Wednesday 18 January 2012

MENCARI DAMAI DI HATI……

Masa tengah tension and rasa stress sangat tu cuba tengok sesuatu yang menenangkan..Orang cakap tengok la..
1.           Kaabah


Inilah arah sujud kita saban  hari, Kaabah mempunyai tekanan graviti yang tinggi dan mampu memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.Malah graviti  yang tinggi menghasilkan pengaruh elektron sehingga mampu meningkatkan kekuatan dalaman dan menjadi lebih bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak berputus asa dan  mahu terus hidup .Jadi selalu la tengok kaabah walaupun hanya gambar or di sejadah tempat sujud kita kan…yelah nak pergi kat sana entah bila dapat peluang tu …Tapi InsyaAllah suatu hari nanti nak jugak  jejakkan kaki ke  sana…
2.           Wajah  ibu dan ayah
Pandang muka mak ngan ayah kita pun leh dapat pahala taw..Mereka lah insan yang dah banyak berkorban untuk kita. kalau bukan disebabkan mereka kita takkan berada di tempat di mana kita berada sekarang..Walaupun wajah kedut dengan urat2 tua yang melingkari mereka and rambut yang memutih di kepala..Tapi itulah hero dan heroin kita sebenarnya..Jadi sayangi n hormati mereka, n selalu pandang wajah mereka…Kalau  diorang jauh letak la picture diorang dalam phone kan, takkan asyik nak letak picture gf or bf jer….
3.           Pantai
  Bagi aku  bila tengok pantai rasa memang menenangkan….Dengan deruan ombak  dan  pandangan  yang luas terbentang tu menunjukkan betapa kerdilnya kita sebagai manusia dan hebatnya Allah swt..
4.           Wajah bayi

Bila tengok bayi kita boleh rasa tenang sebab bayi  ni kan masih suci, selalu dilindungi malaikat.So bila parents yang penat balik kerja tu pas tu dukung n layan la anak tu, InsyaAllah hilang semua tekanan  kita sebelum tu…


Apapun dalam  keadaan tertekan tu…lagi elok kalau kita lagi dekatkan diri pada Allah n mintaklah padaNya kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi maha Mendengar….

No comments:

Post a Comment