Monday 26 March 2012

KAHWINI AKU.....KAHWINI JUGA KELUARGAKU.....



Menuju ke alam perkahwinan bukanlah suatu yang mudah.Apabila bergelar isteri atau suami suatu tanggungjawab yang besar perlu dipikul.Kita bukan saja berkahwin dengan pasangan tapi sebenarnya juga perlu berkahwin dengan keluarga pasangan.So selalu la ringankan mulut  untuk berrborak  dengan keluarga pasangan termasuk mertua, biras,kakak and abang ipar, anak buah, sepupu , sepipit and semua anggota keluarga pasangan la.  kalau kita  nak jadi kekok  and  jadi “alien” dalam keluarga pasangan memang  akan mewujudkan satu masalah besar  la jawabnya. Satu lagi jangan setakat ringan mulut jer,  kena la  ringan tangan jugak , tolong apa yang patut, terutama pada kaum wanita rajin2 la masuk dapur tu nak2 lagi kalau family yang sangat mementingkan tradisi and village lifestyle…

Memang aku sendiri belum kawen tapi cerita alam perkahwinan ni dah jadi story yang  sangat lazim untuk dikongsi..Orang selalu cakap kalau dah kawen jangan tinggal serumah dengan mertua nanti  akan ada macam2 cerita tak best keluar even awalnya memang mertua yang tak  kasi pindah.Sebenarnya lagi baik kalau ada rumah sendiri kalau  tak sampai hati berjauhan pun cari2 la rumah yang dekat dengan parents tu and cuba belajar hidup berdikari sebab dalam islam turut tidak  menggalakkan pasangan  tinggal serumah dengan mertua KECUALI la ada alasan yang kukuh macam nak jaga  parents or mertua yang sakit.So sebelum berkahwin jangan hanya fahami  latar belakang pasangan kenali juga latar belakang keluarganya  agar   istana  cinta yang terbina tak runtuh  dilanda badai.....



No comments:

Post a Comment