Tuesday 17 January 2012

WARKAH UNTUK MAK DAN AYAH..


Mak.....Ayah...maafkan aku....aku bukanlah anak kebanggaan..aku selalu  mengecewakan mak dan ayah...aku anak yang degil yang tak pernah  mendengar nasihat,yang selalu memberontak bila kemahuan aku tak dipenuhi..
Saat aku berumur 6 tahun aku selalu merengek dan menangis untuk meminta dibelikan mainan walaupun pada mulanya mak dan ayah tidak mahu menuruti tapi aku terus  menangis sekuat hati sehinngga ayah terpaksa untuk membelinya..
Bila aku berumur 7 tahun aku memulakan zaman persekolahan dengan girangnya bersama baju,kasut dan beg baru yang ayah terpaksa sediakan kerana aku mengugut “kalau tak der baju baru, kasut baru,beg baru...semuanyalah adik nak yang baru,kalau tak der adik tak nak pergi sekolah!!”..Sekali lagi ayah terpaksa akur dengan kemahuan ku itu..
Tatkala aku menjangkau usia remaja aku meminta ayah membelikan aku sebuah motosikal,alasannya  untuk memudahkan aku pergi ke kelas tambahan dan mengulangkaji dengan kawan kawan jadi tak perlu lah aku susahkan ayah nanti,ayah memang tak setuju tapi aku dah buat mogok tak nak pergi sekolah,tak nak makan..mak dah susah hati  dan memeujuk ayah untuk membelikan motosikal untuk aku.Bila aku sudah ada motosikal aku  selalu melepak bersama kawan kawan sehingga menjelang senja baru aku pulang...bila mak tanya kenapa selalu balik lewat2 ,kata mak lagi  tak baik anak dara maghrib baru balik..dan dengan kasar aku menjawab..”orang tau la apa orang  buat,lagipun orang pergi study la ni”...padahal aku bukannya study tapi aku hanya melepak dengan kawan kawan di cyber cafe sambil melayari internet tak pun pergi ke bandar menonton wayang,bermain bowling..bila aku tak der duit..aku akan cakap nak bayar yuran kelas tambahan..nak beli buku....bla2, macam2 lagi yang aku tipu...
Dan......bila anak jiran lain berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..aku nampak mak sedih sangat sebab aku tak dapat pergi , tak dapat mencontohi kakak dengan abang...Walaupun mak dan ayah tak marah atas kegagalan aku itu, tapi aku tahu mereka sangat kecewa dengan aku..Tapi itu semua masih belum dapat mengubah hidup aku, aku masih menjadi anak yang degil dan selalu menyusahkan mak dan ayah...Sampailah satu saat, yang membuatkan aku insaf dan mengubah keseluruhan hidup aku, tapi ketika itu semuanya sudah terlambat....
Masih aku ingat tarikh hitam  itu.....30 Oktober  2008, hasrat aku tercapai untuk membeli sebuah kereta, walaupun bukan kereta yang besar tapi yang penting ia amat menggembirakan aku, hakikatnya separuh dari duit muka yang aku gunakan untuk membeli kereta itu ialah dari duit ayah...walaupun aku tahu dari duit itu, sebenarnya ayah terpaksa mengambil sebahagian simpanannya  yang bakal digunakan untuk mengerjakan haji...Tapi aku tidak peduli, yang aku tahu aku mesti mendapatkan juga kereta yang aku inginkan...Sebagai tanda kegembiraan aku itu, aku mengajak mak dan ayah untuk  ke bandar menaiki kereta baru aku...Mak dan ayah tersenyum gembira bila  nampak aku gembira sekali, mak dan ayah tak habis2 berpesan itu dan ini, , minta aku menjadi lebih dewasa, lebih berdikari, jangan selalu mengharap pada mereka, tapi aku macam biasa, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, yelah aku kan tak makan nasihat...Setelah  makan dan bersiar2 di bandar kami ingin pulang dan dalam perjalanan itu aku memandu  dengan laju sekali, mak dan ayah tak habis2 memarahi aku supaya perlahankan kenderaan, tapi aku buat derrkk jelah, sampai di satu selengkoh ,aku cuba memotong kenderaan yang agak perlahan tapi tanpa aku sedari ada lori  di hadapan dan kereta  aku bertembung dengan lori tersebut...Banggggggg..Dunia aku terasa gelap, namun aku sempat menoleh  kepada ayah yang duduk di sebelah aku, masih aku ingat wajah ayah yang berlumuran darah namun senyuman masih terpamer di bibirnya saat itu dan seterusnya aku tidak ingat apa2 lagi yang berlaku......Yang pasti bila aku tersedar dari tidur dan seksaan yang amat panjang aku rasakan  ,kakak  berada di sisi aku saat itu, kata kakak sudah sebulan aku koma..aku tanya pada kakak mana mak dan ayah,kakak hanya tunduk dan menangis dalam sedu  itu amat jelas suara kakak yang mengatakan “mak ayah dah takder...diorang meninggal masa kemalangan tu....”Aku meraung dan menangis sekuat hati  bagai saat aku berumur 6 tahun meminta ayah membelikan aku mainan  tapi bayangan ayah atau mak langsung tidak muncul lagi..
Ketika ini...baru aku merasa kehilangan yang tiada gantinya,mungkin surat ini hanya untuk menyatakan betapa rindu dan menyesalnya aku selama ini,aku tahu tiada posmen yang akan mengutuskan warkah rindu aku ini,tapi tak mengapa akan aku kirimkan doa untuk mak dan ayah setiap hari.Tak dapat aku gambarkan betapa menyesalnya aku saat ini,walau aku menangis air mata darah sekalipun ia tidak akan mengembalikan mak dan ayah kepada aku.Malah semasa aku dalam koma aku terasa bagai diseksa atas semua dosa dosa aku pada mak dan ayah selama ini, aku tak sempat nak  mintak ampun dengan mak dan ayah , aku rasa tambah bersalah kerana aku lah punca kematian mak dan ayah, kalau aku tak bawak keter laju2 masa tu tentu aku masih dapat bersama dengan mak dan ayah...Lagipun bulam depan aku akan  mengerjakan haji bersama kakak dan abang dan dengan kesempatan itu aku  akan buat upah haji sekali untuk mak dan ayah..Mak...Ayah..mungkin ini gantinya untuk anak mu yang degil ini berubah..Hanya doa yang aku mampu utuskan dan setiap kali aku berdoa pasti tidak lekang air mata dari pipi aku. Aku hanya mampu berharap mak dan ayah ditempatkan di sisi golongan yang beriman...Amin..

No comments:

Post a Comment