Saturday 14 January 2012

SAHAM AKHIRAT



Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima kerana dalam Al Quran juga menyebut:
“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas  ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. ( Al-Baqarah : 261 )
Jadi tak rugi untuk menjadi pemurah kerana rasulullah saw sendiri telah bersumpah tidak akan  berkurang harta seseorang apabila selalu bersedekah kerana ia akan menjadi saham akhirat untuk kita kelak.Apa pun sedekah lah dengan seikhlas hati  iaitu:
*tidak mengungkit2 pemberian itu, kerana pahala sedekah yang diungkit itu akan hilang.
*tidak menyakiti hati orang yang meminta sedekah seperti berkata yang buruk dan menghina  orang yang meminta itu , kerana walaupun pemberi tersebut memberi  tapi kalau si penerima sakit hati, takkan dapat pahala dari pemberian tersebut.
Terdapat juga waktu sedekah  yang digalakkan. Ini ditanya  oleh para sahabat kepada rasulullah dan rasulullah menjawab sedekah yang lebih aula (utama) ialah:
*Sedekah yang diberi semasa sihat.
*sedekah sewaktu  takut akan menjadi miskin. Contohnya duit di tangan cuma ada RM 50,tapi bila ada  orang lain juga yang memerlukan hulurkanlah setakat yang mampu…
*Sedekah sewaktu rasa akan menjadi kaya.
Kita tidak semestinya bersedekah  dari kesemua harta kita, tapi cukuplah dari  sesuatu pemberian yang sedikit tapi penuh keikhlasan jika dikumpul nilainya amat besar.Cuba bayangkan jika hanya RM 10 dari seorang muslim disalurkan ke dalam tabung untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan, jika dalam komuniti tersebut ada 5000 orang maknanya  sebulan boleh dapat RM50,000…kan elok macam tu…

No comments:

Post a Comment