Friday 6 January 2012

SEBAB SEBAB GANGGUAN JIN

Tanpa kita sedar ada amalan kita seharian yang boleh membawa kepada gangguan jin.Antara sebab berlakunya gangguan jin ialah:

1.      Lalai untuk mengingati Allah dan melaksanakan perintahNya.
2.      membuang sampah atau sesuatu  benda di tempat tertentu tanpa menyebut nama Allah.
3.      Membunag sesuatu yang membahayakan atau menyakiti jin seperti menyiram air panas di dalam lubang tanpa menyebut nama Allah
4.      Wanita yang bersolek  dan  keluar malam sehinnga mengabaikan solat.
5.      Wanita yang tidak sempurna mandi hadasnya kerana terdapat sesuatu yang menghalang seperti make up.
6.      Manusia yang mengalami perasaan  terlalu sedih atau terlalu gembira sehingga melupakan Allah.
7.      Membuang air kecil atau besar di tempat tinggal jin seperti di hutan,dalam lubang , busut jantan dan sebagainya tanpa meminta perlidungan dari Allah.
8.      Melanggar atau lupa adab apabila memasuki sesuatu tempat seperti gua,hutan, pantai, bukit dan sebagainya  tanpa meminta perlindungan dari Allah.
9.      Banyak melakukan perbuatan kufur, maksiat dan kemungkaran sehingga dibenci oleh Allah dan memudahkan  jin untuk mempengaruhi jiwa,  perasaan dan perbuatannya.
10.  Ada manusia yang  sanggup berkahwin dengan jin,apabila  individu berkenaan  tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya , jin tersebut akan mengganggunya.
11.  Setiap manusia didampingi oleh jin bernama Qarin.Apabila seseorang lemah imannya serta melupakan Allah dan mengingkari ajaran Nya maka mudahlah untuk Qarin mempengaruhi seseorang sehingga melakukan sesuatu yang sia sia.
12.  Ada manusia yang lupa diri dengan kemampuannya sehingga mencabar jin untuk berlawan dengan nya dan kononnya dapat menghapuskan jin  itu dengan mudah.

Semoga  apabila kita selalu mengingati Allah dengan  melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan Nya dapat menghindari kita daripada gangguan dan godaan jin. InsyaAllah…..

No comments:

Post a Comment