Friday 13 January 2012

Sepandai pandai burung terbang akhirnya tersungur ke tanah jua…….

Itu yang boleh dikatakan melalui insiden yang berlaku  pada 10 Januari  2011, selasa lalu  apabila 2 perompak mati ditembak polis manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.


Hasrat 3 perompak ini tidak kesampaian apabila  sepasukan polis dikejarkan ke kawasan  pasaraya  Wansa Maju  apabila kereta Proton Putra yang dinaiki perompak kelihatan berlegar legar di kawasan tersebut dan ketika polis sedang mengintip kenderaan itu, kereta yang dinaiki tiga penjenayah terbabit memecut laju sebelum dikejar.

Ketika itu, kumpulan penjenayah terbabit sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum dibalas anggota menyebabkan dua daripada mereka mati.
Kumpulan lelaki terbabit dipercayai aktif merompak bank, samun kereta mewah dan samun di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan.
Sedih kan kalau kita mati dalam keadaan macam tu…tak sempat nak bertaubat, tak sempat nak kembali ke jalan Nya..Kalau sebelum ni  mugkin si perompak ni biasa buat jahat tapi dia terlepas tapi malangnya kali ni tak lagi,yelah setinggi mana pun burung boleh terbang kalau  kena tembak jatuh ke tanah jugak…
  Jadi setiap ruang yang  Allah bagi kepada kita untuk bernafas gunakan lah dengan sebaik baiknya sebelum terlambat kerana Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian…..Jadi  gunakan masa dengan sebaiknya…Don’t Waste A Time dengan  benda2 yang tidak berfaedah!

No comments:

Post a Comment