Saturday 17 March 2012

7 PETALA CINTA....

Satu filem  dakwah yang wajib ditonton!!..Memang menarik, penuh dengan mesej berunsur  keislaman..contohnya nak dating tu  takder la berdua duaan macam yang orang biasa buat, so kena ada teman sorang lagi..pas tu sebelum pilih calon tu buat solat istiqarah dulu…and  banyak lagi la mesej yang penuh bermakna yang  disampaikan..And cerita ni  berjaya  menghujankan mata aku yang memang senang sangat berhujan..hehe..

Memang cinta tak semestinya termiliki kalau dah takdir Nya tertulis  itu bukan jodoh kita….Itulah yang berlaku pada Hamka bila dia dipercayai terbunuh dan dilaporkan hilang dalam satu letupan yang berlaku di Yaman semasa tempoh pengajiannya di sana.Ini  menyebabkan tunangnya Saidatul Nafisa begitu sukar untuk melupakan Hamka sehinggalah hatinya mula terbuka  untuk Ahmad Fakarudin Attar sehingga la ibu bapa  Saidatul Nafisa ni nak jodohkan  diorang berdua..Masa tu la berlaku macam2 konflik  termasuk  la cinta 3 segi , 4 segi semua ada…Sampai la masa nak berlakunya  akad nikah antara Saidatul Nafisa ngan Attar ni tiba2 Hamka balik…teng3…Masa ni jugak la macam2 drama kelaur Attar nak serahkan semula Saidatul Nafisa kat  Hamka, Saidatul pun rasa bersalah giler sebab tak tunggu Hamka….Apa pun Hamka ni leh terima kenyataan dan  ketentuan dari Allah maka kawen la Saidatul  Nafisa ni ngan  Attar and Hamka da bagi hadiah Al Quran tulisan tangan dia yang sebelum ni dia nak bagi untuk  Saidatul Nafisa sebagai hadiah perkahwinan mereka..Hebatkan cinta Hamka tapi sanggup dia serahkan cinta dia pada  orang lain sebab dia tahu itulah ketentuan  cinta dari Allah.. Sebab sebesar 7 petala langit dan 7 petala bumi….di situ adanya 7 petala cinta….


No comments:

Post a Comment