Monday 12 March 2012

MUNGKIN SUKAR UNTUK MELUPAKAN SI DIA SAAT DIA PERGI MENJAUH…

Yeaaa…mungkin pada mulanya kita akan enangis bagai nak giler bila break up dengan seseorang yang betul2 kita sayang…Bukan setakat menangis, ada yang sampai nak menyendiri, tak leh terima kenyataan dan lagi teruk  kalau dah berdendam dengan ex or orang yang menyebabkan berlaku perpisahan tu or lagi bodoh kalau nak bunuh diri.

Tapi hakikatnya tanpa disedari semua perkara tu ada hikmahnya…Hikmahnya mungkin kita akan jumpa yang lagi baik and  untungnya jugak kita  clash masa bercouple jer bukan  bercerai  masa alam perkahwinan…Trauma and tragis  bercerai ni lagi dahsyat dari  break up…So bawak2 la bertenang…Jangan nangis  untuk  perkara macam ni terutama bagi kaum wanita termasuk la aku…hehe
Apa pun banyak cara untuk tangani kesedihan ni…Contohnya…

Ø  *Dekatkan diri pada Allah  supaya diberikan petunjuk dan  tabahkan hati untuk hadapi dugaan.Banyak2 berdoa la yer…Kalau nak ngadu pun biar lah kita  ngadu pada Allah…kalau ngadu sesama manusia ni nanti jadi gossip panas sangat lak.

Ø * Banyakkan masa dengan kawan2 or family untuk buat aktiviti tertentu.

Ø * Bersenam  and beriadah.

Ø  *Ambil peluang untuk menjerit bagi hilangkan tekanan cara selamatnya karaoke la, masa tu nak sumbangkan suara yang sumbang, nak jerit sampai terkeluar anak tekak pun..lantak la.

Ø  *Pergi  bercuti untuk tenangkan jiwa yang kacau tu, tapi jangan la pergi tempat yang menjadi kenangan bersama dengan si dia tu, lagi parah jiwa nanti.

Ø * Buang, sedekah or jual jer barang yang si dia pernah bagi kalau rasa tak sayang la… kalau simpan  pun lagi  sedih bila tengok pemberian  si dia tu.. barang2 tu  termasuk la gambar si dia  dan gambar bersama si dia tu…Barang yang lepas jangan dikenang..

Ø  *Buat aktiviti yang  disukai.

Ø  *Cuba sibukkan diri dengan kerja di pejabat and rumah walaupun pada hakikatnya memang tak sibuk mana pun.

Ø  *Hindarkan diri  untuk mengunjungi tempat yang selalu  keluar time dating tu , kalau boleh  jalan yang pernah lalu bersama pun  tak yah  lalu kat situ kalau leh jumpa jalan altenatif la..hehe.

InsyaAllah  lama2  kita akan lupakan si dia walaupun ambil masa yang lama tapi sekurang2 nya bila buat perkara macam kat atas ni leh elakkan  pembaziran air mata..<<<SELAMAT MENCUBA…>>>

No comments:

Post a Comment