Saturday 3 March 2012

BUKAN SEKADAR CINTA MUKA BUKU......




kita jumpa petang ni bleh tak…?


Itulah layangan mesej dating pertama yang dihantar oleh Syam buat aku..Gementar and takut memang la sebab kitaorang cuma kenal melalui facebook.kataorang cinta muka buku, akibatnya muka buku jer tengok tapi muka  tuannya tak pernah tengok lagi…entah macam muka pecah rumah ker apa tak taw…Tapi dari segi sikap dan perwatakan sepanjang 2 bulan perkenalan alam maya kami, Syam tak pernah  tinggal solat dan selalu mengingatkan aku tentang waktu solat…Tu memang aku respect, kata orang nak cari calon suami yang paling penting tak abaikan solat, yang lain tu boleh diubah tapi kalau dah dari awal pun  tak solat susah sikit la nak berubah kan…nanti tak silap hari bulan kakimu di mukaku  pulak…huhu.Dipendekkan cerita aku pun hari tu entah macam mana leh terima jer perlawaan dia untuk jumpa petang tu, yelah sebelum ni dah berpuluh kali aku tolak .Macam macam alasan aku bagi, sibuk la, hari ni nak keluar dengan member la, , kucing nak beranak la, jiran bawah rumah panggil kenduri la…Tapi hari ni aku dah tak nak tipu…So aku  jumpa dia…


Taramm… First time jumpa apa yang aku boleh rumuskan 1. tak ensem sangat, 2. Merokok, aku memang tak suka 3. Banyak sangat tanya itu ini sampai aku tak terjawab 4. Nakkan jawapan yang tepat dan jitu jer, kataorang kena ikut kehendak soalan tak leh nak melalut and 5. Emmmm agak serius, bukan jenis hooo haaa  sangat macam aku and geng2 aku atau bahasa mudahnya agak skema la…Tapi tak tau la  kalau tu cuma berlaku untuk pertemuan pertama dan mungkin  lepas ni boleh berubah…Manusia kan macam  ombak  dengan pantai, sekali ombak datang sekali pantai berubah, waaa berperibahasa la pulak aku ni….


Apa pun semakin hari hubungan kami makin rapat dan  bunyinya  macam dah berputik bunga bunga cinta jer..Aku tak tau sejak bila aku mula suka kat dia tapi aku rasa perasaan ni macam bodoh jer…merindui bila tak dapat dengar suara or berita dari dia, sometimes merajuk, cemburu bila dia saja2 nak main2kan aku kononnya dia keluar ngan pompuan lain la apa la padahal tak pun and mencintai dan rasa takut kehilangan…Maybe sebab aku tak pernah rasa perasaan macam ni sebelum ni, jadi sekarang inilah yang aku alami….Fuhhh serba tak kena hidup aku tapi mandi tetap basah , makan tu sepinggan mesti habis punyer  and tido  mesti la lena siap mimpi lagi…hehe.


Tapi  aku tak nak declair  pa2 dengan dia, takut akan kecewa, takut akan frust menonggeng macam kawan aku and takut untuk selalu dikongkong jadi aku memilih jalan untuk jadi kawan terbaik dia walaupun perasaan cinta tu memang ada.Tapi dia pernah cakap dia tak nak  macam ni jer, hubungan yang tak der kesudahan so dia tanya sudi tak jadi isteri dia and dia Cuma nak jawapan yes or no jer..Adoooiii susahnya, aku nak jawab bagi la masa dulu kan kita baru kenal.Tapi dia cakap masa kawin boleh kenal…buntu aku…yes or no yeaaaa??????

********




“Aku terima nikahnya  Suhaiza  bt Sulaiman  bermaharkan Al Quran tunai..”


“Sah”
Dengan sekali lafaz  kini  aku sudah bergelar isteri kepada Mohd Syamsul Bin  Rizal , air mata turut membasahi pipi ku, sedih  and takut bercampur gembira…sedih and takut  kerana zaman bujang aku kini  sudah berakhir dan aku perlu  memikul tanggungjawab baru dalam hidup aku dan gembira sudah tentu kerana  aku  dapat menjadi isteri kepada  suami yang menyayangi aku dan dapat  membimbing aku, InsyaAllah..Walaupun perkenalan kami   hanya  3 bulan  tapi biarlah kami  mengenali lebih mendalam selepas berkahwin kerana cinta lebih indah  untuk dikecapi  selepas melewati gerbang perkahwinan, itulah ungkapan suami aku..Kadang2 aku rasa tak percaya aku sudah menjadi isteri pada Syam tapi ini bukanlah mimpi dan aku harap perkahwinan kami akan  bahagia dan diberkati sehingga  ke hujung nyawa..InsyaAllah… 


No comments:

Post a Comment