Sunday 25 March 2012

SUDAH CUKUP SUDAH......


Kisah benar…Tiada yang benar melainkan benar2 belaka…
Setelah ditolak, ditambah, dibahagi dan didarab hubungan yang terjalin antara Mastura dan Maliek sudah masuk  5 tahun.Bukan tempoh yang singkat.Kalau kawen, dah dapat anak pun.Tapi sayang  langit yang disangka cerah rupanya gelap jugak bila dah malam..Hehe.
Mastura dapat tahu yang Maliek ada perempuan lain sebab bila  call tu asyik engaged jer pas tu nak ajak  dating pun dah susah and nak mintak tolong lagi la jangan harap…Bila ditanya kenapa berubah  and Maliek akan jawab dia sibuk, semuanya tu demi masa depan diorang jugak nanti.Mastura tetap cuba bersabar sehinggalah pada suatu petang, hujan turut dengan lebatnya dengan guruh sabung menyabung Mastura nampak dengan mata dia sendiri Maliek sedang berpimpingan tangan dengan seorang perempuan yang cantik lagi seksi.Kalau nak bandingkan dengan diri dia jauh nya macam api dengan  bontot kuali jer..
Hangin satu badan la Mastura masa tu.Diserang lah pasangan yang tengah  bermesra2 tu.
Abang sapa perempuan ni ha?Patut la bila Mas ajak keluar asyik cakap sibuk, bila call selalu engaged rupanya dok bergayut dengan betina ni.
What betina u panggil i.U sedar tak I ni siapa, I ni tunang Maliek and kami akan kawen tak lama lagi.
Haaa betul ker ni…?Sampai hati abang buat Mas macam ni.Mas dah berkorban segalanya untuk abang.Ini balasan abang untuk Mas…
Sudah la perempuan… Maliek dah tak der perasaan dengan u lagi sebab u perempuan yang takder class macam I ok.U takder pelajaran mana, setakat SPM jer..Pakai pun macam minah kilang..Opsss lupa u memang minah kilang pun kan..
Serentak dengan tu jugak tangan Mastura cuba menampar pipi perempuan yang mulutnya laser tu tapi sepantas kilat jugak Maliek menahan tangan Mastura daripada menampar pipi perempuan yang didakwa tunangnya itu.
Mas mulai hari ni jangan ganggu hidup kami lagi .kami dah nak kawen tak lama lagi.Kau memang tak layak untuk aku pun.
Itulah ayat terakhir dari Maliek sebelum mereka meninggalkan Mastura yang menangis tersedu sedan  sambil diperhatikan orang yang lalu lalang di Time Square dari tadi.Agaknya ada jugak manusia yang amik video sedih dia tadi pas tu masuk youtube..huhu

Lagu ni sangat sesuai la untuk melayari perasaan Mastura yang gundah gulana ni…


No comments:

Post a Comment