Saturday 3 August 2013

KENAPA INI TERJADI

Manusia akhir zman itukah pengukur kita sekarang. Jika jawapannya ya jadi tidak hairanlah jika maksiat ialah santapan  paling menyelerakan sehingga ada yang mengetepikan individu yang dijamah itu kanak kanak atau nenek tua apa lagi mahu memikirkan pahala dan dosanya. Malah bukan itu sahaja,  mengorbankan nyawa tidak berdosa seperti membuang bayi  sudah menjadi  lumrah bagi remaja yang  terkandas daripada batasan nafsunya. Salah  siapakah ini ?

Ada  dakwaan mengatakan rosaknya seorang remaja adalah kerana kegagalan daripada sesebuah instiutusi kekeluargaan ?. Adakakah dakwaan ini boleh diterima sepenuhnya  ?.  Pada saya mungkin ada benarnya tetapi itu  bukanlah rumusan yang boleh diterima seratus peratus kerana rosaknya seorang remaja tidak semestinya  berpunca dari keluarga yang gagal mendidik seorang anak  tetapi wujud juga unsur luar yang membawa kepada tragisnya hidup seseorang . Logiknya di sini terdapat  juga  remaja yang datangnya dari keturunan atau keluarga yang baik baik seperti  daripada kalangan  orang yang beragama tetapi anak mereka masih gagal dibentuk menjadi insan yang cemerlang. Walhal ibu bapa telah memberi bekalan ilmu yang mencukupi di samping utuhnya rasa sayang dan cinta kepada anak tetapi jika anak  tersebut sudah sedikit dewasa dan berada di luar  pengawasan ibu bapa disebabkan belajar atau bekerja mereka  mula merasa kebebasan yang semakin melebar sehingga  mereka tidak sedar mereka telah terjerumus  dengan  kancah gejala sosial.

Justeru  itu, ibu bapa bukanlah punca utama kerosakan akhlak remaja kerana transformasi daripada  medium komunikasi dan maklumat turut   mempengaruhi tindak tanduk remaja . Jadi tidak hairanlah jika kecenderungan remaja terpengaruh dengan  unsur negatif  adalah sangat mudah kerana semuanya terletak di hujung  jari. Contoh yang mudah dewasa ini  laman sosial seperti facebook, tweeter, tagged, yahoo massager dan sebagainya menjadi medan untuk mencari kawan tetapi tidak kurang juga yang menyalahgunakan laman ini  untuk menipu bagi mrndapatkan wang dengan cara mudah dan lebih teruk lagi ada yang mencari mangsa untuk memuaskan nafsu. Bukan bermaksud  untuk menyalahkan media seperti ini kerana segalanya terletak di tangan pengguna itu sendiri  untuk menjadikan  medium sebegini sebagai pintu masuk  untuk penggunaan yang efektif.

Namun hakikat yang sebenarnya tepuk  dada tanyalah iman. Manusia jika dibandingkan dengan haiwan ialah pada akalnya, justeru  kita sebagai manusia yang dikurniakan akal tentu mampu berfikir unuk menilai sesuatu samada ianya baik atau sebaliknya. Jadi berpegang teguhlah pada tali Allah iaitu Al Quran sebagai  pautan dan   hadis  rasulullah sebagai  pengikat talinya supaya tidak mengikut rentak nafsu di samping memberi peluang kepada akal dan hati untuk mencermin peribadi. Insyaallah segala cubaan dan  ujian yang mendatang ditempuhi dengan penuh keredhaan.

No comments:

Post a Comment