Sunday 15 January 2012

CARA MUDAH NAK DIET

Islam menggalakkan umatnya untuk menjaga kesihatan,kerana tubuh yang sihat  membolehkan kita sentiasa cergas dan cerdas untuk mencari rezeki.Lagipun kalau kita mengambil makanan secara berlebihan  nak buat kerja pun jadi malas kan, sebab tu rasulullah berpesan berhenti sebelum kenyang…tapi mesti la susah nak buat macam tu kan. So kat sini ada cara  mudah nak berdiet :
1.       Katakan boleh!!
”Aku Boleh turunkan berat badan!!”, lagi elok kalau letak target berapa kilogram  yang ank  dikurangkan.
2.       Setiap pagi ,jadikan sarapan tu sesuatu yang WAJIB.
3.       Sebelum mengambil sesuatu makanan semak dulu gizinya.
 Pastikan kurang lemak,kurang gula dan kurang garam.
4.       Elak diet sementara.
Macam kawan aku sorang ni  siap buat jadual, tengah hari, petang-minum air suam jer…air suam la sangat…bertahan la 2 hari ja…Kata orang hangat2 tahi ayam jer..
5.       Makan dengan teratur.
Pastikan ikut jadual makan, dan lagi elok  jangan makan malam lewat dari pukul 8.00pm.
6.       Banyakkan pengambilan serat seperti sayur sayuran dan buah buahan.
7.       Pilih makanan yang menyihatkan.
Kurangkan makanan  yang diproses seperti mee segera.
8.       Selalu bersenam.
Sekurang2nya 10 hingga 20 minit, 2-3  kali seminggu.
9.       Jangan biarkan diri selalu mengunyah pada waktu malam.
10.   Banyakkan pengambilan protein
11.   Jadikan orang sekeliling anda sebagai sumber inspirasi.
Terima nasihat dari orang lain,kalau dah 10 orang asyik tegur kita ni gemuk….sendiri maw ingat la kan….n cuba la contohi orang yang maintain jer badannnya tu,tiru la macam dia….
12.   Catat setiap kadar penurunan berat badan.
13.   Banyakkan minum air putih.
 Seelok2nya 7-8 gelas sehari.

SELAMAT MENCUBA…

No comments:

Post a Comment