Saturday 3 August 2013

DENDAM...SAMPAI BILA...??


Syawal hampir menjengah dan Ramadhan hampir melabuhkan tirai..Setiap kali syawal tiba pasti ada terselit suatu kenangan samada manis atau pahit dan mungkin juga syawal tahun ini ada yang menyambut "orang baru" dan ada juga yang menangisi kehilangan seseorang. Apa sekalipun hidup ini perlu diteruskan...


Memohon keampunan sangat sinonim apabila menyambut lebaran Aidilfitri ini. Namun bagi yang menyimpan dendam kesumat ungkapan tiada maaf bagimu mungkin sebagai balasan. Pasti ada kisah bagi setiap dendam kesumat itu tapi sampai bila harus menyimpan dendam ? Natijahnya menyimpan dendam turut mrngheret penderitaan yang tidak berkesudahan pada diri sendiri. Ini kerana selagi kita berdendam jiwa takkan tenang dan lagi teruk satu asid dikeluarkan daripada badan kita yang akan memberi mudarat dari segi kesihatan .


Jadi sempena Syawal ini atau kalau bukan bulan syawal sekalipun usirkanlah dendam kesumat ini, hulurkan kemaafan dan jadikan kemaafan adalah dendam terindah. Aku ada mendengar topik ini dibincangkan dalam rancangan Wanita Hari Ini yang dikupas oleh Dr Fadhilah Kamsah, menurut beliau nak beri kemaafan mungkin boleh tapi untuk melupakannya sukar namun haruslah sentiasa berdoa moga suatu hari InsyaAllah kalau dikenang sekalipun kita boleh tersenyum bila mengingatkannya.Jadi cubalah walaupun sukar sebenarnya….

No comments:

Post a Comment