Tuesday 27 March 2012

KISAH LALU.....




This is real story yang berlaku dalam masyarakat kita…Memang manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan nak2 lagi bila melibatkan kisah lampau kan.. Tapi dari kisah ni kita boleh ambil ikhtibar darinya….

KISAH 1
Perkahwinan atas pilihan keluarga sedangkan si  wanita dah ada pilihannya…Awal perkahwinan memang masih terbayang2 lagi kekasih lama sehinggalah membawa kepada ketelanjuran dengan kekasih lama  sampai  lahirkan anak yang  memang si wanita tu tahu bukanlah anak suami dia…..Masa terus berlalu anak pun dah besar and si wanita tu pun dah takder lagi skandal ngan  kekasih lama tu  dah insaf pun, dah  g umrah semua..Cuma husband dia still tak tahu  yang anak perempuan sulung dia tu bukanlah dari  benih dia…Sampai  masa anak perempuan ni nak kawen and for sure la si suami dia tak leh mewalikan anak dia..So si wanita  kena la berterus terang  jugak..Memang bila suami dia tahu  dah jadi macam perang dunia ke 3 la kan, apa pun demi anak2  and dah tu kisah lampau yang  dah berlalu pun so si suami pun maafkan la tapi tanpa pengetahuan anak2 la…Si ayah ni terpaksa pergi luar kawasan untuk membolehkan si anak tu guna wali hakim demi jaga maruah keluarga.So  takder sapa2 yang syak  la bila terpaksa gunakan wali hakim kan…..Apa pun mesti la sedih kan anak yang selama ni dianggap dari zuriat sendiri , dijaga sampai besar rupa2nya bukan anak sendiri pas tu dah nak kawen tak leh tengok lak anak tu kawen…

KISAH 2

Sorang wanita yang kawen pada usia sangat muda iaitu 14 tahun, yelah zaman dulu2 kan…Pas tu dapat anak laki  but at that time  suami dia meninggal and family dia susah and dia tak mampu nak jaga anak tu so terpaksa diserahkan anak tu pada orang lain yang dia sendiri pun tak kenal sapa orang tu (or lebih tepat jual la kan)  dan dia teruskan hidup di bandar and penah jugak kawen buat kali ke dua but divorce  pada usia dia 35 tahun.Pada usia dia 37, dia bertemu seorang pemuda yang berumur 22 tahun yang membawa kepada perkahwinan wanita tersebut buat kali ketiga dan perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak…Tapi tak sangka sebenarnya   perkahwinan mereka adalah perkahwinan terlarang  setelah mengetahui suaminya kini adalah  anak yang diserahkan  pada orang lain  suatu masa dulu…Mahu atau tidak perkahwinan mereka memang tidak boleh diteruskan..Sedih memang sedih  tapi itu saja jalan yang ada…..

Mungkin ada pelbagai lagi kisah TRAGIS  atas kesilapan lampau....Memang bukan mudah  untuk melupakan dan menebus dosa lalu namun selagi pintu taubat masih terbuka, selagi ruang masih ada…Cubalah untuk memperbaiki diri…
                                                                        

1 comment:

  1. wow,,memang tragis sgt cter2 ni.btol2 jadi?interesting!

    ReplyDelete