Maafkan saya Farah…saya tak nak awak berharap pada lelaki yang cuma ada nyawa nyawa ikan macam saya ni,awak berhak dapat cinta dan lelaki yang lebih baik daripada saya,yang boleh menjaga dan melindungi awak sepanjang hidup awak…”
“Apa awak cakap ni,awak tau tak cinta saya hanya untuk awak..hanya awak…”
“Dah la awak tak boleh macam ni,awak patut terima kenyataan yang saya boleh mati bila bila jer,jadi jangan berharap pada saya lagi..”
“Senang jer awak cakap kan,awak tak faham pun perasaan saya..saya tak kisah awak sakit ker apa,saya akan jaga awak…saya nak selalu di samping awak,kalau boleh saya nak jadi bidadari  awak di dunia ni  dan di dunia lain sekalipun….”
“Awak tak boleh macam tu…masa saya pun dah dekat,satu yang saya nak awak tahu saya betul betul sayangkan awak….serentak dengan itu mata Hanif terpejam dan tangannya terkulai……
Hanif…Hanif…bangun Hanif….
Tolong!!!!......
*************
Farah menyiram pusara di hadapannya itu dengan air mawar setelah usai  membaca surah yassin dan dikirimkan doa kepada si mati agar roh ditempatkan di sisi orang yang beriman..Amin…
“Jom sayang…..hari pun ddah nak hujan ni…”
“Ok….”
Kedua dua pasangan itu berpimpinan tangan keluar dari tanah perkuburan  yang menempatkan jasad arwah ayah dan ibu Farah yang sudah lama pergi menghadap Ilahi.Farah dan Hanif kini sudah sah bergelar suami isteri,dan ini kali pertama Hanif  menjejakkan kaki di pusara ini.Memang satu keajaiban…masa Hanif belum samapai untuk menghadap Ilahi,malah dia juga bebas dari kanser yang membelenggunya selama ini..Mungkin inilah perjanjian Ilahi Hanif tercipta untuk menjadi pelindung Farah……

The End

No comments:

Post a Comment