Monday 26 March 2012

LAMARAN TERINDAH.....



Pengacara, Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi.
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.
Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

Itu cara Awal  dengan penuh romantik melamar Scha…Nampak memang so sweet sangat kan..Ada macam2 style lagi orang  nak proposed  kan…Ada yang sanggup berhabis duit and cuba aksi bahaya semata2 nak proposed jer Pada aku apa2 tindakan sekali pun memandangkan kita ni orang timur tebal dengan adat so antar wakil masuk minang, cara cam tu pun sweet jugak siap ada balas2 pantun lagi kan..




No comments:

Post a Comment