Ya Allah hebatnya dugaanMu
Untukku sekelian kalinya
Tapi aku tahu Engkau Maha Pengasih
Engkau takkan menguji umat Mu melebihi kemampuan
Tapi aku rasa lemah untuk kali ini
Terasa lukanya begitu dalam
Terasa maruah diri dipersendakan
Dahsyatnya sandiwara manusia
Membuat aku tersungkur lagi
Jika memang aku harus dihukum
Atas setiap dosa aku
Aku redha
Aku pasrah Ya Allah
Biarlah ia menjadi karma dalam hidup aku
Jujur aku katakan
Aku sangat terkilan
Dengan sejuta janji manis yang ditabur
Namun semuanya hanya tinggal janji
Kenapa aku Ya Allah
Kenapa aku dipilih untuk diuji sebigini
Setiap kali aku jatuh cinta
Aku akan terluka
Adakah memang tiada cinta untuk aku?
Atau kerana aku belum cukup ikhlas mencintai diri ku dan diri Mu
Sehingga aku tidak layak untuk mencintaidan dicintai…
Apa pun Ya Allah
Aku mohon kekuatan dari Mu
Tunjukkan lah aku jalan yang benar
Agar aku tidak sesat dari titian Mu..
Apa jua takdir cinta dari Mu
Aku redha
Andai itu sudah tertulis dalam suratanMu….
Lagi pun Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian apabila Allah rindu akan umatnya...
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~

KHAS UNTUK KAUM WANITA DOA BERTEMU JODOH.....
No comments:
Post a Comment