Sunday 15 April 2012

DUNIA SEMENTARA YANG TIDAK ADIL


Kalau ada orang cakap dunia ni zalim, dunia ni  tak adil pada diri mereka atau nasib mereka paling malang di dunia…Mungkin mereka salah…Kerana nasib aku  sentiasa buruk saat aku lahir hingga kini…Kalau difikirkan mengapa aku mesti dilahirkan  kalau memang kehadiran aku tidak diperlukan?untuk apa aku dibesarkan kalau hidup aku hanya untuk dicaci?

Tanggal 3 Jun 1989 aku dilahirkan ke dunia dengan  penuh penyesalan dan kebencian oleh insan yang bergelar ibu yang aku sendiri tidak sempat melihatnya..Pada dia kehadiran aku memang tidak diinginkan sama sekali, kehadiran aku menyusahkannya dan memusnahkan masa depannya..Kerana aku anak yang tidak halal pada mata masyarakat, anak haram!!Aku tak tahu siapa ayah aku  tapi menurut cerita mak long yang terpaksa membesarkan aku  selepas ibu membunuh diri ayah aku ialah teman lelaki ibu aku, tapi dia tidak mahu bertanggungjawab bila perut dah memboyot dia pun cabut lari dari kampung.…Nasub bu memang malang  tapi tindakan ibu memang bodoh menyerah tubuh pada laki seperti itu dan mengambil nyawa sendiri hanya kerana tidak tahan dengan cacian orang.Sekarang malang itu menimpa aku, rumah mak long bagai neraka, sepanjang aku dijaga oleh keluarga itu aku langsung tak mendapat setitis kasih sayang pun yang aku dapat hanya  lemparan hinaan, seksaan, didera, disepak terajang tanpa belas kasihan  dan disuruh buat itu dan ini  bagaikan hamba abdi. Sebenarnya yang lebih teruk tanpa sesiapa pun tahu hidup aku telah hancur saat pak long telah merogol aku dan mengugut aku  jangan beritahu sesiapa, bukan sekali aku diperlakukan begitu, terlalu kerap bila ada peluang saja, bila tiada sesiapa di rumah pak long pasti mengambil kesempatan ke atas aku…Kalau aku bagitahu mak long sekalipun  mustahil dia akan percaya..Walaupun pak long bukan suami yang baik tapi mak long sangat taat pada suaminya itu.Bukan aku tak pernah terfikir untuk lari dari kehidupan itu, tapi ke mana aku boleh pergi tanpa wang malah kad pengenalan aku juga dipegang oleh mak long.Tak der siapa pun yang ambil pedulu tentang aku, yelah aku kan anak haram memang layak umtuk diperlakukan begitu. Orang kampung jugak memang tidak suka dengan keluarga mak long kerana terlalu banyak kisah buruk dari baik dalam keluarga ini.Pak long memang kaki judi, Along gangster dan akhirnya dijerut di tali gantung kerana membunuh orang, angah bohsia kampung… ke hulu hilir dengan lelaki.Jadi atas setiap kelemahan itu aku akan menjadi mangsa amarah mak long, aku yang akan disepak terajang olehnya.

Pada usia aku 17 tahun satu lagi sejarah hitam menempa dalam  kamus hidup aku bila  aku menjadi tebusan  atas hutang yang ditanggung pak long. Aku tahu ini rancangan pak long, mak long langsung tak tahu apa apa, pak long cuma kata akan bawa aku ke Kuala Lumpur sebab  nak suruh aku kerja cari duit untuk keluarga ni dari aku duduk rumah menghabiskan beras. Tapi aku di tipu hidup hidup kerana aku sudah di dalam tangan seorang bapa ayam.Lebih teruk pelanggan pertama yang diberi pada aku seorang tua yang perut nya buncit  dan rambut memutih yang layak aku panggil atuk.Dengan tenaga yang masih tersisa aku berjaya menolak  orang tua keparat itu dan aku berjaya memboloskan diri dari mereka..Namun semasa aku melarikan diri  aku tak sedar ada kereta yang bergerak laju dan melanggar tubuh aku tercampak entah berapa jauhnya..Saat itu aku mengharap biarlah aku mati agar semua seksaan aku berakhir walaupun aku sedar aku langsung tiada bekalan untuk ke alam lain….
Sangkaan aku meleset sama sekali…Bila aku bukakan mata baru aku tersedar yang aku berada di hospital bukan syurga atau neraka…Orang yang melanggar aku cuba untuk bertangungjawab atas kesalahannya walaupun pada hakikatnya bukan salah dia.Aku mula berasa lega kerana aku bebas  dibayangi  mak long, pak long, bapak ayam dan semua yang  mengusutkan fikiran aku…Tapi ke man aku nak pergi selepas ini, fikiran aku buntu. Arif, orang yang telah melanggar aku berjanji akan menjaga aku.Dia membawa aku pulang ke rumahnya, memang orangnya agak kaya malah dia pula tinggal berseorangan di rumah, aku mula berasa sangsi, mungkin dia sama saja seperti pak long akan mengambil kesempatan pada aku, tapi aku silap dia tak pernah memperlakukan aku seperti yang pak long lakukan.Sudah sebulan aku di sini  dan aku mula berasa bahagia dengan layanan yang diberikan Arif, dia sangat penyayang dan menghormati aku.Pernah aku bersuara untuk keluar dari  rumah itu dan seterusnya  mencari kerja tetapi dia melarang aku  dan meminta aku untuk berada di rumah sahaja dan menjaga makan minumnya saja dan itulah yang aku lakukan selama sebulan ini.

Pada suatu hari , Arif meminta pertolongan aku untuk menghantar  satu beg yang di dalamnya terdapat  dokumen penting, katanya dia tidak dapat menghantar dokumen tersebut kerana ada urusan luar. Sudah tentu aku sanggup sahaja kerana mengenangkan budi yang telah diberikan pada aku sebelum ini. Arif  cuma memberi  arahan kepada aku untuk bertemu pelanggan yang dimaksudkan  di suatu tempat yang agak mencurigakan iatu di sebuah lorong sunyi, aku bertanya kenapa tapi Arif cuma berkata ini dokumen penting kerana itu tempatnya perlu tersorok jadi aku hanya mengikut sahaja.

Pada hari itu aku  telah menghantar  beg yang dikatakan ada dokumen penting kepada pelanggan Arif. Tapi entah di manan silapnya dan apa salahnya tiba tiba aku diserbu POLIS!! Aku  dan pelanggan Arif itu dicekup. Saat itu aku terasa aku begitu bodoh kerana  benda yang dikatakan dokumen penting itu ialah dadah. Kenapa aku tidak membuka terlebih dahulu sebelum menghantar, kalau tak sudah tentu nasib aku tak  jadi sebegini.

Memang nasib aku malang sehingga kini!! Sekarang aku hanya menunggu hari untuk ke tali gantung atas kesalahan yang bukan dosa aku!! Aku tak tahu ke manan Arif pergi, yang pasti memang dia begitu ARIF  memperbodohkan aku.Dari aku lahir hingga menanti hujung nyawa aku berakhir hidup aku cuma dipenuhi penderitaan…Kalau dulu mak gantung bunuh diri sekarang aku pulak akan kena gantung.Tapi sepanjang aku di sini aku  telah diberi bekal sebelum aku mati… Aku di ajar tentang agama, solat, baca Al Quran yang sebelum ini langsung aku tak dapat.Jadi aku hanya salahkan takdir, sesal dengan nasib aku.Tapi hakikat sebenarnya ini takdir hidup aku, Qada’ dan Qadar untuk aku.Jadi aku hanya redha.
Harinya  telah tiba….Hari hukuman untuk aku..Tak dapat aku nafikan tubuh aku menggeletar, perasaan takut yang teramat sangat, apa tak nya aku sudah tahu saat kematian aku. Aku terlebih dahulu sempat untuk solat sunat taubat, begitu panjang doa aku kali ini  berserta sendu yang tak dapat dibendung.Nama aku dipanggil kerana masanya telah tiba, tangan aku digari dan aku dibawa ke tempat hukuman…Saat itu aku hanya ingat Allah, jantung aku berdegup kencang kerana ketakutan yang memuncak.Saat tali gantung dijerut ke leher aku, aku sudah mengucapkan dua kalimah syahadah…Selamat tinggal dunia yang sementara dan aku mengharap aku akan mendapat dunia yang lebih baik di sana…

*******
Assalamualaikum mak long…

Mungkin saat mak long dapat surat ni  Aya dah tak der kat dunia ni lagi.Aya tahu mak long tak suka Aya, mak long benci Aya tapi Aya nak terima kasih banyak banyak kat mak long, sebab kalau bukan mak long yang jaga Aya , entah apa nasib Aya kan.Aya faham kenapa mak long selalu pukul Aya, selalu marah dan hina Aya, sebabnya mak long pun selalu kena hina dengan orang kampung kan..Aya bangga dapat mak long macam mak long, mak long kuat hadapi hidup ni, walaupun pak long buat macam macam kat mak long dan sebenarnya dah   buat macam macam kat Aya jugak tapi Aya dah maafkan pak long. Sekali lagi Aya nak ucap terima kasih sebab jaga Aya dan Aya  nak  mintak maaf banyak banyak sebab menyusahkan mak long dan mungkin sekali lagi orang akan hina mak long bila Aya kena gantung tapi Aya berani bersumpah atas nama Allah Aya tak bersalah.Aya sayangkan mak long…Mak long jaga diri yea…

Yang Menyayangimu,
Suraya Bt Abdullah.

No comments:

Post a Comment