Wednesday 25 January 2012

DASAR ANAK DERHAKA…!!!!!


Issshhh  orang tua mana yang tunggu depan pintu pagar kita ni, pengemis la tu, u pergi la halau dia kejap…
Isshh u jer yang  pergi halau dia I tak nak la.
Rina, kan I tengah drive ni, u la pergi turun.
Rina turun dengan terpaksa, hatinya gundah gulana  sekali untuk menghalau orang yang dikatakan pengemis itu
Belum sempat apa apa lagi orang tua yang dikatakan pengemis  itu datang kepadanya dan cuba memeluk dirinya dengan cepat dia menolak orang tua tersebut..
Eh apa ni  gila ker nak peluk peluk orang, tengking Rina dengan kasar.
Nakkkk, mak rindu dengan kau, kenapa dah lama kau tak balik ye nak, dah setahun lamanya..
Hoi gila ker, aku bukan nya anak kau, mak aku dah mati, bila masa kau jadi mak aku ha …??tengking Rina lagi.Rina sempat menoleh kepada Syikin yang  berada di dalam kereta dan sudah membunyikan hon berkali kali memberi isyarat supaya Rina cepat menghalau orang tua tersebut.
Hoi orang tua kau sebenarnya nak duit kan tak yah la nak  kata aku anak kau pulak kan,Nah ambik duit ni tukas Rina dengan kasar  sambil menghulurkan sekeping not RM 50.
Rina kenapa buat mak macam ni nak, mak bukannya nak duit mak cuma  rindu dengan kau…Rina…Rina…
Rina cepat2  membuka pintu pagar  tanpa mempedulikan rayuan perempuan tua tadi dan memberi isyarat kepada Syikin untuk masuk.Namun si pengemis itu tak henti2 merayu…..
Mak tak nak duit, mak cuma nak kau Rina..Mak rindu kau nak, luluh sekali suara orang tua itu merayu pada Rina.
Hoi Rina apa lagi yang tak selesai tu?
Entah  la orang tua ni,salah cari anak dia sambil menutup pintu pagar Rina terus berlalu….
Rina…. jangan buat mak macam ni nak..
Ehhh macam mana dia boleh tahu nama u pulak ni?

Errrrr  tadi dia sebut nama anak  dia Siti pas tu i cakap i bukan Siti,I  Rina and now dia sebut nama I pulak, giler  betul orang tua tu, bohong Rina.
Emmm kesian yer, apa la anak dia tu  mak dia sendiri pun dia  tak boleh nak jaga, padahal mak dia dulu mesti dah bersusah payah besarkan dia, rungut Syikin sendiri.
Rina terkedu dengan kata kata Syikin itu,tiba2 kotak fikirannya seperti  ada paparan skrin yang  mengimbau kisah2 lalu siapa sebenarnya dirinya…….
Mak, nanti bila Rina dah keja nanti Rina akan  buat rumah baru , belikan baju baru, beli emas untuk mak dan apa2 la mak nakkan.. kesian  mak tak pernah dapat semua tu, rumah kita ni pun teruk kan bila hujan jer, habis basah sebab atap bocor..
Tak payah la Rina…mak tak perlukan semua tu mak cuma nak anak mak yang sorang ni berjaya tu ja harapan mak sebab itulah amanah arwah ayah, tapi bila Rina dah kerja tu jangan lupa mak, mak bukan nak duit mak  cuma nak anak mak ni selalu jenguk  mak kat kampung ni, tu dah cukup nak mengubat rindu mak.
Mak jangan risau la, lagipun Kl dengan  Muar ni bukannya jauh sangat pun, nanti tiap2 minggu Rina balik yer….
Itulah janji Rina sewaktu dia ingin memulakan zaman  pengajiannya nya di menara gading, namun semuanya tinggal janji kosong sahaja, bila dia mula bercampur dengan anak2 orang kaya dia mula takut dan berasa malu  kalau nanti kawan2 nya itu akan   meminggirkan dirinya seandainya mereka  tahu siapa sebenarnya dirinya.Kalau dulu memang dia masih pulang ke kampung kerana tiada hala yang ingin dituju semasa cuti semester tapi selepas bekerja dia langsung tidak  menjejakkan kaki ke teratak buruknya itu meninggalkan ibu yang tua keseorangan.Timbul rasa bersalah tiba2 dan terasa dirinya memang seorang anak derhaka!!.Cepat2 dia  ingin menerpa kepada perempuan tua yang dikatakan pengemis tadi.Saat itu perempuan tua itu sedang cuba melintas jalan  dan tanpa  disedari sebuah kereta sedang memecut laju dan Bangggggg..!!
Perempuan tua tadi tercampak jauh dan  darah berlumuran di seluruh badannya.
Makkkkkk!! Rina terus berlari kepada perempuan tadi  tanpa mempedulikan sesiapa lagi.Mak ampunkan Rina mak, Rina banyak buat salah pada mak, Rina dah mungkir janji, namun tiada lagi bicara yang keluar dari bibir yang sudah pucat lesi itu…Makkkkk jangan tinggalkan Rina…
Makkk..makkkkk…mak tak boleh tinggalkan Rina, Rina tak sempat mintak ampun dengan mak lagi,Rina banyak dosa dengan mak.
Ehhh bangun  apa ni ha terpekik macam ni..?
Rina terasa badannya digerakkan oleh seseorang dengan agak kasar dan bila dia tersedar  orang itu ialah maknya…Dia keliru tapi cepat2 dia memeluk  tubuh ibunya itu.
Mak…mak…mak..ampunkan Rina…Rina sayang mak…..



Hoi dah buang tabiat ker…?Bangun pergi solat Asar dah pukul berapa ni , entah mengingau buat dosa apa ni? Cepat bangun!
Ha mengingau…???Aku mimpi ker ingatkan betul2..Hehe.. Jadi aku bukan la anak derhaka…Cuma mimpi jer….

No comments:

Post a Comment