Saturday 7 January 2012

RAMAINYA GOLONGAN WANITA DI NERAKA

Setelah peristiwa Isra’ Mihraj Rasulullah saw termenung sambil menangis dan anaknya Fatimah bertanya lalu Rasulullah saw menjawab ketika singgah di neraka banyak penghuni neraka itu ialah golongan wanita dan antara azab yang dilihat rasulullah ialah:

1.             perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.
2.              perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
3.             perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala jengking.
4.             perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
5.             perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
6.              perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
7.             perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya.
8.             perempuan yang rupanya seperti anjing, kala jenking dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
kenapa???
1.kerana mulutnya.
Sangat sinonim kalau mengumpat dan kaum wanita,pantang nampak sesuatu pasti akan diumpatnya…ingat yang benar itu mengumpat dan yang salah itu ialah fitnah…
2. pakaiannya
Seperti yang sedia maklum sekarang terdapat pelbagai fesyen yang banyak mendedahkan aurat tanpa disedari..berpakaian tapi seperti bertelanjang, mana tak nya kalau pakaian tu terlalu sendat dan jarang sehingga menampakkan  sesuatu yang tidak sepatutnya.
3. layanan terhadap suaminya
Sudah  ramai kaum isteri yang mengingkari suaminya dan ada para isteri yang sanggup memberi makanan kotor pada suaminya gara2 mahu suami mereka tunduk pada mereka dan tidak mahu suami mereka curang pada hal ada juga si isteri ini yang telah “makan luar”. Manakala isteri  yang menyakiti hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.

Seksa azab neraka Allah itu adalah benar….bila tiba saat mulut terkunci dan anggota lain yang berbicara , dan sanggupkah tubuh kita nanti  disambar api  neraka kerana dosa2 yang kita lakukan.Dan masih belum terlambat rasanya untuk kita kembali ke jalanNya selagi kita masih bernyawa di dunia ini…

No comments:

Post a Comment