Saturday 21 April 2012

CINTA TERUNA DAN JANDA.....


Salah ker kalau seorang pemuda berusia 23 tahun  ingin  berkahwin dengan wanita  berumur  40 tahun yang  jauh lebih tua darinya…Aku rasa tak salah, bukan nak buat maksiat, yang penting tujuannya berkahwin, menuju yang halal kan.Bukannya jadi kemestian  teruna dengan si dara  dan janda dengan si duda..Sedangkan rasulullah sendiri berkahwin dengan  Khadijah  pada usia baginda 25 dan Khadijah sudah berumur 40, langsung tak menjadi kesulitan…

Tapi itulah segelintir masyarakat  kita selalu memandang serong bila ada lelaki muda yang mahu berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua…Pelbagai spekulasi negatif dan tomahan dilemparkan..Kononnya mahu mengejar harta, mahu ambil kesempatan, kena sihir dan entah apa lagi kata kata kesat masyarakat bila aku mahu berkahwin dengan Murni  seorang janda anak 2.Bukan setakat masyarakat, mak  aku sendiri bagai nak gila bila dia dapat tahu aku nak berkahwin dengan Murni, apa tak nya pada mak, itu musuh ketat nya.Mak selalu kata  “Murni tu  selalu cuba goda ayah, bukan setakat ayah,  suami orang lain di kawasan ni pun nak di godanya” dan bila mak dapat tahu aku nak berkahwin dengan Murni  antara ayat mak ialah “dah tak dapat bapak, anak pun nak rembat jugak, dasar betina gatal tak sedar diri !”. Berasap la aku masa tu, terus aku pecut kereta keluar dari rumah,nak  menjawab lebih lebih tak boleh, apa pun itu mak aku..

Pada Murni jugak la aku mengadu segalanya, dan hanya dia yang mampu menenagkan aku sebab tu aku sayangkan dia..Sama seperti Khadijah yang selalu menjadi penenang pada rasulullah, dan kerana itu aku begitu berharap biar Murnilah yang dicipta dari tulang rusuk aku walaupun hakikatnya dia pernah berkahwin sebelum ini.

Memang sukar untuk melembutkan hati mak tapi aku tekad tetap akan berkahwin  dengan  Murni, dan pernah aku mengajak  Murni untuk berkahwin tanpa restu ibu bapa aku. Lagipun  Murni memang takder sapa kat dunia ni selain anak anak dia dan coming soon ialah aku. Jadi tak perlu dia dapatkan restu sapa sapa kecuali anak anak dia jer, tapi aku sendiri sudah begitu mesra dengan anak annak dia yang berumur 15 tahun dan 12 tahun dan pastinya mereka sudah mampu menerima kehadiran aku..Bila aku sebutkan berkahwin tanpa restu ibu aku, dia sama sekali berkeras dan tidak bersetuju..katanya apa sekalipun  dia tetap akan dapatkan restu sebelum berkahwin dan itu yang membuat aku begitu menghormati caranya.Dia wanita yang kuat, walau pelbagai tomahan dan hinaan yang dilempar oleh mak, dia tetap mahu mengambil hati mak sehinggalah satu saat bila mak terlantar di hospital akibat ketumbuhan di perut, dan Murni lah yang selalu menjaga mak…

Inilah hikmahnya, mak sedikit demi sedikit mula menerima Murni tapi biasalah pandangan masyarakat bukan mudah untuk diubah.Itu tidak penting yang penting mak sudah merestui  perkahwinan kami dan aku sangat bahagia dengan  istana cinta yang terbina  dan kami pun sudah dikurniakan sepasang kembar  hasil perkahwinan ini..Syukur Alhamdulillah…

No comments:

Post a Comment