Friday 6 April 2012

3 HARI 3 MALAM DI TERENGGANU......

Assalamualaikum….Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 4 pun…cepatnya masa berlalu….Kali ni apa yang aku nak share kan ialah pasal kenangan di Terengganu..Walaupun ni bukanlah 1 st  time aku menjejakkan kaki ke sana tapi ada sedikit coretan dalam diari hidup aku..Tanggal 29 Mac  2012  aku and set2 Ganu  (housemates aku la) bertolak ke  Terengganu..Untuk hari pertama ni tak der aktiviti pa sangat juz makan n tido jer..zzzzzz…
Second day…Seperti yang dirancang kami  pergi  “panggilang” hehe, mesti setengah orang tak faham…Maksudnya  kenduri la…Location dia Setiu, diorang pun tak taw sangat jalannya, berpandukan peta yang  dicipta Liza kitaorang pun redddaah jer…Tup2 dah terlajak pun…huhu..makan buah langsat la kitaorang masa tu  (sesat)…Apa pun  Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi yang dituju…
 SELAMAT PENGANTIN BARU  4 KAK NOR  N SAIFUL...Walaupun aku tak der la kenal sangat diorang kan ..huhu..Apa pun  Semoga perkahwinan  yang baru ditempuh akan membawa kebahagian sehingga ke hujung nyawa...Amin....


Pas balik kenduri sempat kitaorang singgah di Pantai Ru 10 pekena sotong celup tepung and ikan celup tepung…Rasa nya not bad….



Third day….pagi tu just g pasar Kuala Berang beli makanan and barang dapur, makan2 and sempat tertido gak aku pas tu..hehe…Then siap2 lagi nak g Pasar Payang and Jom Heboh kononnnya…Tapi kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan…Atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan kami tak sempat pun nak g Pasar Payang coz kul 7 dah tutup nak g Jom Heboh tak taw jalan pulak..huhu.Jadi just balik rumah but sebelum balik sempat singgah ke  1 warung, kitaorang makan bihun sup…Rasanya emmm not bad la..Balik tu just kemas2 baju sikit and tido coz esok dah nak balik ke KL.
Walaupun kali ni tak sempat g banyak tempat macam Pasar Payang, Air Terjun Sekayu , Pantai Batu Buruk, Masjid Kristal and banyak lagi yempat menarik lain yang pernah aku pergi sebelum ni…But its ok Insyaallah ada peluang boleh g lagi orkkk…




No comments:

Post a Comment